RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

29/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 24 - Rumah Impian

.Assalamualaikum.


Cabaran dah masuk hari ke-24. orang lain dah hari ke-29. haha. kejap je masa berlalu. hari ni kite nak cerita pasal rumah impian pula ye,anak-anak. sejak kecik bab verangan memang juara. menjadi kenyataannya idok le sampai sekarang.

so, mari kita verangan mat jenin lagi. tapi kali ni kite verangan penuh tekad supaya satu hari nanti berjaya memilikinya. ecewah. ayat boleh muntah. haha. disebabkan aku ni pencinta alam sekitar dan sangat pentingkan suasana harmoni, makanya rumah impian aku mestilah ada ciri-ciri begitu juga.


gambar ehsan mr.google.


Ciri-ciri rumah impian aku :

  • Halaman seluas-luasnya supaya aku dapat menari hindustan dengan laki aku. eh?
  • ada pokok banyak-banyak dan rendang. pokok jambu mesti ada supaya aku boleh buat tempat berkelah di bawah pohon itu dan makan colek sambil bergosip mak joyah.
  • rumah hanya satu tingkat dan bersaiz sederhana yang tak memerlukan aku mengeluh penat sampai pengsan sapu satu rumah. haha
  • ada mini library sangat penting untuk ulat buku macam aku walau aku hanya suka baca novel.kah!
  • kawasan rumah dikelilingi rumput karpet
  • belakang rumah ada kebun yang luas sekali ada reban ayam dan kolam ikan
  • Hiasan rumah bertemakan english klasik/moden. yang warna putih pastu bunga kaler lembut tuh. pastu taknak banyak sangat barang perhiasan. buat semak je.

tu je la rumah impian aku. haha. taknak duk kawasan bandar. rimas sangat-sangat . hee


4 comments:

  1. Best! Mmg best berangan ada rumah yg ada laman luas. Saya pun suka mcmtu ☺

    www.mynutriqueen.com

    ReplyDelete
  2. Impiam rumah kita hampir samalah.akakpun suka rumah kecil tapi cukup lengkap...bilik kerja..mini labry bilik solat..bilik tetamu... Ruang rumah sama..pokok jambu..buah akak paling suka..dulu dulu suka panjat pokot jambu brlakang rumah mak..huhu...
    Salam perkenalan.
    Http://4beauty2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Seronok baca ciri rumah impian...terasa terbayang umah besar..pokok rendang..mini library....best! I doakan semoga tercapai impian u! Jemput blogwalking ke blog i ye...

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork