RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

26/02/2012

. KENAPA LELAKI & PEREMPUAN SUSAH UNTUK DIFAHAMI ?

Assalamualaikum,readers !

aku selalu bace post kat FB & timeline kat TWITTER status ni : " KENAPA PEREMPUAN SUSAH NAK FAHAM LELAKI?" & "KENAPA LELAKI SUSAH NAK FAHAM PEREMPUAN? ". dan baru tadi aku terbaca kat twitter ade yang post memahami sukan lebih baik dari memahami pompuan. haha ! sampai macam tu sekali. adeh. aku pun cube la post kat FB aku. "KENAPA LELAKI SUSAH NAK FAHAM PEREMPUAN?". antara komen-komen yang aku terima, korang boleh tengok dalam gambar kat bawah :






dan aku paling suke komen dari senior aku. yang cakap selamanya isu ni akan diperkatakan. I AGREE WITH HER ! die memberikan aku idea untuk menjawab persoalan aku tuh. kak nad, ni jawapan yana :

hanya dua perkataan yang dapat aku lafazkan saat aku terfikirkan jawapan tu. SUBHANALLAH ! ALLAHUAKBAR! segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam. setiap ciptaan Allah dan aturan Allah itu adalah sebaik-baik kejadian.

cuba korang renungkan. fikirkan andai antara kite lelaki & perempuan sentiasa saling memahami. bagi aku, hidup kan menjadi suram. penggunaan akal pon sentiasa terbatas. kenapa aku cakap camtu ?

lelaki sentiasa mengatakan perempuan susah nak faham mereka apabila perempuan marah mereka merokok, perempuan merajuk, perempuan marah mereka keluar lepak ngan kawan-kawan. dan macam-macam lagi.

perempuan sentiasa mengatakan lelaki susah nak faham mereka apabila lelaki tegur pakaian mereka terover, mekap tebal, keluar malam, bercakap kasar, selalu merajuk, dan macam-macam lagi ape yang korang fikir dan ape yang korang rase la.

tapi, pernah tak korang fikir kenapa diorang tegur? kenapa diorang buat camtu? aku ambik 2 contoh. contoh ni memang berlaku pada aku sendiri. jadikan iktibar ok?

CONTOH 1 :

aku selalu merajuk kat pakwe aku bile die lambat balas mesej, bile jarang mesej, bile die tegur pakaian aku, bile die terlalu sibuk. aku cakap kenapa die tak pernah faham aku? aku cume nak perhatian.

selalu sangat aku cakap camtu kat die. tapi die hanya jawab, penat. lama-lama aku sendiri dapat jawapannya. macam mana aku nak die faham aku kalau aku sendiri tak faham die? die lambat balas mesej sebab die sibuk. die sibuk sebab die kerja. dan die kerja sebab untuk aku jugak. untuk masa depan kami. untuk diri die. untuk keluarga die. kumpul duit nak kawen. die jarang mesej aku sebab die nak jimat kredit. kalau tak jimat,kredit cepat habis. dah habis kena topup lagi. pakai duit der. bukan pasir. kalau asyik duk topup je, bile nk cukup duit nak kawen. kan? one more, nanti jemu la der kalau selalu mesej. dan die tak marah aku nak bergaya. he know that i love fashion damn much ! tapi die tegur bile die rase ape yang aku pakai tu tak sesuai. nampak aurat. nanti kawen, tak memasal die kena tanggung dosa aku isteri die. :(


CONTOH 2 :

ade kawan aku, lelaki. die merokok. bile ade perempuan tegur pasal tak elok merokok, die cakap perempuan tak faham kenapa lelaki merokok. stress la,nikmat la,nak release tension la. pastu rase perempuan tu annoying lak. kepala hotak ko berjambul ! haha. korang tolongla faham ape yang perempuan tu cuba sampaikan dulu sebelum korang cakap kenapa la perempuan ni susah nak faham. first, aku nak cakap, merokok membahayakan & memudaratkan kesihatan diri. bukan diri korang je, tetapi orang lain jugak. korang tau ape hukum sengaja memudaratkan diri? pergi tanye USTAZ AZHAR. kalau tanye aku, sah sah aku jawab HARAM. sebab tu yang aku belajar. korang fikirlah beb,fahamlah. perempuan tu taknak korang sakit. kalau korang tu sakit tak menyusahkan orang takpe. ni menyusahkan orang nak g hantar g hospital, menyusahkan doktor, menyusahkan nurse. ada faham?


KESIMPULAN :

kesimpulannya, sebelum korang cakap orang lain susah nak faham korang, korang faham dulu orang lain. fikirkan kenapa orang tu buat macam tu, cakap camtu. pesan aku, fikir POSITIF. oke? 


2 comments:

  1. Cerita berdasarkan pengalaman adalah perkara manis (: I try to think positive before judge someone .

    ReplyDelete
  2. ermm saja nak share
    saya guna satu system top up yg sy boleh dapat diskaun setiap kali top up.contoh beli top up celcom rm 10 sy hanya perlu bayar rm 9.50 setiap kali top up.boleh lihat detail di http://www.zmeasymobile.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork