RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

13/02/2014

. Resipi Ayam Goreng Kunyit


.Assalamualaikum.

al-kisahnya nak update semalam tapi I-NO-MOOD sebab incik suami kekasih hati terchenta kena pergi kemaman. sob sob. so, pepagi ni sementara tunggu dia balik Puchong, iols update resipi semalam.

argh,lapar pulak. awal nau jiran masak. sampai umah aku baunye. kikiki. semalam angah ngan kawan dia datang tido kat umah. bagi lak poji aku duk umah sorang-sorang kan. poji gerak tengahari jugak. angah datang dalam kul 5 lebih. so, aku decide nak masak yang simple mimple main campak baling je haa. aku pon google la resipi ayam goreng kunyit. gugel punye gugel, banyak pule version nye. jadinya aku combine semua terhasil la resipi yang entah pape. haha

BAHAN-BAHAN :

Ayam (potong dadu)
serbuk kunyit
garam
aji no moto
lada
bunga kobis / brokoli *
kacang panjang *
carrot *
bawang merah/besar (hiris halus)
bawang putih (hiris halus)

p/s : yang aku tanda * tu, optional. suke hati korang la nak campak ape.


CARA-CARA :

gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,garam dan ajinomoto. ade sesetengah letak tepung jagung bagi rangup.tapi aku tak letak.sebab macam pelik. haha. pastu goreng ayam tu. toskan dan letak tepi. guna minyak yang goreng ayam tadi,sikit je tau, tumis bawang merah bawang putih. masukkan sedikit garam dan ajinomoto. nak tambah perasa pon boleh. ikut kekreatifan korang la. pastu masuk lada dan segala sayuran. kacau dan biarkan dalam 2 minit gitu. pastu masukkan ayam yang dah goreng, kacau, pastu tutup api. siap !


taddaaa ~~ senang,kan? :)


notakaki :

lada banyak mana ikut korang. kalau yang pesen suka pedas boleh guna cili padi. :)


2 comments:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork