RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

10/02/2014

. Agar-agar coklat MELETOP TOP TOP !


.Assalamualaikum.

haaa,gitteww kau tajuk entri kali ni. pengaruh anugerah meletop era leni walaupun iols tak tengok pon. nasib iols tak tengok. kalau tak, mau mulut ni tak berenti mengucap. dengar kata, neelofa jadi power ranger pink? eh? ni blog bukan beautifulnara.com hokkeyyy ! hahaha

semenjak pangkat aku naik jadi Puan ni, entri asyik pasal resipi je. al-maklum lah, mase anak dara dulu, malas siket perasaan nak memasak tuh. kalau g dapur pon tolong-tolong cenggitu je. kononnye belom kawen nak makan masakan mak puas-puas le. ni baru terkapai-kapai kol mak tanye resipi. hahahha

petang tadi aku merajinkan diri buat agar-agar coklat. suami penat balik keje, tak terasa nak makan nasi terus. bagi dessert dulu. sebenarnya aku sampai sekarang keliru, ape beza agar-agar dan puding? hahaha. masalah betol la. ok-ok. jom kite tengok resipi ye.

Bahan-bahan :

serbuk agar-agar / agar-agar tali
susu cair
gula
serbuk coklat *
milo *

* campur, larutkan dalam air sikit.




aku guna serbuk agar-agar. kredit to incik gugel. aku tak reti sukat agar-agar yang bentuk tali tu. haha

Cara-cara :

isikan 4 gelas air dalam periuk. aku tak ikut sukatan kat pek agar-agar. nanti lembik sangat. pastu masukkan serbuk agar-agar. kacau dulu bagi rata. dah rata, letak atas dapur. panaskan dengan api yang perlahan. selalu kacau. nanti jadi tak rata kalau biarkan. dah tengok berwap sikit, letak gula. aku letak dalam 6 sudu. sebab tak suka manis. ikut korang nak letak banyak mane. boleh rase. pastu kacau sampai larut. dah larut masukkan susu cair setengah tin. kacau dalam 5 minit pastu masukkan milo dan coklat yang dah dilarutkan dalam air tu. sukatan ikut korang. nak rase coklat lebih, letak coklat banyak. kacau lagi 5 minit, tutup api then tuang dalam loyang. dah tuang tu, kacau le dulu gune sudu tak nak bagi mendap. kacau dalam 2 minit ke. bagi hilang wap tu. biarkan kejap pastu masukkan dalam peti. dah boleh makan !

aku sarankan yang 4 gelas air tu guna air masak.  :)


ni hasilnya. yang dah potong lupe ambik gambar. kikiki :)



1 comment:

  1. aiceehh sejak kahwin ni, dia update pasal resepi je ye hehe.

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork