RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

24/12/2011

. Tips Percintaan Jarak Jauh

assalamualaikum,readers!

aha~ hari ni aku nak jadi DOKTOR CINTA jap ! hehe. aku nak kongsi tips percintaan jarak jauh (PJJ) sket. ni pon permintaan cik azie kite ~ hiii


okeh. seperti yang kite maklum, PJJ ni memang banyak sangat dugaan. lepas satu, satu masalah yang timbul. kadang2 sampai tak tertanggung dah. dan rase cam nak give up je kan? tapi, sebenarnye dugaan2 camtu la yang mematangkan hubungan korang ngan pasangan korang.




okeh, now jom tengok sedikit tips dari yana. tak banyak. sikit je. insyaAllah dapat bantu korang :)


KEJUJURAN

yang ni penting sangat2 dalam sesuatu hubungan tu. terutama kalau yang duk berjauhan ni. sila dan tolonglah jujurlah kat pasangan korang walaupun kebenaran tu sangat pahit. korang tau tak betapa terlukanya pasangan korang kalau dapat tau kebenaran tu dari orang lain? pedih tau?

KEPERCAYAAN

ops~ yang ni mungkin ramai yang tak berapa setuju kan ? yelah, sesetengah orang akan fikir, jangan terlalu percaya sangat, nanti kepercayaan tu akan disalahgunakan. yup ! aku memang setuju. tapi, agak2 la kan. tengok pada keadaan. ingat, Allah tu Maha Penyayang. kalau pasangan kite tu tak jujur, Allah kan tunjuk jugak. sepandai2 tupai melompat, jatuh ke tanah jugak. & aku, percaya kat incik hubby aku. tu pon selepas banyak kali aku uji die. Alhamdulillah..

KEYAKINAN

kite duk jauh dari pasangan kite. so, kite taktau ape yang pasangan kite buat. contohnye, macam incik hubby aku. bile mesej, kadang2 die lambat reply. bile ditanya kenapa, die jawab ngah buat keje la. ape la. kadang2 aku takut gak die tipu aku. tapi, aku ade cara aku sendiri nak buat die jujur ngan aku. & aku yakin die tak tipu aku. bagi perempuan, lelaki ni, tak suke orang yang die sayang ragu-ragu ngan die. silelah. yakin dengan die. lelaki tak reti nak tunjuk die sayang dengan kata2 :)



ni je tips utama yang aku kasi. yang paling penting dalam sesuatu hubungan tuh, berfikiran POSITIF. jangan terlalu ingat perkara lepas yang menyakitkan hati. benda tu kan buatkan hubungan korang huru hara je. agpon, benda tu dah berlaku. tak perlu nak difikirkan. yang dah lepas, biarkan lepas. pastikan benda tu tak berulang lagi dah. jadikan kesilapan tu sebagai proses pembelajaran untuk mematangkan hubungan korang. setiap orang berhak nak dapat peluang betulkan kesilapan masing-masing :)





MORE TIPS >>

1 comment:

  1. yup tol uh..
    couple saye un jaoh..
    mesti tgk neyh..hehe

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork