RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

31/10/2012

. Mak selalu pesan....









menjadi anak sulung tak seindah dan tak semudah yang kita bayangkan. walau yana anak sulung dan perempuan, tanggungjawab yana besar. yana contoh adik-adik.ape yang yana buat, adik-adik kan jadikan yana contoh.baik kita,baikla adik. seorang kakak, hanya cemerlang bile adiknya yang lain turut cemerlang.

mak selalu pesan kat yana....

jangan gaduh ngan adik-adik. terutama adik yana yang laki. if jadi pape kat abah, die wali yana. sebab tu yana tak pernah berkira ngan adik bongsu yana.baik angah yana pon. kitorang utamakan adik yang bongsu. mak selalu cakap. mak tak de harta nak tinggal untuk anak-anak mak. mak bagi pendidikan je untuk anak-anak mak. mak cakap, jadi anak yang solehah.

mak selalu pesan...

kawan baik-baik. jaga hati kawan. camna jahat pon kawan kita, ingat kebaikan yang pernah dia buat. jangan lokek nak tolong kawan. jaga percakapan. jangan masam-masam muka. hargai kawan. terima mereka seadanya. ikhlas kan diri berkawan. along jauh dari mak. kawan-kawan je yang dekat ngan along.

mak selalu pesan...

jaga diri. jaga maruah. anak cermin ibu bapa. baik anak, baiklah didikan mak ayah. jangan lupa Allah. rajinkan solat sunat.

dan banyak lagi pesanan mak..tak tertulis.tp tertanam dalam otak yana. heee. rindu mak !  :)




26/10/2012

. Bila hati cakap.... YES !!







cinta yang sejati adalah melihat orang yang kita cintai sentiasa gembira walau itu kesedihan kita.


terima kasih,Allah. kerana Kau pinjamkan dia untuk mengindahkan hati yang kelam ini. semoga rasa cintaku pada-Mu melebihi cintaku pada insan yang Kau pinjamkan sebagai pembimbing aku. semoga hubungan ni dipermudahkan.amin,


kadangkala kita terpaksa melepaskan apa yang kita sayang untuk sesuatu yang lebih baik untuk kita.


syukur,ya Allah. kau datangkan pelangi dalam hidup aku selepas taufan melanda. biarpon dia tak sempurna, tapi dia sempurnakan hidup aku.


i love u.

khairul fauzi saadon

2/12/2010




23/10/2012

. JOM TOLONG YANA !





Assalamualaikum, uollsss !!

selamat beriadah ye,uollsss ! petang-petang cenggini eloklah kite membuang sedikit lemak-lemak berlebihan ngan joging ye. tapi dek kerana yana yang cekeding ini harus menyimpan sedikit lemak supaya kelihatan berisi, haruslah joging atas katil je sambil tweet2. haha. banyak cekadak kau yana. dah memang pemalas tu,pemalas la juga hendaknye. kah kah kah.

bab mengarut, iolls is number ONE ! lets start ngan cerita yang sepatutnye. haha. tadi yana on chat kat FB setelah sekian lame semata-mata mau bergosip dengan GF no 2, afee. hehe. GF no 1 g taman u. hek hek. tak ikut sebab yana sakit belakang dari semalam lagi. wuwu. ngah duk chat ngan bride-to-be ni, tetibe ditegur oleh seseorang. tettt.

hee. die pon bride-to-be jugak.  huhu. yana bile lagi? hehe. die adalah Dayang. dan yana pon kenal die kot blog jugak. pakwe die 1 course ngan yana dulu. eh silap. tunang die. hee. dan, yang pasti, yana, dayang, afi, anas dan ieqa saling kenal antara satu sama lain ! hehehehe ! cuwit tak? haha. dayang mintak yana like gambar die. ade 2 gambar. yana dah like. so, untuk meramaikan lagi pengeLIKE, yana mohon pembaca-pembaca kesayangan yana tolong like jugak yep :)  . 1 LIKE dari anda amat berharga :) mohon LIKE and share ye :)












terima kasih sebab sudi tolong yana. nanti yana tolong korang jugak. korang just perlu PM je kat FB yana kalau nak yana tolong ape-ape. heee




18/10/2012

. VOTE FOR HANIS ZALIKHA !









argh! petang-petang cenggini pekena eskrem sedap gak nih. tambah-tambah kalau ade orang nak belanja Baskin Robbins. memang superbbbbb ah. tapi mahal kot. wuwu. takpe2, yana ade duit nanti, yana nak g makan eskrem nih. haish.

cakap pasal BR nih, jom pakat vote HANIS ZALIKHA UNTUK PERISA WORLD CLASS CHOCOLATE. korang boleh gak vote untuk perisa lain. lain perisa, lain representive die. ayuhhh !!



klik sini untuk vote perisa :










. Saya suka...









Assalamualaikum,peeps !

kenyang perut suke hati. mata mula la mengantuk bagai. tapi mase ni la idea nak update blog mencurah-curah ke ladang gandum. haha

kali ni yana nak cite pasal kengkawan yana. lame nau tak cite sal kengkawan eh. pada sape-sape yang kenal yana, diorang kan tau, yana ade ramai sangat kawan. terlalu ramai sampaikan yana boleh lupa name kawan yana. haha. dan semua lapisan umur ade. al-maklumlah. budak talkative. hik hik. dan yana sangat suka berkawan.

tapi kan... tak semua kawan-kawan yana boleh go on. jujur tol yana ni. ade sesetengahnye, yana boleh borak-borak je. tak semua yang yana rase ok bile nak kuar jenjalan. antara semua kawan-kawan yana, yana paling suke keluar dengan anas. haha. sebab kepala otak kitorang dua-dua tingtong =.=

yana sangat suka.... macam semalam g pesta konvo. yana ajak intan dan anas. diorang masing-masing tak kenal. dan yana bersyukur sangat, diorang boleh go on. yana memang suka, kenalkan kawan-kawan yana antara satu sama lain. ( eh, ape ayat aku nih? pandai2 la korang faham sendiri. haha) macam yana kuar ngan kawan yana gak, kalo diorang bawak kawan diorang, yana pon kan sesuaikan diri yana ngan kawan2 diorang. kalau yana rase yana tak boleh go on, yana diamkan jela. tapi tak jadi rapat la pastu. :)

yana kalau boleh, nak semua kawan-kawan yana kenal antara satu sama lain. sebab.... yana nak, bile yana dah takde nanti, diorang kan sentiasa ingat yana. bile diorang jumpe antara satu sama lain, diorang kan cakap, " eh, ni kawan yana kan? " .dan yana harap diorang sentiasa doakan yana. amin. :)




16/10/2012

. Untuk 3 Hari




Assalamualaikum,peeps !

kepala ngah ting tong. migrain,plus cam nak demam je. huhu. selalu camni tiap kali kesayangan balik klang semula =.=

haa. ni yang nak cite. weekend ritu, yana terlalu hepi sangat-sangat. Alhamdulillah. yana dapat jumpe kesayangan yana lagi. lame gile tak dating ngan dak demok ni. even 3 hari je dating, kire bersyukur sangat. dan 3 hari ni, banyak yang kitorang bincang pasal fasa seterusnya dalam hubungan kitorang. hee

seperti biasa, bile dak demok ni nak datang, yana lah paling busy. busy la sangat kan. busy fikir nak pakai baju ape. haha. jarang jumpa, takkan nak pakai selekeh2 =.=  . hehe. dan kepala otak ligat nak bawak die jalan2 ke mana, makan ape. tempat tido tak risau la kan. tumpang bilik kawan die la naaaa. heee

die sampai hari sabtu petang. die dah bertolak awal pagi. memandangkan sepanjang perjalanan tu hujan, so, 8 jam gak la kan. kena la drive slow2. bahaya. jalan licin. tak kisahla die sampai lambat. asal selamat. hehe. mase die sampai, yana suh die g makan dulu. sbb mase tu yana dah makan ngan anas. bagi die rehat dulu. dalam lepas asar baru kuar.

kitorang g angsana je dulu. sebab nak g jauh2, tengok pada keadaan die, nampak penat sangat. nak suh yana drive, memang tak la kan. ngah hujan lebat mase tu. memang tak berani la. haha. yana ni kan baru dapat lesen. hukhuk. pusing-pusing angsana jap. tak beli ape-ape pon. pastu g makan kacang pool kat food court. tiap kali die datang, mesti kitorang makan kacang pool. haha. sedap !

pastu dalam pas maghrib, kitorang gerak balik. pegi pesta konvo UTM lak. wihuuuuu !!! konon nak shopping le kan. sekali pusing-pusing je. sebab die dah tak larat sangat. kan die pengsan tengah jalan tu, sape nak angkat? wuwu. dalam kul 10, kitorang dah balik bilik masing-masing. rehat. hehe


ni outfit hari first dating ! hehehe


hari kedua. iaitu hari ahad. bangun pagi, teman die g servis kete dulu. before g servis kete, take out McD dulu. ayam goreng spicy. nyum2. hehe. kitorang makan kat bengkel kete tuh. nasib baik bro-bro yang keje situ baik. makan kat meja. pastu lepak kat waiting room sambil bace majalah sementara tunggu kete siap diservis. pekerja2 kat situ best ! friendly yang teramat sangat. heee. tu kali kedua kesayangan servis kat situ. die memang suke servis kat situ. katanya, memang first classsss !!! hahahhaa

pas siap servis, kitorang jenjalan g jusco tebrau. vrommmm !! g jusco tebrau tengok wayang.plan nak tengok Aku Terima Nikahnya, tapi penuh ! so, kitorang tengok Cinta Beruang. ingatkan best. tapi hampeh ! membazir duit tiket je. kitorang gelak bukan sebab lawak yang die buat menjadi. tapi sebab lawak tak menjadi.hahahaha. pas tengok wayang, jenjalan dalam jusco jap. pastu die belanja makan kat chicken rice shop. heee. dalam kul 8, gerak balik, g pesta konvo lagik sebab nak jumpe orang. pastu g lepak danga bay jap. pastu baru balik bilik. rehat. hehe



ni outfit untuk 2nd day :)


hari ketiga,kitorang kuar lewat. kul 11.00 pagi. kitorang g makan kat kafeteria Noor kat taman U je. sebab petang tu die nak drive balik, so kitorang jalan-jalan kat Umall je. hahahhaa ! dan kitorang dapat tengok Aku Terima Nikahnya. yela, dah semalamnye tak dapat tengok. best cite die ! heee. tapi boleh lak mase tengok cite tu, dak demok ni tanye yana, camne kalau die jadi cam adi putra tuh. haish. terdiam jap yana. huhu. harap-harap semua baik je. =.=

pas habis tengok wayang, kitorang g jusco taman u, beli barang. pastu terus balik UTM. then die rehat jap kat bilik kawan die, kul 5 datang blok yana. borak2 jap, kul 6 die gerak balik klang. mase tu hujan lebat sangat. huhu. yana mase tu dah risau sangat. setiap setengah jam  mesej die. wuwu. dan malam tu dah mula la demam. sampai le hari ni. haha



ni outfit hari ketiga. kitorang pakai baju warna same. sebab beli kat kedai same kat jusco tebrau. hik hik :P





doakan segala yang kami rancang berjalan lancar. amin .




.Coming Soon










tunggu dan lihat akan datang !

cerita kami :)



13/10/2012

. Dapat tiket free :)







Assalamualaikum,semua !

yana ngah siap-siap sambil tunggu kesayangan yana datang ambik nih. die kat bilik kawan die. hee. sementara tu ambil kesempatan update blog jap. wee~

yana kan ade cite yana ade 2 orang BFF yang yana kenal kat blog kan? hee. salah seorang dari mereka dah nak kawen. kitorang 3 orang sebaya tau. yang nak kawen tu afee. tinggal la yana ngan anas je ag. heee

2 hari lepas yana dapat kad kawen dari afee. simple but nice. dah macam tiket flight MAS. haha. tengokla atas tu. cantik kan? hee

agak-agak, kad kawen yana nanti camne eh? haha




. coming soon ( BLOUSE CANTIK-CANTIK !)








Assalamualaikum,peeps !

kalau sape2 yang follow blog yana dari dulu, mesti tau yana pernah jual blouse muslimah yang cantik-cantik kan? ok. yana kan kembali dengan blouse muslimah cantik2 dalam masa terdekat ni, insyaAllah. masih dalam perbincangan lagi. sape yang berminat boleh like FAU.LIYA STORES COLLECTION untuk sebarang update. baju2 semua yana kan update kat situ. :)





12/10/2012

. Hadiah yang bermakna








Assalamualaikum,peeps !

fuh. penat. baru balik dari pesta konvo. heee. tadi Johan Raja Lawak datang. memang meriah. tp lagi meriah mase siti nurhaliza datang ritu. weee ~

tadi awek Faizal Nordin datang. name die Azie. ikut plan, azie tido bilik yana malam ni. tapi tak jadi. so, die datang sekejap je jenguk yana. heee. even 1st time jumpe, rase cam dah lame kenal. cantik orangnye. sangat lemah lembut. kalah yana yang kasar ni. hehe

dan yang paling buat yana terharu, die kasi tudung kat yana. tudung fesyen terkini. cam dalam gambar tu. cantik,kan? hee. terus yana pakai tadi. hehe

thanks,azie. yana minta maaf sebab tak bagi ape2 kat azie. nanti azie bertunang ngan faizal, gtau yana ye. yana pos hadiah. heee. nanti kite jumpe lagi tau :)




. Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com




Assalamualaikum,peeps !

lame gile yana tak join GA kan? ni tetibe yana nak join lak. ni pon sebab FENDY tag yana. haa.. fendy ni pengomen tegar blog yana. haha. tengokla. konpem entri ni die komen gak. haha. ye dok, fendy ? heee. thanks ye awak sebab tag sy :)






GA ni dari Yana Yassin aka YY. korang boleh klik sini kalau nak join. banyak gile hadiah woooo...



yana nak cite sket pahit manis masam masin sepanjang 2 tahun yana ber-blogging nih.

kenangan manisnye bile ade orang suke blog yana, ramai follow, dapat ramai kawan.kalau korang nak tau, ade 2 orang BFF yana, yana kenal dari blog tau. heee. dan paling yana suke bile setiap entri yana ade orang komen. hehe

bile ade manis, mesti ade pahit kan? sebenarnye, ni blog kedua yana. yana lagi sayang blog first yana. tp blog tu terlupa password. so, yana buatla blog baru. bile dah 2 bulan buat blog baru, baru boleh bukak yang lame tu. tetibe try n error dapat. haha. tapi terpaksa tutup. atas sebab2 tertentu. then, blog yang ni pernah kena hacks. nasib baik entri lepas tak hilang. huhu. tu je yana nak kongsi :)


yana nak tag......

1) anas


3) miss Z





11/10/2012

. Teman Sejati




Assalamualaikum,peeps !

dah nak maghrib. so, kena bace entri ni laju2. jangan lengahkan solat ok? yang bendera jepun tu lain ah. haha.

tadi jumpe BFF yana. Faizal Nordin. Esok GF die datang. tido bilik yana. heee.  pas jumpe die, ase cam tersentuh lak. aip aip. jangan salah faham. maksud yana. yana tersentuh sebab die baik sangat2 ngan yana. padahal kitorang pernah gaduh teruk dulu. tapi tu r. kalau kite betul2 ikhlas nak bersahabat, gaduh camne pon, mesti kan baik semula.kan? dan GF die pon rapat ngan yana. tak sabar nak jumpe die esok.

yana bersyukur sangat sebab ade kawan-kawan yang sentiasa di sisi yana. faizal, faiz, anas, afi, dal, wani, ezah, qist, zulik, mizah,mar,nita  dan semualah. yang sentiasa susah senang dengan yana. sayang korang sangat2 !!

meh dengar lagu kat bawah ni. yana selalu gak nanges kalo dengar lagu ni :)







" PERSAHABATAN YANG SEJATI MELAHIRKAN KERINDUAN YANG ABADI "





. JAGA-JAGA - Dato' Fazley ft Altimet




Assalamualaikum,peeps !

update blog sambil dengar lagu Dato' Fazley. goyang-goyang kepala. Yale yale yale yale. haa. tu je lirik yang yana ingat. hihi. yana ni peminat Dato' Fazley since die debut lagi. mase lagu Asmara tu. Asmara ini yang hanyutkan aku. ~~~ dan lagu karina. my favourite ! haish. lintang pukang taip entri. tangan duk menaip, telinga dengar lagu. otak terbelah dua. huhu

now yana ngah dengar lagu baru Dato' Fazley. Jaga-Jaga (Yale-Yale). feat Altimet. dah 3 kali yana replay. nak download lak jap ag. haish. bertuah kak azrene. heee. mesti hari2 dapat dengar Dato' Fazley nyanyi.

lagu Jaga-Jaga ni khas untuk anak muda zaman sekarang. terutama mereka yang ngah bercinta. dalam lagu ni berpesan, terutamanya pada anak gadis, jaga maruah. jangan serah semua. jaga-jaga. yana sarankan korang dengar lagu ni. haa. video die kat bawah ni. video ni, admin fanpage Dato' Fazley yang emel kat yana. ni yang full punye. meh-meh dengar. dengar nasihat dato' fazley nih. :)











10/10/2012

. BLOG REVIEW | Kisah Si Merah Jambu








Assalamualaikum, peeps !

kali ni yana nak buat review blog lagi. yana baru je follow blog die ni. yana terjumpe blog die pon, sebab die tinggalkan jejak kat yana. ok, yana ni jenis susah nak follow blog orang kalau yana tak betol2 suke bace. huhu. sorry. yana bukan sombong. tp tu la. sebab yana cari blogger yang ikhlas berblog. bukan sekadar duit semata-mata. tp, kalau korang tinggalkan link, yana takkan miss visit blog korang n klik semua iklan korang :)

owner blog ni name die chah. umur 26 tahun. ok. yana kena panggil die kak chah :). cantik orangnye. hee..tp dah bertunang ok ? yana tertarik dengan entri2 die yang latest. sampai buat yana nanges. die masih lagi bersedih sebab kehilangan abang kesayangan die. mari kite sedekahkan al-Fatihah kat arwah abg die. al-Fatihah.

cara die luahkan ape yang die rase tu, memang betol2 menusuk hati yana. kak chah, bersabarlah. doakan yang terbaik untuk arwah. banyakkan bersedekah untuk arwah. semoga kak chah terus tabah. amin.

jom tengok blog die --->  Kisah Si Merah Jambu




. Terima Kasih,awak....











"Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control."



dah lame tak cite pasal kesayangan nih. hehe. semalam kitorang gaduh. yana taktau kenapa la yana tetibe angin puting beliung sangat semalam. die tak buat salah ape pon. tapi yana mengamuk tetibe. huhu. nak period kot =.=

tapi.. Alhamdulillah. die tau yana panas baran. die tetap sabar. dan yana..dalam proses nak kurangkan panas baran ni. yana bersyukur sangat Allah temukan yana dengan die. die banyak bantu yana. bile yana tengah marah, die tak tinggalkan yana. die pujuk yana. bagi yana sejuk. dari tengah marah yang teramat sangat, yana boleh tergelak. haha

dan Alhamdulillah..family yana restu hubungan kitorang. syukur sangat. doakan hubungan kami berjalan lancar. 

p/s :

tolong klik iklan-iklan kat atas tu yep. kumpul duit nak kawen. huhu



09/10/2012

. Filem | SALAM CINTA







Assalamualaikum.

korang dah tengok Salam Cinta? sape yang belum tengok, boleh tengok sekarang. jalan cite die ringan dan senang nak faham. maybe ade sesetengah orang kan cakap, bosanla, jalan cerita same la. tapi, bagi yana kalau orang tu hayati betol2 cite tu, korang takkan bosan. dan yana paling suka ayat diana amir kat ending cite ni :


" Saya tak akan mencintai orang yang saya cintai. tapi saya akan cintai orang yang diatur untuk saya oleh Allah, dunia dan akhirat "




. KFC ZINGER BURGER DOUBLE DOWN !!







hah ! hambek ko. haha. tengahari cenggini g upload gambar burger nih. haish. meleleh air liur. perut dah nyanyi lagu Baldu Biru nih. lapar sangat. waaa ! nak burger ni. nanti nak g KFC. *bile ade duit la* . haha. takpon suruh orang tu belanja. miahahaha !

kecur air liur. tipu ar kalau korang tak meleleh air liur tgk burger nih. ni burger baru dari KFC. Zinger Burger Double Down ! nyum2. sape yang dah pernah makan, boleh komen sket x? hehe

dan kat bawah ni ade video yana tgk kat page burger ni. haha. lawak seh. cool gile.
nak tgk dengan gambar yang clear, boleh klik link ni ---> ZINGER BURGER DOUBLE DOWN



video




. Teman Pengganti









Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti




selamat pagi,ollssss ! hari ni my little youngest brother dah start PMR. so, yana bangun awal nak bagi sokongan kat die even kitorang jauh beribu batu. uhuks. imissu,adik :(

sebab tak nak kasi ngantuk, yana pon on la mp3 player kat enpon 'canggih' nih. nokia X2-00. canggih ape ade camera. hakhak. then tetibe terus dengar lagu Teman Pengganti. oh mai. nak nanges nak nanges. amik tisu lap lap. lirik die memang menikam kalbu. tambah2 yana ni jenis kalau dengar lagu, tak kisah sangat muzik nye camne. or suara artis tu sangat. tapi yana lebih suka tengok lirik die tu. kalau lirik die tu ade maksud mendalam sampai cucuk2 hati ni, yana kan layan berjuta kali. sampai bosan. hahahha !

jom pagi2 ni layan lagu teman pengganti :)

gosip hot pepagiiii :





08/10/2012

. BLOG REVIEW | Goof Spot








Assalamualaikum.

tetibe yana rase nak review blog orang lak. aih. macam famous sangat blog haku ni nak meng'review' blog orang. hukhuk. biarlah. nak gak. ape salahnye kongsi ngan korang. an an? teheee ~

pasti ade dah sesetengah dari korang yang tau sal blog ni. Goof Spot. yana terjatuh hati kat blog ni pon mase ade sorang kawan yana share link blog ni kat FB. pasal mistake dalam shoot filem ombak rindu. haha. pas je dari tu, selalu gak yana bukak blog ni. terutama bile ngah tension.

bile bace je blog ni, mesti gelak sorang2. sebab ade shot yang langsung kite tak perasan, ade mistake, tapi goof spot ni gtau. haha. memang kelakar. tak caye? jom stalk blog goof spot nih.






.Doakan Adik saya....






Assalamualaikum,semua !

tak nak update panjang-panjang. sebab penat yang teramat sangat ni. baru sampai dari umah anas. hee.

selasa ni, PMR dah start. dan adik lelaki tunggal kesayangan yana adalah calon PMR 2012. *hambek ko.skema gile ayat. actually yana agak risau ngan adik yana yang sorang ni.sebab die a little bit clumsy and careless cam yana. yana risau kalau die terlampau nervous, die cuai mase jawab exam.

so, marilah kite same2 doakan adik kesayangan yana ni dapat jawab exam dengan tenang dan lancar. untuk semua calon PMR, all da best !!

read more >>






02/10/2012

. Rombongan







Assalamualaikum,semua !

lame gile kan yana tak story love life yana eh. haha. bukan ape, kang ade yang menyampah lak. ye dok aih? tapi kali ni nak story jugak. tersimpan lame dah dalam draft ni. haish ~ kesuntukan masa. plus internet siput tol laaaa. huhu

ni cite raya aidilfitri hari tu. dah basi dah. tapi terlampau excited punye pasal, nak story jugak meh. nak dijadikan cerita, mak yana pernah tanye, pojie tak nak datang raya umah ke? oh mak gakkkk. acane nak jawab nih. yana sendiri pon tak konpem. die duk jauh kot. haish. so, yana suarakanlah kat pojie, tak nak datang raya umah ke? huhu. die pon tak tau ag. mase tu memang yana dah merajuk. tapi, still faham la. jarakkkk...

then, one day tu, ade kawan die pos kat FB page group bola diorang, yang diorang nak g kenduri kawen kat jerantut raya keenam dan datang raya umah yana kat terengganu. masa tu memang excited la. tapi tak gtau mak ag la. takut tak jadi. wuwu

pastu sampai la 1 waktu, bile die dah konpem. haish. sehari sebelum kot ! gelabah ar. dah pening nak masak ape. datang jauh2 mesti nak rasa masakan terengganu kan? tapi ade pulak kedai bukak time raye kan. kalau ade pon ciput je. barang nak tak nak je ade aih. mak yana pon dah pening fikir nak prepare. tapi dalam duk pening, excited gak. haha.

ok. bukan pojie je datang. pojie datang ngan kawan2 die. dan ade lagi sorang special guest datang raya keenam tu. tu pon bile die dapat tau pojie nak datang. haha. die ialah....teng teng teng...kawanlelakilalala angah yana. heee ~ cukup. sampai mak yana siap tanye adik bongsu yana, awek adik tak nak datang? kalau nak datang, suh datang hari tu gak. haha. kelakar je. agak kelam kabut gak. preparation saat akhir kot. kawanlelaki angah yana sampai dalam kul 4 lebih kot. lupe dah. die sampai dulu la. dan...dalam jam 7.30 malam, pojie and da gang pon sampai kat umah yana. memang bising and meriah ! haha

dalam kul 10 diorang gerak balik. tapi pojie tido kuantan dulu. kawanlelaki angah yana memang duk kuantan. so, one way je la kan. dan pas diorang semua balik, mak ngan abah yana, mak yana la terutamanya, non stop talking about them. huahaha. masa yana ngah syok basuh pinggan, mak tanye bile family pojie nak datang secara rasmi. erk. apekah? then, mak cakap, abah suh gtau pojie, bertunang hanya 3 bulan je abah bagi. tak ley lebih. kurang takpe. hehe. yana senyum je la.

yana jawabla kat mak yana, insyaAllah ****** tahun 201* ni die datang minang. yana pon sebenarnye tak tau dah sedia ke belum nak ke fasa seterusnya. makin lama makin dekat. insyaAllah, kalau ade jodoh , tak ke mana :)

nanti dah konpem tarikh, yana kan buat 1 entri khas,ok? doakan segala urusan kami dipermudahkan. amin :)



 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork