RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

15/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 10 - Apa ada dalam handbag anda?

.Assalamualaikum.


kita teruskan dengan cabaran hari ke- 10. tapi korang jangan lupa undi aku lak. tekan sini ----> AFUNDI

aku ada banyak beg. bukan menunjuk tau. bercerita. ada beg travel. ada handbag ke pasar, ke pasaraya, ke jalan tar, ke kenduri, beraya, dan lain-lain lagi. tapi tak de lah sampai 10 buah beg. haha. ada 1 beg yang guna untuk macam-macam function. camtu lah.

tapi ada satu handbag yang paling aku sayang. handbag tu aku biasa pakai buat pergi kenduri kendara la. handbag hantaran kawen. hee. brand Sophie Paris. besar. senang muat semua. haha


ni handbag kesayangan.




ada apa dalam handbag aku? biasalah. pompuan kan. penuhla handbag. handbag yang besar pon masih rasa kecik lagi. bhahahaha !






Purse

ni satu set dengan handbag. hantaran kawen jugak. wajib ada la kan. sebab dalam tu ada segala mak nenek kad yang penting untuk kecemasan. haha. duit memang tak banyak. sebab aku tak boleh pegang duit banyak-banyak. nanti lajuuuu je habis. :p


Tab Asus Fonepad 7.0  & Sony Xperio Miro

yang ni kenaaa ada jugak. Tab tu untuk bisnes dan online. selain itu jugak untuk mengesan di mana hubby aku berada. haha ! dan jugak memudahkan dia tau location aku. terima kasih google Plus ! Henpon tu aku guna untuk SMS & call je. kalau nak online kena ada wifi la. 


Compact Powder Silky Girl & Bedak Johnson Baby

tolong jangan hentam pasal bedak johnson tu. aku beli masa belum start boikot lagi. takkan nak dibuang.membazir la kan. huhu. bedak ni kena ada. biasa aku pakai bila aku kuar sampai malam. bila malam lepas solat maghrib kat surau memana, aku suka pakai bedak serbuk je. selesa. compact powder untuk berjalan siang. touch up sikit ke. haha


Cermin Mata

Aku ada 2 spek. satu yang spare, satu yang pakai 24 jam. hubby suruh buat gini. sebab selalu sangat cermin spek tercabut, kalau patah tetibe ke apa, tak de la menggelabah sebab ada lagi satu. haha. cenggini la life orang rabun T__T


Power Bank

oh man, benda alah ni dah jadi kepentingan. buatnya tengah berjalan tetiba bateri takde? masakkkk ! haha. elok-elok tengah syok pakai GPS tibe-tibe fon blackout. sesat le jawabnya kalau tempat yang tak biasa. haha


Lip Ice & Lipstick

Aku tak suka pakai Lipstick yang pekat tuh. rimas. melekit. jadi aku lebih suka pakai yang terlajakkk laris tu. lipstick dherbs. bibir pon tak kering. biasa nak g majlis la aku pakai. atau dating ngan suami. haha. Lip Ice yang dua-dua tu aku pakai bile aku nak dan mana yang aku suka dan selesa waktu tu. haha. gile betolll !



haaa. tu je la yang ada dalam beg aku. oh ye, ada lagi satu. tisu. yang ni biasa aku capai tisu dalam kereta je 2 3 helai sumbat dalam handbag. haha.







8 comments:

  1. salam..

    saya singgah malam sini..tab, hp dan powerbank adalah benda2 yang 'wajib' zaman sekarang ni kan..^_^

    ReplyDelete
  2. salam kenal..singgah kunjungan sambil baca2 entry ye ^^

    ReplyDelete
  3. benda wajib dah powerbank sekarang ni. ehehe. :3

    salam kenal, singgah bw sini. ^^

    ReplyDelete
  4. Wah siap ade penerangan tentang barang yang ade dlm bag yer. Terbaik...

    ReplyDelete
  5. Lawanya beg tu.. TU kira sikit dah tu. Kallau senarai dalam bilik yati lagi lah banyak. hehehe

    ReplyDelete
  6. Tak banyak barang dalam handbag. Hihi. Singgah sini n follow ^_^

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork