RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

17/07/2013

.[REVIEW] Mari kita bersama-sama doakan dia..



Assalamualaikum,readers !

pagi tadi aku ada update entri pasal makan dulang.dan ada sorang reader aka blogger jugak tinggalkan komen minta aku review 1 post dari blog die.so, aku pon jenguk la post yang dimaksudkan.tanpa fikir panjang, aku nak buat review. nak dapat pahala ni mudah je. tak semestinya kita guna tulang empat kerat nak tolong orang. doa pon dah dikira tolong orang.

blogger tu nama eda. eda minta kita same-same doakan sepupu lelaki dia yang sekarang terlantar kat hospital sebab ada darah beku kat kepala.dari apa yang aku baca kat entri tu, sepupu eda kemalangan. dan yang paling aku terkilan, semasa sepupu dia kemalangan tu, bukan nak tolong, tapi ada yang mengambil kesempatan curi duit dan henpon dia. masyaAllah..apa nak jadi manusia zaman sekarang.bukan manusia tapi binatang.teruk lagi.haish. dunia akhir zaman.




kata eda, sepupu die ni anak sulung dan dah kematian ayah sejak dia darjah 3 lagi. bayangkanlah, sepupu die ni lah ketua keluarga sekarang.so, semua bergantung kat dia. aku yang baca pon rasa tersentuh.inikan pula keluarga dia yang lalui. berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya. 

jodoh,ajal dan maut semua Allah yang tetapkan.tapi, kita sebagai hamba-Nya kena terus berdoa dan berusaha. so,mari kita sama-sama doakan sepupu eda ni sembuh seperti sediakala. 

untuk sepupu eda & keluarga :

semoga Allah sentiasa melindungi kalian. kita manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.kita minta diberikan kekuatan, tapi Allah bagi kita ujian untuk kita lebih kuat. jangan berhenti berdoa dan berusaha.sabar.dan tabah.Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..insyaAllah, pasti ada sinar untuk kalian. amin.



. Makan dulang


Assalamualaikum,readers !


*kredit gambar untuk hincik gugel ^__^


selamat pagi,uols ! rajin bebenor aku update blog pepagi cenggini an?haruslah.macam mane aku nak tido kalau otak ni tak leh berhenti fikir sal research yang nak kena hantar before balik raya.sampai termimpi-mimpi haa.so,kenkonon le tak nak tido pas sahur sebab nak siapkan.hampeh, 2 jam buat terus main game farm heroes saga.haha.gigih sangat tau !

bulan pose cenggini haruslah bercerita pasal makanan.eh,ape kaitan? tak de motif sangat,uols! siapa yang pernah makan dulang?bukan korang g ambik dulang plastik mak korang pastu ngapngap.haish.makan dulang tu macam dalam gambar di atas. satu dulang makan dalam 4-6 orang.makan kongsi-kongsi. kalau yang duk asrama mesti pernah kan?

aku tetibe nak rase nak kongsi kelebihan makan dulang ni ngan korang after aku join iftar kat masjid utm. seronok ! ni bukan kali pertama aku makan dulang.aku dah start makan dulang mase form 5 lagi.masa awal-awal tu aku agak..macam..annoying la kan.makan kongsi-kongsi.kat umah mane ade.tapi bile dah start,rasa sangat seronok.

korang memang takkan sedar sebenarnye korang kan makan banyak dari biasa tau.yela,sambil makan,tangan duk kaut lauk dan nasi dalam dulang sambil borak.sedar-sedar, "eh,dah abis?".hehe.selain tu,korang boleh kenal ramai orang.ye la, biasanya makan dulang ni makan beramai-ramai.dan tak semestinya dengan orang yang sama.boleh tambahkan ukhuwah lagi.

bagi korang yang tak pernah rasa lagi makan dulang tu,jangan takut untuk mencuba.janganlah pergi makan dengan bukan muhrim pula.makan ngan yang muhrim k.nak taip pon tak terkata.korang kena cuba dulu.memang lain nikmat makan dulang ngan korang makan sorang-sorang dalam pinggan tu.serius sangat seronok.seronok sangat-sangat ! sampaikan aku terfikir nanti aku ade anak 2 orang,aku nak ajar diorang makan dalam dulang je nanti.hehehe.jauh fikir !

ok la.nak sambung buat kerja.selamat berpuasa ! dah hari kelapan.cepat je masa berlalu :)


14/07/2013

. Oh, please !













11/07/2013

. Terima kasih untuk segalanya.





Assalamualaikum,readers !

Alhamdulillah..dah 2 hari menjalani ibadat puasa.moga esok dan hari seterusnya aku masih lagi berkesempatan merasakan nikmat bulan Ramadhan. amin.

tika saat aku menaip entri ni.pelbagai wajah muncul dalam kepala aku. ade yang menggembirakan, ade yang mendukakan dan ada juga yang melukakan. pelbagai wajah itu mempunyai pelbagai ragam.pelbagai kenangan.pahit.manis.semua ada. rasa sesak menikam dada aku.sungguh aku rindu pada beberapa wajah itu. tapi apakan daya. ada yang telah pergi. ada yang masih ada. tapi jauh. aku hanya mampu berdoa agar kasih ni tak pernah berubah.

bukan umur yang mematangkan seseorang. tapi pengalaman hidup yang mematangkan seseorang.

NOTED.

dan wajah-wajah yang memberi pelbagai perasaan ini yang menjadikan aku kuat.tabah.dan lebih matang dari sebelumnya.aku diduga.berat.sakit.dikhianati.dilukai.tapi. tetap masih ada.disayangi.dicintai.dihargai.dikasihi.

kematangan membantu aku berfikiran lebih waras.luka yang meninggalkan parut.aku biarkan.sebab aku tau,masa tak mungkin kan berulang lagi.aku tak seharusnya berdendam.membenci.kerana itu akan terus melukakan aku sendiri.bukan mereka.aku positifkan diri.untuk ape aku tangisi semua kedukaan dan kelukaan itu,sedangkan mereka berbahagia di sana? jangan jadi hamba emosi.bangkit dan bergerak ke hadapan.

dan kerana itu, aku ingin berterima kasih kepada semua wajah yang memberi makna dalam hidup aku. yang meninggalkan titik hitam dan titik putih dalam perjalanan hidup aku mencari makna kematangan hidup. terima kasih kerana menjadikan aku kuat. terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. terima kasih kerana pernah menggembirakan aku. walau untuk seketika. terima kasih kerana memberi ruang untuk aku berfikir secara logiknya.terima kasih kerana kalian aku semakin dekat dengan Allah.

mungkin ada antara wajah itu membaca diari awam aku ni.mungkin. jika kamu terasa kamu adalah wajah itu, ye,jawapannya memang kamu.tepuk dada, tanya hati. naluri mungkin berkata benar.

dan aku tak mungkin lupa.tak mungkin. terima kasih untuk tunang tersayang. yang sentiasa susah senang dengan aku. menghulurkan tongkat saat aku longlai untuk bangkit. terima kasih,sayang.

semoga hidup wajah-wajah yang meninggalkan kesan dalam hidup aku ni mendapat berkat dan keredhaan-Nya.



09/07/2013

. Salam Ramadhan :)




Assalamualaikum,olls !!

berakhir sudah syaaban. Ramadhan sudah muncul !! heee ~ camna terawih pertama tadi? seronok kan?

taktau la kenapa tahun ni rasa sangat-sangat excited nak sambut Ramadhan. Tak sabar nak puasa. ok. tahun ni last puasa sebagai orang bujang. insyaAllah. tapi stress sorang-sorang. sebab...hari pertama puasa tahun last sebagai orang bujang, aku puasa kat UTM !!!! sangat sadis ok? takpela. demi mencari sesuap nasi. huhu. nasib baik ada Dal ngan Nadia. heee. kalau tak, kesunyian la jugak aku kat sini haa..

sempena ketibaan bulan baik bulan mulia ni, aku nak mintak maafla sepanjang dulu-dulu kekalau ada yang terasa tersentap ngan mane-mane entri aku tuh.biasalah. aku ni manusia biasa.yang tak lari dari melakukan kesilapan. jangan dicaci.jangan dimaki.tegurlah secara berhemah.

Anggaplah Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir untuk kita.sebab kite taktau bila kiamat,bila ajal kita. pertingkatkan amal ibadat dari sebelum-sebelumnya. semoga kite semua tenang menjalani ibadat puasa. bagi adik-adik yang baru mula berpuasa, jangan curi-curi minum air masa mandi ok? haha.nampak sangat pernah buat masa kicik-kicik dulu.wakakaka ~

nikmat puasa bulan Ramadhan ni tak sama ngan bulan-bulan biasa. perasaan tu lain macam sikit. more fun ! letih pon tak sangat. tak sabar nak bangun sahur esok ! hihi. sebenarnya....rindu nak makan bubur lambuk yang mak buat.wuwuwu. tak sabar nak balik Terengganu ! ok la. nak makan kejap. selamat berpuasa semua !


04/07/2013

.PERENCAH HIDUP





Assalamualaikum.

ok.sangat tak suka bile bermain dengan emosi.memang akan mengalami kecelaruan otak.haiya! pendirian tak tetap. huhu. sekarang aku tengah keliru.dan masih berfikir.nak ke tak terima keje kat KL tu. kat damansara utama.masalah sekarang nak pergi keje dengan ape. wuwuwu.

bukan itu yang aku nak kongsi sebenarnye.tu masalah mental peribadi aku.biar aku yang selesaikan. haha.

al-kisahnya, pada 28-30 hb june hari tu untuk kesekian kalinya dan mungkin yang terakhir,aku join jadi fasi untuk kem motivasi.kerjasama ngan pusat tusyen skor bestari.ni memang tiap-tiap tahun ade.yang hari tu fasa 1.PMR & UPSR.esok fasa 2. SPM.segala gambar aku update kat blog club nanti.masih lagi under construction.

PMR & UPSR. umurnya baru 15 & 12 tahun. pada umur ni masih mengalami kekeliruan identiti.faktor persekitaran memainkan peranan penting.serius bile aku tengok lagak adik-adik fasi,aku jadi gerun.macam mana lah anak-anak aku nanti.dunia makin serius sekarang.yup.memang bahaya.kicik-kicik tapi lagak macam gangster.maksud aku,bukanlah kaki pukul.haila.itu serius yang amat.lebihnya pada kurang makan saman haaa.keje menjawab.attitude kurang.ala.bukan adik-adik ni aje.student2 yang aku ngajar dulu pon same.tapi yang umur bawah 15tahun la.yang 16 ke atas tu,aku tengok takde masalah.

adik-adik dan anak-anak sekalian.

sedar tak kalian apa yang korang buat?jangan pandang remeh pada setiap teguran orang yang lebih dewasa dari korang.ambil setiap nasihat dan teguran tu sebagai pedoman.kami yang lebih dewasa bukan suka-suka nak marah.yela,kalau selalu marah nanti muka cepat berkedut.haruslah tak comel.kitorang dah lalui macam-macam.pahit.manis.suka.duka.pelbagai cabaran hidup.yang mungkin tak pernah terlintas pon pada fikiran korang.yang kami rase bile korang lalui,korang rase macam tak nak hidup dah.

kami memberi nasihat supaya korang semua tak rasa apa yang kami rasa.mencegah itu lebih baik dari merawat.jangan pada suatu saat nanti, korang luahkan, "menyesalnye tak dengar nasihat".masa tu dah takde guna,sayang-sayang sekalian.dah tak boleh putar  balik masa tu. biasalah kena marah.kena tegur.kena nasihat.itu perencah hidup kita.kalau tak de semua tu, hambarlah perjalanan hidup adik2. tunggang langgang.macam kalau korang memasak.lauk korang mesti letak garam gak kan?tak letak,tawar le. tak sedap.kire garam tu macam penyelamat lauk tu.so,dalam kehidupan,nasihat tu adalah penyelamat.

tak.entri ni bukan untuk adik-adik aje.untuk semua.sebagai nasihat.panduan.jangan cepat melatah bile ditegur.aku berkongsi berdasarkan pengalaman.dulu aku cepat angin.panas.pantang ditegur.tapi pengalaman mematangkan aku.bermacam-macam dugaan dah aku lalui.jadi,setiap teguran dan nasihat, aku tapis dulu.mane yang aku rase baik untuk aku, aku terima.kalau tak, aku ambik sebagai amaran.ingat tu.

life is unpredictable.move on.move forward.


 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork