RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

12/05/2011

. OOoo Ganu Kite !



Bile dah lame tak balik negeri asal nih, macam-macam perubahan yang berlaku. Kadang-kadang aku rase cam pendatang lak bile balik ke negeri sendiri. Huhu =.=
Hari tu, aku,mak ngan adik teman abah g audit kesatuan kat Bandar KT. Lame gak. Adik ikut abah. Aku ngan mak lak pusing-pusing Bandar KT. Yang best, aku sempat beli baju untuk praktikal kat kedai atas stesen bas. Aku suke beli kat situ. Murah + cantik. Then g pasar payang. Ala..yang femes tu. Tak beli ape pon. Cuci mata ajeh. Mahal seh.

Then, abah siap audit semua tu kul 3 lebih gak ah. Pas siap audit, kitorang g MYDIN MALL beli barang dapur. Banyak gak beli. Dah siap, kitorang g cari baju raye lak. Kang cari dekat-dekat raye,menyusahkan lak. Nak kena berebut bagai. Harga lak konpem2 melambung naik. Haa~ tang ni la yang aku nak cite ni.

Mak aku punye plan, nak beli kat kedai LAILA RAWAS. Ngah promosi sampai 24hb MEI. Kain cantik-cantik wooo ~ haa..ngah duk pusing-pusing dalam Bandar melilau cari kedai tuh, mata aku terlekat la pulak kat 1 struktur nih. (bahasa nak kelasss).. aku ingat bangunan yang tak siap. Tapi, cam pelikla kan, tak de lak lori-lori keluar masuk. Pastu aku tanye abah. Abah cakap, tu la parking bertingkat. Driver tak yah ikut same naik atas. Kenderaan je yang naik. Aku dah pelik. Camne lak tuh.

Habis je beli kain bagai semua tu, aku suh abah g dekat kat parking tuh. Haa~ amekaw ! gile canggih skang. Ko tak yah nak gelabah mak nyah pusing2 cari parking. Masukkan je kete kat tempat yang disediakan, tekanlah butang2 yang ade kat situ, naikla kete korang kat atas. Jimat tempat.

Parking ni baru lagi. Dirasmikan MB Terengganu pada 2 FEB 2011. Haa~ kat bawah ni gambar yang sempat aku snap. Tadaaaa ~








No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork