RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

27/10/2011

. PEREMPUAN IBARAT RUMAH




sebelum mulakan entri ni,aku nak minta maaf kalau ade sesiapa terasa ngan entri aku yang ni. ni hanya pendapat aku. aku tak delah baik sangat. ni hanya pendapat dari pemerhatian aku dan untuk diri aku sendiri jugak. sampai bile kite nak berada di takuk lama kan?....start...

aku ni suke kalau naik kereta, tengok pemandangan kat luar. sebab tu aku suka duduk seat penumpang belakang driver. pemandangan yang paling aku suka bile lalu kot kawasan yang ade banyak-banyak rumah. uish, bukan usha pakwe ensem ok? haha

percaya atau tak? korang tengoklah mane-mane rumah yang halaman rumah die bersih & kemas. aku jamin, dalam rumah die pon kemas & bersih camtu. tak percaya? korang pergilah tengok sendiri :) . korang janganlah g tengok halaman rumah tu cantik ke tak. sebab, kalau rumah tu cantik pon, penuh ngan perhiasan sane sini,kat pokok pon ade lampu lip lap, belom tentu dalam die kemas. entah-entah berselerak. aku pernah tertipu tau dengan hiasan camnih.


 time kasih incik google :)


same jugak dengan perempuan. jangan lihat seseorang perempuan dengan mata kasar, tapi lihatlah dengan mata hati yang bersih. kenapa aku cakap camni? cantik yang dinilai mata kasar & mata hati berbeza. mata hati menilai perempuan itu dengan ihklas. mata kasar hanya nafsu semata-mata. cube korang tengok perempuan yang penampilan die,buat mata korang sejuk nengoknye, maksud aku bukan pakaian ape semua tu lah. takde kaitan lagi untuk isi yang ni.hehe. maksud aku, bile korang sekali pandang je muka die,mesti hati korang kan cakap "cantiknye die,sejuk mata memandang" walau muka die kategori pompuan biasa-biasa. percayalah cakap aku, hati pompuan tu same cam ape yang korang pandang dengan mata hati. sebab, kecantikan luaran yang sebenar seseorang perempuan itu dipengaruhi oleh kecantikan dalaman mereka.

ok, next isi. hamboih,buat karangan lak aku nih.kalau korang bosan,tekan la X kat tepi atas belah kiri tuh. cube korang bandingkan rumah yang dicat & rumah yang tak dicat serta warna cat tu sekali la. korang suke yang mane? mestilah yang dicat & warna cat tu sejuk mata memandang,kan? begitu juga perempuan. antara yang terdedah & yang tak terdedah, mane yang korang pilih? mestilah yang tak terdedah kan? sebab tu nampak cantik. untuk warna pula,aku samekan dengan cara diorang menarik perhatian mata umum. korang suke ke tengok perempuan yang pakai terlampau uptodate yang bile jalan lenggang lenggok itik gembo-gembo buat semua orang pandang die sampai mata korang sakit? mestilah tak,kan?

then,pasal maintainance lak. hadoi,macam kemahiran hidup lak. kalau rumah tu rosak sane sini, nak ke korang duk rumah tu? mestilah tak nak,kan? aku pon taknak weh. lainlah kalau kerosakan tu boleh dibaiki. kalau boleh, biarlah rumah tu elok. takdelah aku risau sampai tak tido malam sebab takut atap tercabut.haha. same macam perempuan, siapa yang nak perempuan yang rosak akhlaknye? maksud rosak untuk pompuan kat sini, bukan die tak de dara ke ape. kang kalau aku fokus kat situ, camne ngan mangsa rogol? diorang tak bersalah. ok,balik pada isi. melainkan korang berubah. jangan terus-terusan biarkan diri anda rosak. ye dok?hehe..

ok lah,sampai sini je yang aku nak share..t penat lak korang duk bace entri merapu aku nih.

1 comment:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork