RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

29/12/2011

. CEPAT TUKAT SHOUTBOX KORANG !!!

ag 3 hari nak masuk tahun 2012. aku baru je siapkan list target untuk tahun 2012. korang semua dah buat ke? haa ~ buat tau. jangan tak buat. hee ~

okeh, baru2 ni duk heboh sal shoutmix start new year nanti dah kena bayar ,kan? no free service ok? masuk jamban pon kena bayar ~ hahaha. tapi, aku tengok ramai lagi yang still gune shoutmix tu. ala..yang macam gambar kat bawah ni. ni dari blog lame aku. hehe. t aku delete ~





kalo korang tak percaya kena bayar, atas shoutmix tu ade tulis important notice. klik ah situ. takpon, klik sini. nanti kuar yang macam kat bawah ni.




so, ape lagi. jom tukar pakai cbox. klik sini ---- >  CBOX

25/12/2011

. Untuk kamu yang bergelar PELAJAR



uish, tajuk ! tak de kaitan ngan politik semasa ok? blog ini bebas dari isu politik ! haha

entri lepas aku kongsi tips untuk mereka yang bercinta jarak jauh. kali ni aku nak kongsi tips dalam belajar lak. aku ni bukanlah pelajar cemerlang. tak same sekali ok? cume, nak kongsi ngan korang, kehidupan sebagai pelajar. susah senang nak dapat ape yang aku ade sekarang. susah senang nak bergelar mahasiswa UTM Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

seperti yang kita maklum, hari khamis lepas (22/12/11) calon2 PMR 2011 dah dapat keputusan PMR diorang kan? mungkin ade antara mereka yang dapat keputusan cemerlang. dan ade jugak yang kurang cemerlang. aku pasti dan teramat pasti. yang dapat keputusan kurang cemerlang tuh, mesti ngah sedih lagi kan? aku pernah rase ape yang korang rase 7 tahun dulu :)

so, mungkin tips yang aku kan bagi ni dapat bantu korang naikkan semangat korang. bukan korang je, tapi mereka yang bergelar PELAJAR :)


JANGAN MUDAH PUTUS ASA

yang ni tonggak utama sesuatu kejayaan. "  ORANG YANG SENTIASA BERJAYA ADALAH ORANG YANG BERNASIB BAIK, TETAPI, ORANG YANG BANGUN SELEPAS MEREKA JATUH/GAGAL ADALAH MEREKA YANG CEMERLAN ".  korang tak berjaya dalam PMR tak semestinya korang kan terus gagal. tak ! aku dulu dapat 6A 2B je. tapi, aku tak putus asa, PMR is NOTHING for me. just a publicity. just a proud. but, SPM is your future. tu yang tentukan hala tuju korang.


LET BYGONE BE BYGONE


yang dah lepas tu biarkan lepas. jangan duk fikir sangat sal result tuh. kalau korang duk menangis meratap meraung sampai nak bunuh diri pon, result tu tetap tak leh berubah gak. tak perlu duk bawah pokok then termenung " nyesalnye aku tak study rajin2 dulu". tak payah ! buang mase korang je. ape yang korang perlu buat sekarang adalah tetapkan target korang untuk mase depan korang. jadikan kegagalan tu pembakar semangat korang untuk berjaya.


SENARAIKAN TARGET & IMPIAN

yang ni perlu ade. kalau tak, korang tak nampak ape yang korang nak. tak payahla korang nak buat jadual belajar bagai tuh. konpem tak ikutnye. betol tak? haha. ala. tak perlu tulis besar2 impian tu. tak perlu lah nak tampal kat dinding bilik besar2. mcam aku, aku tulis dalam buku kecik (notepad) aku ape yang aku nak. target aku. contoh " nak grad on time, nak dapat keje sebelum grad". heee ~


RAJIN MENCARI MAKLUMAT

aha~ bukan cari maklumat nak buat esaimen ke ape. tak. maksud aku,..camni. contohnye la kan bagi mereka yang dah Form 5. korang kan dah nak SPM. so, rajin2 kan diri cari maklumat, halatuju korang pas SPM. ouch, bukan yang nak amik SPM aje. yang baru pas PMR pon. yela. kena la cari maklumat. nak aliran mane. sians ke. sastera ke. akaun ke. rekacipta ke. & cari maklumat tu, jangan cari kot internet jeh. tanye cikgu-cikgu korang, senior2 korang. kumpul sebanyak mungkin maklumat yang ade. maklumat-maklumat ni dapat bantu korang. supaya korang tak rase membuang mase satu hari nanti :)


RESTU, DOA & TAWAKKAL


pas dah usaha bagai, mohonlah restu dari orang tua korang, cikgu2 & kawan-kawan. restu diorang sangat penting untuk memudahkan korang belajar dengan tenang :) jangan lupe doa pada yang SATU. ALLAH S.W.T.. dan akhir sekali, tawakkal..redha je... :)


JANGAN MENGALAH SEBELUM BERJUANG !





24/12/2011

. Tips Percintaan Jarak Jauh

assalamualaikum,readers!

aha~ hari ni aku nak jadi DOKTOR CINTA jap ! hehe. aku nak kongsi tips percintaan jarak jauh (PJJ) sket. ni pon permintaan cik azie kite ~ hiii


okeh. seperti yang kite maklum, PJJ ni memang banyak sangat dugaan. lepas satu, satu masalah yang timbul. kadang2 sampai tak tertanggung dah. dan rase cam nak give up je kan? tapi, sebenarnye dugaan2 camtu la yang mematangkan hubungan korang ngan pasangan korang.




okeh, now jom tengok sedikit tips dari yana. tak banyak. sikit je. insyaAllah dapat bantu korang :)


KEJUJURAN

yang ni penting sangat2 dalam sesuatu hubungan tu. terutama kalau yang duk berjauhan ni. sila dan tolonglah jujurlah kat pasangan korang walaupun kebenaran tu sangat pahit. korang tau tak betapa terlukanya pasangan korang kalau dapat tau kebenaran tu dari orang lain? pedih tau?

KEPERCAYAAN

ops~ yang ni mungkin ramai yang tak berapa setuju kan ? yelah, sesetengah orang akan fikir, jangan terlalu percaya sangat, nanti kepercayaan tu akan disalahgunakan. yup ! aku memang setuju. tapi, agak2 la kan. tengok pada keadaan. ingat, Allah tu Maha Penyayang. kalau pasangan kite tu tak jujur, Allah kan tunjuk jugak. sepandai2 tupai melompat, jatuh ke tanah jugak. & aku, percaya kat incik hubby aku. tu pon selepas banyak kali aku uji die. Alhamdulillah..

KEYAKINAN

kite duk jauh dari pasangan kite. so, kite taktau ape yang pasangan kite buat. contohnye, macam incik hubby aku. bile mesej, kadang2 die lambat reply. bile ditanya kenapa, die jawab ngah buat keje la. ape la. kadang2 aku takut gak die tipu aku. tapi, aku ade cara aku sendiri nak buat die jujur ngan aku. & aku yakin die tak tipu aku. bagi perempuan, lelaki ni, tak suke orang yang die sayang ragu-ragu ngan die. silelah. yakin dengan die. lelaki tak reti nak tunjuk die sayang dengan kata2 :)



ni je tips utama yang aku kasi. yang paling penting dalam sesuatu hubungan tuh, berfikiran POSITIF. jangan terlalu ingat perkara lepas yang menyakitkan hati. benda tu kan buatkan hubungan korang huru hara je. agpon, benda tu dah berlaku. tak perlu nak difikirkan. yang dah lepas, biarkan lepas. pastikan benda tu tak berulang lagi dah. jadikan kesilapan tu sebagai proses pembelajaran untuk mematangkan hubungan korang. setiap orang berhak nak dapat peluang betulkan kesilapan masing-masing :)





MORE TIPS >>

23/12/2011

. KERANA SAYA ADE KAMU 1

Assalamualaikum,readers !

hari ni aku terasa nak buat entri pasal aku dan kisah cintaku. eceh ~

aku tau,ade sesetengah manusia yang menyampah bile aku bercerita pasal kisah cinta aku. yelah, baru kapel. dah gediks ~ ouh ! sampai hati kalau ade yang cakap camtuh. korang tak tau betapa aku gembira dan bahagia sangat aku. dan korang taktau betapa deritanya aku suatu ketika dulu.




aku mengaku. pojie bukan kekasih pertama aku. dah banyak kali aku putus cinta. dikecewakan dan mengecewakan. cinta pertama terhalang sebab family tak bagi. yela. mase tu masih muda. ah,biarkanlah. benda dah jadi. aku start kenal kapel2 nih pas SPM. yelah. nak mencuba kot. nak rase dicintai. haha.

tapi, 2 tahun lepas. erk. silap.  2 tahun setengah yang lepas kot tak silap aku. dah lame. aku pernah rase kecewa yang teramat. sangat kecewa. frust menonggeng weh ! sampaikan aku jadi anti cinta ~ setahun aku tak terima sape2 dalam hidup aku. aku tutup hati aku. aku kejar impian aku. sampailah aku kenal pojie. tapi, mase tu aku still takut2. aku takut dipermainkan. okeh. pasal incik hubby, aku cerita kat part 2 ok?

tipulah kalau aku cakap aku takde suke sape2 sepanjang setahun aku tak terima sape2 tuh. aku ade suke orang. tapi, sekadar suke. tak lebih dari tuh. dan aku taknak hubungan yang serius dengan orang yang aku suke tuh.


will be continue....





PART 2 >>

22/12/2011

. Happy birthday, incik hubby !

22/12/11.

tarikh ni memang aku tunggu lame dah. hehe.
yup. tarikh hari kelahiran kecintaan aku, KHAIRUL FAUZI SAADON.
memang kelakar sangat tadi. aku penat sangat. ye lah, petang tadi ade kursus Green Card. kul 7pm baru habis. lepas isyak, aku terus tido. kul 11 pm aku bangun. pojie kejutkan aku la. die kol & mesej banyak kali. tapi aku buat bodoh je. haha. saje nak usik die. :-P
kasi die gelabah sket. memang gelabah dah pon.
jam dah menunjukkan 11.59pm. aku dah ready nak kol die.
tettt ~ die kol aku pulak. adeh. aku tak angkat pon. haha
aku biar je. sampailah die stop kol.
die stop je, aku terus kol die. 
die angkat terus aku jerit, " HAPPY BIRTHDAY ! ".
haha. yang buat aku rase bersalah bile suara die cam sedih.
yelah, die nak aku jadi orang first wish.
die takut aku tido & tak sedar pape. haha.
BTW, memang aku orang first :)




abg zainal :)





untuk kecintaan aku ,

SELAMAT HARI LAHIR yang ke-23. takdelah tua sangat eh. hehe.
first, qaseh nak mintak maaf sebab buat b risau tadi.
qaseh cuma nak buat kejutan untuk b. :)

b,
qaseh bahagia sangat ngan b.
dan ni kali kedua b sambut birthday sebagai kekasih qaseh,kan?
tadi b cakap, terima kasih sebab buat b bahagia.
dan b cakap, b bahagia sangat ngan qaseh.
qaseh terharu sangat, b.
yela, qaseh banyak buat b terasa hati. buat b kecewa dengan qaseh. buat b sedih.

tadi qaseh cakap, hadiah tahun depan qaseh bagi.
sebab sekarang qaseh takde duit. T___T
tapi, b cakap tak payah.
sebab qaseh adalah hadiah yang paling berharga untuk b.
dan b mintak sesuatu dari qaseh.
b tak nak qaseh selalu marah2.
baik,b.
qaseh kan kurangkan panas baran qaseh ni. huhu

ok la. dah lewat ni.
qaseh nak tido dah.
esok ade kelas lesen kete.
b pon tadi mintak qaseh tido awal,kan?
hehe. ni pon sebab qaseh nak update pasal b.
kalo tak, mesti b dah membebel suruh tido awal. hehe

qaseh sayang b sangat2 :)





20/12/2011

. Buat MISS DENA ( Pemilik video yang sweet itu )

Assalamualaikum, readers !

korang ingat tak video dalam entri ni?
ingat pada gadis bertuah itu? hehe.

alhamdulillah.. MISS DENA dah selamat bertunang dengan ariff pada 17 dec 2011.

miss dena,

congrats for your engagement ! u look beautiful on that day :)

aku kagum sangat ngan die. walau die tak kenal sangat ariff, tapi, die anak yang solehah. patuh pada mak. alhamdulillah. semoga mereka berdua bahagia sentiasa :)

nak tengok gambar pertunangan diorang? klik SINI.


picture kredit to miss dena :)
miss dena with her mom



miss dena dah. miss yana bile lagi?
hehe







. MOZILLA vs GOOGLE CHROME


akhirnya, dapat gak aku daftar churp-churp. haha
tu pon terpaksa gune google chrome.
taktau kenapa, takley gune mozilla.haish ~

untuk permulaan, yana taruk 2 iklan dulu. korang boleh rajinkan diri tekan eh.
thanks to lyssasecret.com & wanhazel.blogspot.com
untuk tutorial korang ! :)

korang nak daftar gak?
boleh, klik link ni. & ikut la step yg ade. klik sign in FB tau !


kalau internet korang laju, bolehla tolong yana kumpul duit nak kawen eh. klik bawah ni. hehe





18/12/2011

. Nak dilamar camni jugak ah (tengok video) :)


assalamualaikum,readers !

dah lame kan aku tak update blog ? huhu. busy memanjang. nak balas jejak korang pon tak sempat. next week dah start study week & ade presentation Final Year project (FYP). huhu. ag 2 minggu, start final exam. rupa aku dah macam zombie. langsung tak terurus. stress ! huhu

aku update entri ni pon curi2 mase discussion ethics. wat kat CICT. ramai gak dak kelas aku kat sini. duk tekun (cewahh ~ konon rajin letteww~) wat ethics, tetibe riuh dak kelas aku. aku pon menapak la tengo ape yang riuh tu. oh, diorang ngah tengok satu video upenye. nak tau video ape? tengok bawah :




video


ah, sumpah sweet kan? agaknye, camne la incik hubby nak lamar aku nanti ek? haha. ecelli die dah lamar aku via call ritu. die tanye, sudi tak aku jadi suri hidup die? hehe.

tapi kan, pas tengok video nih, aku teringin sangat nak ala-ala sweet memory gituh. kenang-kenangan untuk anak cucu nanti lah. hehe. gatai !! :P



kredit to : MISS DENA ( the owner of video )


14/12/2011

. Untuk bakal suami & bakal ayah anak-anakku...


Assalamualaikum w.b.t...

tika dan saat aku menulis surat ini, aku terkenangkan seseorang yang sentiasa cuba untuk buat aku tersenyum. seseorang yang membuatkan aku berfikir masa depan aku. seseorang yang mematangkan setiap kelakuan aku. seseorang yang sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik dalam hidup aku. seseorang yang tidak jemu berkata " B nak qaseh jadi suri hidup B selamanya, isteri yang solehah, & ibu kepada anak-anak B". dan dia juga insan yang membuat hati aku terdetik untuk menulis setiap bait kata ini....




untuk bakal suamiku....

aku masih setia menantimu.. menunggu kamu datang menjemputku melengkapkan tulang rusukmu yang hilang itu. melengkapi hidup aku sebagai seorang wanita. membimbing aku ke jalan takwa. membentuk aku menjadi muslimah sejati. bakal suamiku.. bukan kemewahan yang aku pinta, bukan kecantikan menjadi kehendakku. pintaku, doa yang tulus darimu. doa yang tak putus kepada Allah. doa untuk melindungi diri ini. melindungi dirimu. dari bisikan syaitan durjana. bakal suamiku.. andai takdir aku adalah isterimu, pimpinlah aku ke jalan yang diredhai Allah. tegurlah di kala aku buntu mencari cahaya kebenaran. jadilah air dikala api menyala dalam diri ini. dan jadilah matahari dikala diri ini kegelapan. bakal suamiku.. letakkanlah cinta Allah mlebihi cintamu kepadaku. bawalah aku bersamamu mengejar syurga yang kekal. aku ingin sekali mencium bau syurga. menjadi penghuni bersama bidadari syurga. dan bermain di taman syurga...


untuk bakal ayah anak-anakku...
doa anak yang soleh & solehah itu dapat mnyelamatkan kedua orang tua mereka dari seksa kubur. anak- anak yang soleh dapat memberi kesenangan kepada kedua orang tua mereka di dunia & akhirat sana. bakal ayah anak-anakku. jadilah seorang ayah yang penuh rasa kasih dan sayang.bantulah anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh & solehah. besarkanlah mereka dengan suasana muslim & muslimah sejati. berikanlah mereka didikan agama yang sempurna. bakal ayah anak-anakku.. bertegaslah di sebalik kelembutanmu itu. aku ingin mereka menjadi anak-anak yang baik. ajarlah mereka untuk tidak lupa berdoa akan kesejahteraan orang tua mereka.marahlah mereka dengan doa-doa indahmu itu. temanilah hidup mereka dengan kata-kata pujangga zikrullah yang indah. bakal ayah anak-anakku.. kemudilah anak-anak kapalmu ini ke destinasi yang penuh dengan keindahan..ke destinasi yang menjadi idaman umat manusia.. ke syurga jannah....


untuk bakal suami & bakal ayah anak-anakku.....
terima kasih kerana sudi menjadi imamku & anak-anakku.. terima kasih kerana menerima kami...


ikhlas,
-qasehYana-


 

12/12/2011

. Dia memang SUPERCOOL !

Assalamualaikum,semua !

korang ingat tak aku pernah buat entri family aku g KL & mak aku mintak incik hubby jadi pemandu pelancong? kalau tak ingat, klik sini ------> BACA NI !



 


maka,selamatlah sudah die berjumpa ngan family aku. hehe. Alhamdulillah. semua berjalan lancar. plan tahun depan. tapi, ter'awal' pulak. hiii. mase nak jumpe tu, die g umah sepupu aku. dekat je. family aku tunggu situ. pastu pergi KL. die bawak family aku pergi Time Square. angahla yang nak pergi sangat. hehe. seharian dalam TS. dah penat berjalan, hantar mak pergi hotel. then, die balik naik komuter sebab abah tak dapat hantar. kang nak balik KL balik, sesat pulak. hiii ~

aku taktau ape berlaku sebab aku takde. aku kat asrama ~ huhu. mak aku cakap, die budak bagus. langsung tak sesat. hiii . dan yang paling aku tabik, die jumpe family aku tanpa aku. korang hado? haha. serius cool ! die gtau aku, kawan-kawan die semua ingat aku ade. sekali die gtaula aku takde, terkejut kawan-kawan die. aha ~ aku pon cam tak percaya tau !

BTW, die pakwe first yang aku bawak jumpe family aku. silap. die pergi jumpe. haha. tu tandanya aku betul2 serius ok? hehe

doakan kami bahagia yep :)



11/12/2011

. Ciri-ciri suami idaman wanita


haha. tajuk nampak gatal sangat tuh. takpe2. sharing is caring, right? kalau dulu, aku ade buat entri :

-CIRI-CIRI LELAKI YANG KURANG DIGEMARI OLEH WANITA
-CIRI-CIRI MENANTU IDEAL

kali ni nak buat suami idaman wanita lak. bukan ape, teringat mase sekolah-sekolah dulu, bile duk lepak ngan kawan-kawan je, mesti duk tanye, "eh, ape ciri-ciri suami idaman ko hah?"...haha. mase tu la macam-macam jawapan yang kuar. tapi, dalam entri ni, aku just kongsi jawapan yang memang semua orang sebut :)


1. BERIMAN

yang ni memang aku ngan kawan-kawan letak dalam pilihan first. hehe. mestilah nak yang beriman. dapat bimbing kitorang. jadi imam kitorang & anak-anak kelak. kan kan?

2. BERTANGGUNGJAWAB

aha~ kalau beriman saje tak memadai yep. biarlah bertanggungjawab. kalau die tak bertanggungjawab, kang anak bini wat salah pon die buat bodoh je. tak boleh macam tu okai? jahanam rumahtangga kau nanti !

3. PENYAYANG

lekaki yang penyayang sangat romantik ! i like ~ hehe. yang ni wajib ade kat semua lelaki okeh? bukan ape, kalau takde sifat penyayang nih, naye korang anak bini. salah sikit, PANG !! pinggan pecah je, terajang. lauk masin je, belasah ~ fuh ! mintak dijauhkan lah.

4. BUDAK SURAU

ok, yang ni mungkin menimbulkan kontroversi sikit. yang ni aku dapat idea mase borak-borak ngan kawan baik aku semalam. maksud aku di sini, bukanlah 24 jam die g surau. 5 waktu semua la. kalau macam tu, dah 1 bonus untuk kite :)  .. for me, kalau tak 5 waktu die ke surau, seminggu sekali pon jadi la. aip ! solat jumaat tak dikira ok. cukupla bile die kenal pak imam & pak imam pon kenal die. bukan ape, senang bile nak wat tahlil ke ape nanti :)


5. HORMAT IBU BAPA


seorang isteri, wajib mentaati suaminya. dan seorang suami wajib mentaati kedua ibu bapanya. yup ! bukan ibu bapa die aje. die kena jage hati kedua belah pihak serta adil dan saksama. :) . suami contoh terbaik untuk anak-anak. :)



6. BUDI PEKERTI


doa orang sekeliling tu pon penting. kire macam restulah. bile seorang lelaki yang bergelar suami nih selalu buat baik kat semua orang, mesti orang lain kan selalu doa, semoga Allah murahkan rezeki kau sekeluarga. :) nak naik pangkat pon senang. & yang pasti mesti ade kawan2 si ister ckp camni " bertuah kau, kiah ! dapat laki baik cam abu " hehe.. isteri tumpang bangga jap :P



7. BERHARTA

yang ni last bagi aku. aku nak suami yang sentiasa bersedeharna. harta banyak hidup tunggang langgang tak de guna gak. harta boleh dicari. hati yang murni, sukar diperolehi. :) ..


notakaki :

banyak lagi ciri-ciri suami idaman. tapi, tak tersenarai lak. hehe
btw, doakan yana ngn die bahagia hingga ke anak cucu.
sekarang die ngah jalan-jalan ngan family yana :)









10/12/2011

. TAKPE, MATI KUBUR LAIN-LAIN



Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”
INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA" !



credit to : JANNAH 

09/12/2011

. Belum jadi menantu dah disusahkan :)






semalam 2 kali mak aku kol. mula-mula tanye keadaan aku. then, gtau la abah cuti ahad ni sampai selasa. so, mungkin mak nak datang JB. dalam kul 11 malam mak aku kol pulak. aku dah pelik.bese mak aku dah tido waktu ni. rupe-rupenye mak aku nak cakapla, tak jadi datang sebab ayah aku kena g kursus kat KL ahad ni. kat bawah ni dialog aku ngan mak :)



mak : along, mak tak jadi g kat along ahad ni. abah kne g kursus kat KL. alaong ade kwn2 yg duk KL x? nak mintak carikan hotel utk mak + bwk jalan2.

aku : ade,mak..tp semua tak balik minggu ni. tapi, pakwe along ade.die duk klang.

mak : jauh x umah die g KL?

aku : tak pastila,mak. tak kot. :)

mak : along try la tanye die. nanti boleh mak kenal2. malam tu, mintak die bawak jalan2.abah bukan tau sangat jalan kat KL.

aku : okeh. nanti along tanye. nanti along suruh die mesej angah.

mak : aish. belum jadi menantu dah disusahkan..

aku : haha. biarlah mak... :P
 
 
p/s :

haha...aku tetibe neves lak :P

. Gaduh ngan adik-adik :P


malam ni susah sangat nak tido. taktau nape. huhu. tadi aku rase rindu sangat kat adik-adik aku. dah lame sangat tak jumpe. huhu. aku pon bukak la album yang ade dalam lappy nih. then, terjumpe la gambar setahun lepas kot. hehe. mase ni belum kenal incik hubby lagi :P



 


teringat lak mase aku tak matang dulu. mase sekolah rendah gitu ah. aku ni panas baran. sangat ~ sampai sekarang camtuh. tak caye tanye incik hubby. hehe. mase kecik-kecik dulu aku selalu gaduh ngan angah. 24 jam kot gaduh. haha. ciap bertumbuk pon ye. kan angah kan? pernah sekali aku tumbuk die sampai darah hidung. samseng tak aku? haha

kalau ngan adik, aku kurang sikit gaduh. sebab die dengar cakap. dari die baby sampai besar, memang die adik yang bagus. kalau angah ni, degil sikit. tapi, aku lagi degil la. haha. aku marah adik, bile die buat salah je. aha~ kalau aku marah, memang diam la adik. tambah2 bab belajar kan. haha ~ kena pukul pon ye. tapi, besenye aku just tinggikan suara je :)

segarang-garang aku pon, kalau ade orang wat jahat kat adik aku, memang aku seranglah orang tuh. kecuali kalau dah memang adik-adik aku yang salah. aku sayangkan adik-adik aku. sebab diorang sentiasa mendoakan aku. bile aku exam, diorang same-same berdoa untuk aku. dan aku pasti tentang 1 perkara. adik-adik aku sentiasa doakan benda baik-baik untuk aku. :)



untuk adik-adik yang along sayang ;

1) along marah bukan sebab along tak sayang. tapi,sebab along terlalu sayang. along nak yang terbaik untuk adik2 along :)

2) along nak adik-adik along jadi anak yang soleh & solehah serta manusia yang berguna

3) along sentiasa doakan yang terbaik untuk adik2 along :)

4) walaupon along kakak, tak bererti adik-adik along takley tegur along bile along buat salah. tegur along bile along buat salah ek. along sangat menghargainya. tu tandanya adik-adik along sentiasa bagi perhatian kat along :)




ALONG SAYANG ADIK-ADIK ALONG :)




08/12/2011

. JOM TAMBAH FOLLOWER

 


aha~ seminggu tak update blog. busy sangat. minggu ni ade 2 test. huhu. so, tadi aku blogwalking la ke blog blogger lain. jalan2 bace entri, & follow. hehe. then, aku terjumpe 1 segmen. macam best je. hehe. dah lame tak join segmen nih. segmen ni, dari blog cik LULU. <----- klik 

jom kite follow-memollow. hehe. tinggalkan link korang bile korang dah follow blog aku eh :)
ni syarat2 cik LULU :)

  1. Ambik header kat atas, letak dalam entri beserta linkkan ke entri ini, dengan tajuk "JOM TAMBAH FOLLOWER"
  2. Dalam entri tu, nak tulis apa pun boleh, paling penting, ceritalah kenapa korang join segmen ni, kan
  3. Dah siap, hantar link entri tu kat ruangan komen dalam entri ni
  4. Tarikh tutup ahad ni 11 (11.12.11) menjelang tengah malam..

06/12/2011

. Mereka sangat AWESOME !

Assalamualaikum,semua!

rajin tol pagi2 nak update blog. bese ah.tido awal,kenala bangun awal :)
tadi study jap. ni rest lame jap. haha. ecelli nak update entri ni dah lame. tapi,sentiasa tak berkesempatan. huhu. busy ngan test. semalam dah lepas 1 test. esok ade lagi 1 test. tension ! habis test semalam g Jusco beli air ribena. haha

ni nak cite sal AGM ( Annual Grand Meeting) kelab kesayangan aku. oho. bukan kelab jeng jeng jeng ok? kelab Smart Camp. kalau nak tau banyak, korang boleh tengok kat link ni :





okeh,AGM ni sebenarnye adalah pembubaran jawatankuasa kelab yang lame dan pengiktirafan yang baru. mase ni lah dapat kenal majlis tertinggi(MT)  kelab. hihi. yelah, aku nih dah final year. untuk sem ni aku langsung tak join ag mane2 aktiviti kelab. huhu. tak sempat. so, ramai MT baru yang aku tak kenal. mase datang AGM tuh,segan gak. hehe. nasib baik ade kawan-kawan seperjuangan dulu :)

aha~ ecelli, otak aku ni asyik duk fikir sal test esok. so, malas nak explain panjang-panjang. korang tengokla gambar eh.

p/s : sorry, watermark link blog lame. entri ni dah berkurun dalam draft blog tu. hehe




aku suke gambar ni. incik hubby pon suke. sebab tu die wat profile pic :)














pasangan pengantin. haha. sape suh korang pakai baju same? kan dah kena ngn aku. haha


 2nd year yang selalu buat hantu ngan aku. haha


first year yang selalu lepak ngan aku :)


 yang tengah tu dah ber'years' ok? haha

 
belon sedondon ngan baju :)








ni la kawan yang yana sayang sangat2 :)


 BFF :)




MT lame :)

MT baru. tapi baju pink pakai songkok kat belakang tu bukan ! haha


baju ijau pengarah lame,baju pepel pengarah baru :)
faizal,ni je gambar ko yang aku jumpe. haha


with auntie zulik.hehe


pompuan melayu episod terakhir bak kate sepupu aku. ye dok,mamat?

we love SC !




04/12/2011

. TRANSFER ENTRI

tadi yana bincang ngan incik hubby.
yana tak mampu nak handle 2-2 blog ni.
cukupla 1 blog je.
incik hubby suke blog yg sekarang.yana pon.
tapi, yana syg entri blog lame.
so, decide nak transfer entri2 tu semua n delete blog tu.

:) sebab tu ade yg pelik knp program yg dah lame tp yana baru update :)

02/12/2011

. Happy Anniversary, sayang :)



sekarang dah 2 December.

maknanye, genap setahun kitorang declare sebagai pasangan kekasih.
HAPPY ANNIVERSARY, cinta !

sungguh aku tak sangka. hubungan kitorang mampu bertahan sampai hari ni. sepanjang setahun kitorang kapel, banyak sangat dugaan yang kitorang terpaksa hadapi. gaduh tu perkara biasa. asal ade yang mengalah, yang keruh pon boleh jadi jernih.

kejujuran sangat penting. tambah-tambah kitorang ni berjauhan. kena salin percaya. Alhamdulillah. kami yakin dengan cinta kami. doa tak pernah putus. pada Allah kami memohon hubungan ni kekal sehingga ikatan sah. pada Allah kami memohon agar dikuatkan hati kami ketika menghadapi dugaan yang berliku.

b,
1 je yang qaseh harap dalam hubungan kite ni.
qaseh nak b jage hubungan kite seperti mane b jage hubungan b dengan Allah.
lindungi qaseh dengan doa-doa b.
bahagiakan qaseh dengan bimbingan b.
dan cintailah qaseh selepas cinta yang wajib.



ya Allah, aku bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang tulus menyayangi aku, menerima aku seadanya. insan yang banyak membantu aku menbentuk personaliti aku. insan yang sentiasa susah senang dengan aku. Alhamdulillah. ya Allah, pada-Mu aku berserah...



 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork