RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

25/05/2012

. Indahnye rasa itu..



Assalamualaikum..

perkahwinan merupakan penyatuan 2 hati. menghalalkan hubungan antara bukan mahram. Allah, indahnya perkahwinan itu. maaf. entri kali ni yana teringin nak bicara soal kawen. desakan hati.






yana mula rase ape itu 'couple' sejak lepas SPM. tapi selalunye tak bertahan lame. tak sampai setahun, clash. tapi tulus dari hati yana, tiada langsung perasaan cemburu melihat pasangan couple. tak de pula nak rase desperate. bile orang lain ade pasangan, yana pon nak ade pasangan. tak terdetik. yana selesa hidup single. tapi yana tak de la nak cakap berpasangan itu menyusahkan. tak. 

setahun yana single, hati yana terbuka untuk terima my partner. ah. kalau korang nak tau cerita dulu2, boleh tengok kat entri zaman muda2 yup. n guess what? yana cakap kat die, yana tak nak couple. yana nak serius. kalau tak de niat nak buat yana jadi isteri, yana tak nak terima. haha ! tapi memang tu niat die pon :P  kalau tak, takdenye yana nak terima. haha

and now, kawan-kawan yana dah ramai yang kawen.. senior lagi. penuh kat FB jemputan kawen. huhu. yang ni yang buat yana rase sebak.

Allah. timbul dalam hati ni rase cemburu sangat-sangat. rase cemburu bile kawan-kawan yana dapat pangkat paling tinggi dalam hidup seorang wanita. sampaikan yana menangis. yana mengadu ngan my partner. die hanya mampu cakap bersabar. yana faham.  yana confirm ramai yang cakap yana gatal. hurmm. salah tempat kalau korang nak cakap yana gatal. perkahwinan tu ikatan yang halal. kire menggatal eh dengan husband/wife sendiri? tu haa.. pasangan yang tak halal yang duk berkepit siang malam tu yang selayaknya dipanggil gatal.

yana kagum dengan mereka yang kawen awal. mak ngan abah yana pon galakkan yana kawen cepat. sebab mak ngan abah tak suke anak-anak die couple lame-lame. tak manis. tak elok. niat yana, dah cukup duit nak kawen terus. tak nak tangguh-tangguh dah. doakanlah niat yana ni terlaksana secepat mungkin ye :)

maaf entri meluat sikit. :)



No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork