RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

29/01/2014

. Mini Honeymoon



.Assalamualaikum.

mesti korang ternanti-nanti entri pasal honeybulan aku kan?haha. ayat mintak penyepak -.- entri lepas aku cite pasal aku pegi kenduri keon & dira kat melaka kan? dah alang-alang pergi melaka tu, kitorang pergi la honeymoon jugak. so, kitorang pergi 3 hari 2 malam. 

dah melepak kat wedding dira pon begitu hendaknye lame. kikiki. selepas wedding dira baru le kitorang pegi honeymoon. ecelli, aku tak faham honeymoon ni acane sebenarnye. apakah jenjalan atau erm..erm..paham-paham sendiri la ye. malu ittewww. hahaha ! tapi pemikiran aku cakap honeymoon tu jenjalan ngan husband. dan aku ni tersangatla ekzaited ! dapat jenjalan kat melaka. aku taktau kenapa aku suke jenjalan kat melaka. mungkin sebab banyak tempat yang aku boleh bergambar. apekah? =.=

masa on the road nak pegi kenduri dira, hubby dah awal-awal cakap, nanti kite pergi taman buaya eh. taman lain tak payah pergi la. tak best. aku cakap, habis ape yang best kat taman buaya tu? boleh die cakap nak jumpa kawan aku.mentang-mentang le aku garang. grrr. sekeh baru tau. haha. aku selamba je jawab, buaya buncit kat sebelah ade ni.haha

so, after kenduri dira kitorang pon pegila taman buaya. ramai gak orang mase tu. hubby tak menyabo langsung ! buka pintu siap-siap hulur kamera kat aku suruh ambikkan gambar. jalan sampai tertinggal bini kat belakang. haha. die ni pesen suka binatang yang bahaya. ular, harimau. semua die suke tengok. aku ular memang 500 meter jauhnye la aku berdiri haa. geliiii !!



nampak tak betapa eksaitednye beliau?sampai baju kemeja terselak.haha

habis ayu tak aku posing?

keluar kandang harimau masuk mulut buaya. eh? ni buaya original. tapi dah diawet. tapi aku takut gak nak pegang.kang tetibe hidup. haha

1 Malaysia ! kemain pak jib. taman buaya pon die letak haaa

aummm ! eh, bukan harimau ni. buaya bunyi acane eh? konpius jap -.-

posing ala-ala model sat. saje nak cakap, dress ni aku beli kat butik fatin suhana dan sofia wide shawl ni aku beli ngan BFF aku, afee ali. die jahit sendiri tau ! even pakai spek pon,muka tak nampak bulat. nanti die pas bersalin dan habis berpantang, die akan start jahit shawl ni balik. nanti korang tunggu je tau aku update :)

meet my darling. :)

dah penat berjalan, kitorang balik hotel. rehat, solat, bersihkan diri dulu. malam tu kul 8, kitorang pergi makan ikan bakar dekat umbai. sedap mak aihhh !! memang terbaik. datang melaka kena pegi sini. tapi nak cari parking tu..mak ai, jenuh. 5 kali pusing baru jumpe. dah jumpe parking, kena tunggu turn meja pulak. ramai sangat orang. kul 11 malam gitteww baru habis makan. haha. tak de gambar pulak kat situ.sebab mase tu dah lapar sangat. dapat makanan terus bedal. kikiki. pas makan, kitorang pergi pahlawan walk. asalnye nak g jonker walk. tapi tetibe kaki aku dh tak larat. so, pergi pahlawan walk je la. nasib baik dekat ngan hotel kitoang. pahlawan walk ni macam bazar karat kat JB dan wakaf che yeh kat kelantan.

dalam kul 1 baru balik hotel. rehat dan tido. zzzz

Esoknye kul 10 pagi baru kitorang check out hotel. pergi brunch dulu.kedai mane tah. oh ye, kitorang ade beli tshirt tulis melaka. hubby kaler biru, aku kaler pink. beli kat pahlawan walk. so, pakai yang tu la jenjalan. haha. sempoi tak sempoi. dan shawl from butik fatin suhana :)

nampak tak aku yang kecik tu? sekarang badan dah naik.makan je kejenye.

I love you to the moon and back !

pepiling obersi kejap haa.macam kat netherland kot.haha

thanks kat pelancong filipina kot takpon vietnam yang ambikkan gambar ni. die sendiri yang offer nak amikkan pas kitorang tolong die amik gambar die. tapi budak kecik kat belakang tu kacau betol. haish -.-

naik Melaka Cruise. yeay ! ni kali kedua naik. tapi ni naik waktu siang. best waktu malam lagi. hehe. aku suke pemandangan kat kampung Mortem. cantikkkk !!

erk.

setiap kali g Melaka, aku mesti tengok Taming Sari ni. dan teringin sangat nak naik. balik dari umbai, aku cakap kat hubby aku teringin sangat nak naik taming sari ni. dannn. esoknye die bawak aku naik. happyyyy !! tunggu turn setengah jam. naiknye 10 minit je. cett. tapi hubby gayat.haha. aku yang pesen gayat wat lek wat pis je. yela, bukan aku kena daki. aku duduk. tu yang tak gayat. bestttt. dapat tengok seluruh melaka :)

untuk hilangkan kegayatan die, sikit-sikit snap gambar. haha. aku lak syokkk je tengok pemandangan :p

nice view,rite?

sebelum naik taming sari tu, kitorang pegi la A Famosa semua. tapi lupa nak amik gambar. sebab syok sangat berjalan. haha. pas turun taming sari, kitorang gerak balik Klang dah. penat tapi seronok. next time nak pegi p.pinang pulak le. anyone boleh cadangkan tempat menarik kat sane tak? hehe


2 comments:

  1. Tempat menarik ni.. acecehh.. jalan2 sakan pgantin bru ni.. ^^ takecare.

    ReplyDelete
  2. zara : haha.sekali sekala.dh ade anak kena bertiga lak :p

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork