RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

06/09/2014

Cabaran 30 Hari : DAY 1 - GAMBAR TERBARU ANDA & 5 FAKTA TENTANG DIRI ANDA

.Assalamualaikum.




hari ni aku decide nak sahut cabaran 30 Hari yang Kelab Blogger Ben Ashaari buat. macam best pulak kan baca entri-entri diorang buat berdasarkan task yang diberi. blogger lain dah start 1/9 hari tu lagi. aku je ketinggalan sket. haha. takpe, slow-slow. ye dok?

untuk task pertama, pengenalan dulu.

gambar kat atas ni gambar aku yang palingggg latest. bertarik 30/8. ye, aku memang dah makin gemuk. tskk T__T

5 Fakta tentang diri aku :

1. Aku ni bini Khairul Fauzi Saadon. I'm MARRIED. tapi bile kuar jenjalan ngan laki sendiri orang ingat kitorang tak kawen lagi. haha. nampak tak sweet gitteww ~ *jangan muntah

2. sangat suka makan bila mood baik dan sejuk. lepas makan nasi tak sampai 5 minit aku boleh telan burger lagi.pastu makan kerepek pisang lagi. pastu makan lagi dan lagi. sampai aku rasa dah tak mampu nak mengunyah. haha

3. Berat aku payah nak naik, tapi senang turun. cuma sejak kawen ni berat maintain paling rendah 45kg, paling tinggi 48kg. sebelum kawen dulu paling berat 43Kg. biasa 40 Kg. sadis sangat. haha

4. Aku obses dengan baby. sangat obses. kalau tengok baby aku rasa nak gomol-gomol, cubit pipi, picit-picit kaki baby tu. haha. *doakan aku laki bini cepat dapat baby ye

5. aku mudah stress. suami balik keje lambat sikit dah stress. hahaaha !


tu je. kalau ikut banyak lagi aku nak taip nih. tapi saja nak korang sendiri tanya. haha.


No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork