RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

11/11/2012

. Nasihat mak untuk bakal pengantin




Assalamualaikum,olls !!




i'm home now.so,sangat aman damai ye.lepaking atas katil yang empuk sambil update blog.takde mood nak tengok TV. sebab semua cerita, bowrinkkkk !! esok maybe nak kuar g bandar KT teman cousin cari keje. and tadi jugak pojie text cakap esok die ade keje kena pergi kemaman.tapi konpem die tak datang umah aku. jauh. agpon die datang ngan bos die. huhu

ok.ce korang bace tajuk entri yana kali ni. mesti korang duk pikiaq, eh, yana dah nak kawen?bile bile? haha. korang jangan fikir camtu tau. tajuk je gempak. padahal takde papepon. haha

petang tadi, mak bagi 1 kad kawen kat yana.kad kawen senior yana mase MRSM YT Besut dulu. anak kawan abah yana. haaa. pastu mula la mak duk bicara sal kawen kat yana. malu lettewww. haha.padahal dah nampak dah. tanda-tanda mak suh kawen cepat =.=

yana tanye,mak t hantaran mak nak letak berapa?sesetengah orang,masa akad letak RM5000 la, RM7000 la.beribu-ribu la.pastu mak cakap,mak ngan abah bukan jual anak. tak payah mahal-mahal. ikut kemampuan pojie. jangan mewah sangat. mak tak nak pojie berhutang. mak cakap,asalkan die boleh bimbing yana.

then,mak bagi nasihat jugak. nanti bile dah kawen, kena lebihkan mak mertua dari mak sendiri. yana tanye mak yana, kenapa? mak cakap, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami,syurga seorang lelaki di bawah telapak kaki ibu die. sampai bile-bile. takkan berubah. so, kalau ibu die tak suke kite,pastu ibu die marahkan anak die, korang agak,berkat tak hidup anak die? berkat tak rumahtangga korang? kan?

sebab tu mak yana pesan, sebelum kawen, persiapkan diri dengan ilmu camne nak pikat suami,pikat hati ibu mertua. pastu mak pesan,nanti dah kawen, kena tolak ansur.dengar cakap suami.jage kebajikan suami. macam-macam la mak pesan. rase nak nanges pon ye. baru yana sedar,yang yana ni dah besar panjang.bukan budak-budak lagik. hahahha

mak cakap,nanti dah konpem dapat keje kat KL, terus bertunang. sebab bile dah ade ikatan, ok la sikit kalau pojie nak hantar ambik aku g keje nanti. sampai macam tu sekali mak aku nasihat. aku cam terkejut. huhu. memang mak betul-betul berkenan kat pojie. hehe

aku harap dan sentiasa berdoa moga hubungan kitorang berakhir ngan jinjang pelamin dan kekal till jannah.doakan kami :)



6 comments:

  1. Haaa , tunggu apa lagi sis . dah green light . haha . Cepat cepat bertunang . then jemput kitaorang makan nasi minyak yeaa . Hihi xD

    ReplyDelete
  2. haha.insyaAllah.doakan kami ye :)

    ReplyDelete
  3. betul nasihat mak awak tu..selalulah igt n ikut pesanan tu ek sebab tu bukti yg parents awak berjaya didik awak jd anak yg solehah..peringatan utk diri saya jugak

    ReplyDelete
  4. yana,
    dah dapat greenlight tu! cepat yang. hihi. sangattttt betul apa yang mak yana cakap. semoga nanti semua dipermudahkanNya. amin :)

    ReplyDelete
  5. semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork