RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

16/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak

.Assalamualaikum.


maap le, gambar epik sangat kat atas tuh.. haha. zaman belum baligh lagi. sejak dari form 1 lagi gambar ni duk dalam purse. gambar tu masa aku darjah 4. dekat besut tak silap aku. 

teringat zaman kanak-kanak dulu. aku anak sulung. aku memang keras kepala. paling degil, paling tak dengar kata. setakat kena marah + kena rotan tu biasa lah. kalau tak, tak de la aku jadi manusia. ye dok?

banyak kenangan yang kelakar-kelakar masa aku kecik-kecik dulu. terutama kalau balik kampung mak. jumpa sepupu yang umur lebih kurang aku. memang kepala jadi biol. yang muda dari aku pon boleh geng sama. haha. musim banjir paling suka. sebab pegi kat takungan air, cari ikan haruan la, ikan apa tah lagi yang kecik-kecik tu. haha. budak-budak zaman dulu mana ada ipad bagai semua tuh. benda-benda gitu la jadi mainan. tapi memang seronok. dah tangkap balik rumah mak ngah, mak ngah membebel suruh buang. haha. yang jadi sekepala sampai sekarang, kak ela, kak era, amir, angah aku, abang, abang ngoh ngan aku sendiri. haha. benda la duk tepi paya tunggu ikan kecik. tak matang sungguh ! haha

tu bila dengan sepupu. bila dengan kawan, nakal lain pulak. aku ingat lagi masa darjah 3. mana tak ingat, kesan ada lagi sekarang. haha. masa tu aku sekolah kebangsaan petang. pagi aku sekolah agama KAFA. mak aku selalu marah kalau waktu rehat je aku g main beskal. aku dahla petang tu ada exam. macam biasa, aku ni memang sumbat batu dalam telinga. masa rehat aku gigih ajak lagi 3 orang kawan aku. aku, ayi, ubu ngan shafina. nak buat aksi la konon. try stail baru. naik beskal sebuah 4 orang turun bukit. beskal ayi yang kitorang guna. ayi duk depan sekali. kira pemandu la.pastu aku kongsi kusyen tu ngan ayi. ubu ngan shafina belakang. eksaited kemain. turun bukit. laju la ni. sekali tak boleh kontrol. dum ! fuhhhh ~kitorang terbabas. ke klinik la jawabnya. petang tu tak boleh exam. ayi paling teruk la. siap ada jahit. aku ni berparut kat lengan belah kiri, lutut belah kiri. haha. ye, aku memang macam jantan sikit. haha. budak laki pon tak macam kitorang, diorang main kat playground, main guli dalam longkang ngan main getah je waktu rehat. hahahaha !

masa sekolah rendah je la nakal yang amat. bila masuk sekolah menengah tu dah kurang sikit. makin besar makin kurang kenangan lucu. memang kalau ingat balik yang eksiden beskal tu boleh bantai gelak aku. tu la, degil sangat. haha



5 comments:

  1. Bestnya zaman budak2 dulu. Tahu main ja. Makan pakai takyah pikir, semuanya mak ayah sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.balik sekolah campak beg main sampai petang, malam mengaji,tido.haha

      Delete
  2. Hahaha..ganas jugak ye masa kecik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak ganas,penuh parut kat badan.haha

      Delete
  3. kenangan zaman kanak2 tak akan dapat dilupakan kan..

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork