RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

30/01/2014

. Resipi Sambal Kicap


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah..kenyang.. cenggini le jadinya bile suami kerja tak balik lunch. jadinya lunch aku lambat le. haha. kalau tak, kul 1 dah makan. hujung minggu je la. sebab suami memang tak balik kalau keje. manela sempat haa.

semalam aku buat sup. dah buat sup tu mesti ade sambal la kan. baru lengkap. dan aku lebih suka buat sambal kicap kalau ngan sup. ala.. sambal kicap..yang biasa orang bubuh dalam mihun sup tu. dulu aku selalu tertanya-tanya, camne la orang buat sambal kicap nih. rupenye senang je. hihi


ni resipi mak aku.

bahan-bahan :

lada ( buang biji )
cili padi
garam
kicap manis

kuantiti bergantung pada korang. nak pedas, cili padi banyak. kata memasak tu seni kan? haha. so, ikutla banyak mane nak taruk. 

cara-cara nak buat :

lada , cili dan garam ditumbuk atau di blender. kalau blender letak air sikit je. kan cair sangat pulak. tapi bagi aku nak lagi sedap, tumbuk pakai lesung la. pastu dah siap, letak dalam bekas tuang kicap. ikut banyak mane pon. kicap manis tau. baru sedap ! 

kirenye, sambal belacan tuang kicap manis je la. hehe. tapi aku tak letak belacan. nanti bersin tak benti pulak. selamat mencuba !


No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork