RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

12/03/2012

. Dunia Aku Seorang Fasilitator



masih aku teringat saat aku mula minat akan dunia fasilitator. mase tu ade program jati diri kat matrik aku. KMPh. matrik pahang. aku seronok tengok fasi-fasi. dan aku suarakan keinginan aku pada akak fasi group aku. tanye die camne nak jadi fasi. die cakap, join je program kat u nanti. aku mengiakan je. macam biasa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

then, aku masuk UTM Skudai. seminggu selepas minggu orientasi, ade malam pengenalan kelab. ok. mase tu aku jatuh cinta ngan 1 kelab. kelab SMART CAMP. sebab produces fasi. tapi tu la. aku just register name je. pastu datang sekali je meeting . hehe. mase tu aku lebih berminat pade pengurusan kolej. aku join JKM ( Jawatankuasa Kolej Mahasiswa ) under biro kebudayaan. and aku more pada protokol mase tu. ape-ape event, aku diletakkan under unit protokol. 

cuti sebulan semester 1 tahun 1, aku join 1 program khidmat masyarakat (KM) kat paya rumput,Melaka. sebagai AJK unit pameran & unit protokol. dan mase tu la..kehidupan sebagai fasi aku bermula. dalam KM tu, ade khidmat pendidikan (KP). dan kebetulan perlukan fasi. so, aku volunteer jadi fasi. mase tu agak gugup. first time kot..tp, alhamdulillah..seronok sangat...




KM & KP di Melaka


semester kedua aku masih lagi busy dengan JKM. then, 1 day kawan aku dal & intan gtau ade KP kat simpang Renggam. kat sekolah Rahman Andak tak silap aku. tak ingat dah. aku terus offer diri nak join. banyak aku belajar mase tu dari senior. keyakinan diri mesti ade. penat. yup. memang penat. tido malam 2 jam je. tapi, seronok.

dan lepas tu..aku kurang dah ngan JKM. aku banyak join program under club. aku seronok jadi fasi. terlalu seronok. banyak benda aku belajar. dan dari situ jugak aku motivated diri aku sendiri. dari dalam negeri JOHOR, hingga ke MELAKA & negeri kelahiran aku, TERENGGANU.





EXTRAVAGANZA 10




SEKOLAH TINGGI KLUANG


dan..Alahamdulillah sehingga kini aku masih contact dengan adik-adik fasi aku..

kenapa aku suke jadi fasi ?

sebab... :

1) aku suke tambah kenalan
2) aku suke berkongsi pengalaman aku ngan sesiapa saje yang sudi
3) banyak yang aku belajar untuk matangkan diri aku.matangkan cara berfikir. dan cara bercakap.
4) aku nak generasi selepas aku jadi manusia yang bermotivasi. kerana kehidupan mereka lebih penuh liku.


sekarang aku berada di semester akhir aku.. saat bersama ngan adik-adik fasi dan rakan-rakan fasi sangat aku rindu. terutama adik-adik EXTRAVAGANZA 10 & STK. sepanjang akak jadi fasi, korang paling happening dan sampai sekarang still contact akak walaupun melalui FB. dan ade juge pembaca setia blog ni. akak sayang korang ketat2 !

kepada rakan2 fasi yang baru bertatih dalam dunia fasi, belajar dari pengalaman. ingat, niat korang mesti betol. jadi fasi bukan sekadar menyelesaikan modul. tp juga berkongsi pengalaman dengana adik-adik. mase tu la diorang nak tau ape haluan diorang nanti. jangan lokek berkongsi pengalaman..

aku harap, even aku dah kerja, aku still boleh berkhidmat jadi fasi. love u all !!



No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork