RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

16/07/2014

. Bila tiba Ramadhan...


.Assalamualaikum.


dah pertengahan Ramadhan baru nak update blog. mulanya nak update awal Ramadhan hari tu, tapi sebab masa dan kesihatan tak mengizinkan tangguh punya tangguh ni baru rajin nak menaip. plus laptop dah arwah. nasib baik hubby ada laptop spare. boleh gak download running man. eh. tetibe je. haha

dulu masa zaman bujang bile masuk Ramadhan je, takde nak pening-pening sangat. yela, fikir diri sendiri je kan. waktu buka, tolong mak masak je.ikut je mak suruh. masa duk asrama, beli je kat bazar makanan haa. sahur lak, makan apa ada je. asal perut diisi. tu pon dah cukup.

tapi tu zaman anak dara la ye. ni dah jadi bini orang. haish. baru le tau pengorbanan mak mak ye. haha. dah jadi bini orang tokleh pikir 1 perut je. ada 2 perut nak kena isi haa. memang pengalaman betol la. biasa dedolu bangun sahur kul 5 pg. paling awal pon 4.45 pagi. ni kul 4 dah bangun. nak make sure siap semua sebelum shuben bangun. sahur ok la. boleh makan lauk semalam. takpon hubby kekadang makan koko krunch sebab tak selera makan nasi. masak dalam mamai le aku.

part berbuka tu yang pening sikit. aku ase ni masalah utama pompuan yang dah kawen. majoriti la. masalah menu untuk makan hari tu. haha. takkan nak makan menu sama kan. sian laki ko nanti.even poji tak cerewet bab-bab menu ni tapi aku ni nak gak masak macam-macam. haha. kesian die balik penat keje tengok lauk sama je. biasa weekdays je la aku pening cenggini. weekends memang off duty. kadang-kadang poji masak, kadang-kadang beli bazar je. tatau kenapa. memang cuti poji suruh aku relax je. tapi best gak gitu. sekali sekala rasa die masak. sedap woiii. haha. kalau tak takkan abah aku puji kan. haha




sepanjang Ramadhan ni, ada gak aku terpaksa sahur sorang-sorang sebab poji kena g kemaman & masa world cup hari tu. T__T. buka sorang-sorang toksah cakap. banyak kali. haha. tadi pon buka sorang je. sebab ye la. keje ngan orang ni tak sama ngan keje sendiri. kesian gak aku kat poji. wuwu. takpela cari duit nak bagi duit raya kan. eh? hehe

takat ni je la aku taip. next entri pasal raya lak ye. daaa 

No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork