RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

17/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 12 - 5 Wishlist

.Assalamualaikum.



semua orang ada keinginan. ada apa yang diri sendiri nak. nakkkk sangat-sangat. sampaikan setiap kali tengok atau terfikir apa yang kita nak tu, automatik keyakinan diri untuk memiliki tu bertambah-tambah. sampaikan terbawa-bawa ke mimpi akibat lupa baca doa tidur. haha

macam korang la, aku pon ada wish list jugak. aku rasa kalo tak ingat wish list ni memang la aku jadi manusia yang paling loser sekali. sebab takkan ada yang positif dalam diri aku. apa wish list aku ?


Pusat Tusyen

aku suka mengajar. suka berkongsi ilmu yang aku ada. walau tak seberapa. aku paling suka subjek Add Math dan Math. aku suka main dengan angka. jadi dari dulu, dari aku start join jadi fasi dalam program kelab aku kerjasama dengan Pusat Tusyen Skor Bestari, Johor, aku dah simpan impian nak buka pusat tusyen. aku sekarang tengah kumpul modal lagi. tak pe la lambat sikit pon. aku nak guna cara pembelajaran sambil berhibur. hiburan yang bermanfaat ok. dan juga menerapkan nilai-nilai Islam.


Mekah

serius aku bukan manusia yang obses dengan negara luar. kalau bercuti aku lebih suka dalam Malaysia je. membazir duit je pergi bercuti sampai luar negara. hotel lagi, flight lagi, passport lagi. kalau musim sejuk nak kena beli jaket yang tebal gedabak tu. sangatlah membazir. sedangkan Malaysia ni banyak lagi tempat menarik. oh, aku sangat nak pergi Langkawi. haha. Tapi, ada satu tempat luar negara yang memang aku nak pergi. aku nak pergi Mekah. nak buat umrah dengan suami aku. aku nak tengok makam Rasulullah. indahnya.. doakan aku ye :)


Rumah

sekarang aku duk rumah sewa. tak mampu lagi nak beli. rumah sekarang kalau tak mahal tak boleh ke? haha. aku tak nak rumah yang besar. menyusahkan aku je nak mengemas. aku nak yang sederhana je. cukupla kalau aku duk kat beranda depan rumah, bila aku panggil laki aku kat dapur die boleh dengar. hahaha ! aku nak rumah yang halaman dia luas. aku nak tanam pokok banyak-banyak. aku tak nak rumah 2 tingkat yang pastinya. malas nak panjat tangga. hee


Travel

fuhhh~ sape yang suka travel & backpacker memang tahu la keseronokannya. haha. masa bujang dulu mak aku tak bagi aku travel. bimbang kot. ni dah ada laki, apa lagi. selalu la duk ajak laki travel tapi sampai sekarang tak dapat lagi. sadis betol. haha. laki I busy la chuollsss. ni pon tak balik lagi dari kemaman. takpe, demi mencari rezeki :)


Ayam Penyet

haha. ape seh tetiba ni termasuk dalam wish list. arghhh. aku rasa nak makan nasi ayam penyet penang kat skudai tuh. zaman belajar kat utm dulu selalu pegi makan situ. hari tu pegi JB tak sempat nak pegi makan ayam penyet. sempat makan kacang pool je. sob sob. ayam penyet kat sini tak sesedap yang dekat saneeee :(



tu je la wishlist aku. doakan semua tercapai ye. hikhik


6 comments:

  1. Semoga tercapai impian puan yana :)

    ReplyDelete
  2. semoga semua impiamn tercapai..amin

    ReplyDelete
  3. moga tercapai sis :)

    done follow.

    ReplyDelete
  4. Salam Yana .Moga impian Yana tercapai ya ..
    Singgah sini & Follow jugak ... All The Best & Happy Blogging Ya
    Ada Masa jemput la singgah http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. slmt bercabaran 30hari ye...folo sni

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork