RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

18/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 13 - 5 Blog Kegemaran

.Assalamualaikum.
hari ni lambat sikit update. busy busy. heee

aku ni selain suka menulis kat blog sendiri aku suka jugak baca blog orang lain. blogger-blogger yang tinggal jejak semua aku pegi kunjung balik walau aku tak gtau kehadiran aku. eceh. sebab kadang malas nak tinggal komen. haha. sengal betol. paling leceh bile ada yang buat verification code. huhu
aku ni ada beberapa blog yang memang kalau ada update aku mesti baca. blog ni jadi favourite aku sejak zaman belajar lagi. aku suka cara diorang bercerita. santai je. diorang bawak kite yang membaca ni rasa apa yang die cerita. kalau tips pulak mesti buat kite rasa nak cuba.


NurulBadiah Lai

blog kak nurul ni aku mula baca masa tu aku pergi jenjalan bilik ieqa kat k9. aku nampak die tengah buka blog kak nurul nih. aku tengok macam best. balik tu aku buka la blog kak nurul. aku baca semua entri die dalam satu malam. tak tido aku. hahahha. memang best. cerita die orang susah. die orang terengganu jugak. die punya tabah tu, buat aku kagum. anak-anak dia pon comellll sangatttt.






Fatin Liyana

aku rasa semua orang kenal die. blogger femes. yang juga sekarang jadi HO. doktor nih. die ni bagi aku kategori anak orang berada jugak. tapi aku suka cara die yang low profile. die faham kebanyakan yang baca blog die ni bkn orang senang jugak. jadi apa yang dia share semua buat kite rasa, die sangat memahami kite. aku suka baca part die pegi travel. backpacker je weh. seronok aku tengok.






Ben Ashaari

yang satu ni yang buat aku gigih rajin update blog sampai sekarang. kalau tak dah lama terkubur layu blog nih. haha. bagi aku die ni Mr.Mama + Superman yang berjaya. berani pilih untuk jadi surarumah dan jadi fulltime blogger demi anak-anak. oh mannn, aku melting tengok anak die Qhaliff tu. pipi die ya Allah. kalau dapat, aku gomol-gomol. haha. bambam sangat ! paling suka entri bile abg ben cerita pasal anak-anak die. rasa meriah sangat bile baca .






Nadia Farahida

Ni blog kawan sekolah aku masa kat MRSM Kuala Lipis. dah selamat jadi mummy pon. tahniah, nadia ! bunga omellll sangat. nanti yana pergi ziarah bunga ye . hee. aku suka gaya sempoi nadia bercerita. haha. takde tapis-tapis ok? memang bila ko baca, segala perasaan datang. kalau part kelakar, sampai aku gelak. haha. sebab memang best sangatttt.






Eraz Fadli

Blog ni baru start jadi favourite aku. padahal dah lama sangat aku follow. haha. dia lebih kurang Ben Ashaari. banyak cerita jugak pasal anak. sebab tu aku suka banyak. penulisan die pon santaiii je. tak pening-pening. anak die pon comelll sangat.






ni je la antara blog yang aku suka. ada lagi. blog BFF aku, afee ali. tapi dah berzaman mak cik tu tak update. haha. aku menunggu update darimu, wahai ummu habib. haha.


p/s : boleh klik pada gambar untuk ke blog-blog ni








2 comments:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork