RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

21/02/2012

. Jangan Pernah Menyesal



Assalamualaikum,semua :)

indahnye petang ni. subhanallah. tengahari tadi panas sangat. hingga rase diri ni tak mampu nak bergerak. tapi Allah itu Maha Penyayang. tak dibiarkan hamba-Nya terus menderita. diturunkan hujan di petang hari. menyejukkan hati yang panas membara. tu pon masih ade lagi yang menafikan hukum Allah. MasyaAllah.

tidak mengatakan diri ini baik mahupun solehah. jauh sekali. aku tidak bertudung labuh. bukan budak surau. bukan juga qariah mahupun hafizah. tapi tak salah kan aku berkongsi ilmu? ade dalam kitab mane-mane ke yang mengatakan kalau nak bagi tazkirah,ilmu agama atau ceramah perlu yang bertudung labuh? yang alim ulama? tak,kan? asalkan ade rase rendah diri pada Allah, ade CINTA pada Allah, sebarkanlah walau satu ayat ke arah kebaikan. kerana yang satu itu akan menjadi banyak.

dunia hari ni makin lame makin dahsyat. kezaliman sane sini. hukum Allah dah macam peraturan pertandingan mewarna. diambil mudah je. nafsu diletakkan di tangga teratas dalam kehidupan. bile ditanya, jawapannya, HIDUP HANYA SEKALI.

HIDUP HANYA SEKALI???

anda pasti,ke? kalau anda fikir camtu, segeralah ubah apa yang anda fikir. kita tak hidup sekali. ingat, ade kehidupan selepas mati ! kite akan dibangkitkan di padang mahsyar nanti. dan itulah kehidupan yang hakiki. derita atau bahagia.

kita seringkali mengeluh bile kite diuji dengan pelbagai dugaan. yang takde duit, sanggup gadaikan maruah diri, mencuri, merompak, rasuah dan banyak lagi. takutnya kamu untuk hidup susah. setiap malam keluar melepak,pergi kelab malam, enjoy sane sini, tapi solat entah ke mana. kamu anggap solat membazir waktu kamu. membantu orang miskin menyusahkan kamu.

ada kamu fikirkan kehidupan kamu apabila dibangkitkan semula? fikirkanlah..syurga atau neraka..nikmat dunia sementara atau nikmat hakiki.....

untuk peringatan semua dan diri sendiri juga. aku terbuka hati untuk menulis semua ni selepas bace buku Aku Terima Nikahnya.. 

" Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu, kerana susah payah itulah bekal bahagia " - ustaz hasrizal





No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork