RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

27/11/2012

. Mengusik hati



Assalamualaikum,ollsss !

dah lame tak update betol2.semalam just taruk gambar je kat entri. haha. sebab tak tau nak cerita ape. tapi malam ni tergerak hati nak taip 1 entri khas untuk si dia yang tersayang.menaip sambil senyum sorang-sorang. haha. dah la kat N28 ni.




sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun kitorang couple. 2hb ni cukupla 2 tahun. tak sangka,kan? pantas je mase berlalu. sepanjang 2 tahun ni, banyak sangat dugaan yang kitorang lalui. tapi, Alhamdulillah. dugaan tu la yang mematangkan kitorang.

now kitorang makin serius. merancang untuk masa depan. menjadi yang halal untuk satu sama lain. sape cakap hubungan jarak jauh tu susah? tak. tak susah sebenarnye. yang penting jujur dan percaya antara satu sama lain. tipu kalau aku cakap kitorang tak pernah gaduh.sedangkan lidah lagikan tergigit. ni kan kitorang. adat la tu. yang penting kena ade yang mengalah.

untuk avoid kitorang dari selalu gaduh, aku dan dia jarang mesej. dan aku tak ralat sangat kalau g mane-mane henpon tertinggal. sebab die tau nak contact sape. tak semestinya kena mesej setiap waktu kan? Alhamdulillah. even jarang mesej or call, sayang dalam hati tu makin hari makin bertambah. tapi kalau nak g mane2,aku still kan inform kat die. tak nak bagi die risau.

dan yang paling aku suka sikap die, die hormat aku. hormat waktu aku ngan kawan-kawan aku. bile aku cakap je aku nak kuar ngan kawan-kawan, die kan pesan berhati-hati, jaga diri. then dia tak mesej dah. sebab dia tak nak ganggu waktu aku ngan kawan-kawan aku. even dalam group yang aku kuar tu ade budak lelaki, aku kan gtau die. tak de tipu-tipu. same jugak ngan die.

kesabaran die.buat aku makin sayang kat dia. dia tak pernah biar aku sendirian. sentiasa ade untuk aku. sentiasa tegur yang mane salah. aku bersyukur sangat kenal dia.

aku harap takde yang dengki kat kitorang. doakan kami.. amin.




1 comment:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork