RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

24/04/2011

DI MANA CINTA SEJATI SAYA ?

aku sering terfikir, termenung. adakah die cinta sejati aku? adakah die yang akan menjadi teman hidup aku? tipulah kan kalau korang yang sedang dilamun cinta tak terfikir cam aku. mesti akan ade atau terdetik jua perasaan takut ditinggalkan sang kekasih,kan?

sape tak takut. dah sayang gile-gile, serahkan hati sepenuhnye, last2 BYE BYE ! jangan kau yang tak couple cakap, ala, clash je pon. bukan bercerai ! memang aku bako ! sakit sangat bile kecewa. Allah je yang tau. mase tu memang kan rase dunia ni gelap je tau. kalau tak kuat iman, memang boleh bawak maut. sebab tu ade kes bunuh diri tu semua. tapi, aku bersyukur. Allah sayangkan aku. dikuatkan hati aku. untuk redha segalanya.





tak perlu korang risau kalau si dia tinggalkan korang. tak perlu korang nak salahkan mane-mane pihak. mungkin dia bukan untuk kau. Allah itu Maha Adil. Dia tau yang terbaik untuk hamba-Nya. korang tak perlu susah payah nak cari cinta sejati korang. cinta tu sentiasa ade untuk korang. just perlukan korang menghargai cinta itu. bagi mereka yang bercinta sakan bagai nak rak, jangan terlalu menyayangi pasangan korang selagi korang belum selayaknya menyayangi pasangan korang ( maksud aku bile dah sah di sisi agama ). cinta Allah dulu :)

ingat, cinta tu ibarat rama-rama. jika rama-rama itu milikmu, ia kan datang mencarimu jua. jangan terlalu mengharap :)

dan jangan terlalu meletakkan syarat pada cinta kamu itu. cukupla sekadar cintamu itu seperti berlian dalam bekas kaca yang sentiasa bercahaya. dan jangan dinilai cinta itu dari mata kasar. kerana sudah pastinya kamu takkan ketemu keindahan cinta :) cinta itu lahir dari hati yang tulus.

tu je yang mampu aku share ngan korang. kalau ikutkan banyak lagi. tapi, memandangkan esok aku dah start final, so, kena la stop. nak sambung study lak :)


sebagai langkah berjaga-jaga dalam bercinta, korang boleh refer link ni :





No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork