RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

02/10/2012

. Rombongan







Assalamualaikum,semua !

lame gile kan yana tak story love life yana eh. haha. bukan ape, kang ade yang menyampah lak. ye dok aih? tapi kali ni nak story jugak. tersimpan lame dah dalam draft ni. haish ~ kesuntukan masa. plus internet siput tol laaaa. huhu

ni cite raya aidilfitri hari tu. dah basi dah. tapi terlampau excited punye pasal, nak story jugak meh. nak dijadikan cerita, mak yana pernah tanye, pojie tak nak datang raya umah ke? oh mak gakkkk. acane nak jawab nih. yana sendiri pon tak konpem. die duk jauh kot. haish. so, yana suarakanlah kat pojie, tak nak datang raya umah ke? huhu. die pon tak tau ag. mase tu memang yana dah merajuk. tapi, still faham la. jarakkkk...

then, one day tu, ade kawan die pos kat FB page group bola diorang, yang diorang nak g kenduri kawen kat jerantut raya keenam dan datang raya umah yana kat terengganu. masa tu memang excited la. tapi tak gtau mak ag la. takut tak jadi. wuwu

pastu sampai la 1 waktu, bile die dah konpem. haish. sehari sebelum kot ! gelabah ar. dah pening nak masak ape. datang jauh2 mesti nak rasa masakan terengganu kan? tapi ade pulak kedai bukak time raye kan. kalau ade pon ciput je. barang nak tak nak je ade aih. mak yana pon dah pening fikir nak prepare. tapi dalam duk pening, excited gak. haha.

ok. bukan pojie je datang. pojie datang ngan kawan2 die. dan ade lagi sorang special guest datang raya keenam tu. tu pon bile die dapat tau pojie nak datang. haha. die ialah....teng teng teng...kawanlelakilalala angah yana. heee ~ cukup. sampai mak yana siap tanye adik bongsu yana, awek adik tak nak datang? kalau nak datang, suh datang hari tu gak. haha. kelakar je. agak kelam kabut gak. preparation saat akhir kot. kawanlelaki angah yana sampai dalam kul 4 lebih kot. lupe dah. die sampai dulu la. dan...dalam jam 7.30 malam, pojie and da gang pon sampai kat umah yana. memang bising and meriah ! haha

dalam kul 10 diorang gerak balik. tapi pojie tido kuantan dulu. kawanlelaki angah yana memang duk kuantan. so, one way je la kan. dan pas diorang semua balik, mak ngan abah yana, mak yana la terutamanya, non stop talking about them. huahaha. masa yana ngah syok basuh pinggan, mak tanye bile family pojie nak datang secara rasmi. erk. apekah? then, mak cakap, abah suh gtau pojie, bertunang hanya 3 bulan je abah bagi. tak ley lebih. kurang takpe. hehe. yana senyum je la.

yana jawabla kat mak yana, insyaAllah ****** tahun 201* ni die datang minang. yana pon sebenarnye tak tau dah sedia ke belum nak ke fasa seterusnya. makin lama makin dekat. insyaAllah, kalau ade jodoh , tak ke mana :)

nanti dah konpem tarikh, yana kan buat 1 entri khas,ok? doakan segala urusan kami dipermudahkan. amin :)



No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork