RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

26/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 21 - Tempat yang ingin pergi dan tak pernah pergi

.Assalamualaikum.




Family aku dulu bukanlah orang senang sangat. nak berjalan ke sana ke mari kena fikir banyak kali. yela, duit banyak nak guna kalau nak g bercuti semua tu. nanti nak guna untuk belajar lagi. kalau cuti sekolah je, kitorang pergi jenjalan kat Terengganu dan kelantan paling jauh. tapi kitorang tak kisah pon. sebab seronok bila dapat kumpul sesama. jadi pegi mane-mane tak kisah.


aku start g sane sini pon masa belajar kat U. mak abah bile angah dah habis sekolah die masuk kursus nurse, masa tu baru start jenjalan. kira adik bongsu aku ni macam membesar dalam kereta. haha. yela, pergi hantar kakak-kakak belajar jauh. Alhamdulillah.


dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni, aku nak sangat pergi Langkawi. aku nak borong cekelat bebanyak. haha. pastu nak beli set pinggan mangkuk yang lawa & murah kat sana untuk mak ngan ibu. nak pergi ambik gambar kat burung helang ni. nak sangat pergi.


aku tak pernah pergi langkawi. mak abah,angah, adik dah pernah pergi masa abah dapat anugerah pekerja cemerlang dulu. masa tu aku kat asrama. tak boleh pergi la. tambah-tambah nak PMR masa tu. tak pe, aku selalu pegang kata-kata mak, nak g jenjalan jauh2, belajar betol-betol. g belajar jauh-jauh. tapi bila aku nak mohon U dekat jepun mak tak kasi. hahaha !





aku dah plan, anniversary kitorang nanti nak g Langkawi. boleh celebrate birthday hubby sekali yang sehari pas anniv kitorang. hee. jadi aku kena gigih kumpul duit. doakan tau !

korang kalau nak usha tempat-tempat yang menarik untuk honeymoon or bercuti, boleh tengok sini --->  Tempat Best





1 comment:

  1. Thanks shere tempat best...akak waktu kecil x pernah p mana mana..biasalah hidup tak senang mana..first keluar dari krlantar dpat belajar d uum.. Tp alhamdulillah sekarang dah byk tempat sksk p..syukur pd allah..

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork