RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

09/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 4 - Buku Kegemaran Anda

.Assalamualaikum.

hari ni mood blogging ke laut. incik suami ke kemaman.outstation. boring tak de orang nak sakat. huhu

cabaran hari ni pasal buku kegemaran aku. aiseyman. aku ngan buku ni memang kamcing. haha. aku memang suka buku. impian aku nak buat mini library kat umah. tapi bukan buku pelajaran. haha. buku tu aku kurang sikit.

aku suka baca novel. sangat suka. novel yang tebal, satu hari satu buah novel aku baca. tapi sejak dua menjak ni seminggu tak habis baca lagi. ada novel Adam Hawa 2, dah 6 bulan lebih tak habis-habis lagi. hahaha ! mood baca novel kurang sikit. aku suka baca buku puisi sekarang. buku yang ayat dia berbunga-bunga. nak buat koleksi lak buku camtu.








ni antara buku puisi yang aku ada. bibir ceri melati paling terpaling best ! sebenarnya aku peminat kak Fazleena. both buku ni ada signature dia. haha. pernah jumpa dia jugak masa pesta buku kat PWTC. next nak beli buku langit vanilla & puisi tepi jalan.


kekadang aku suka baca cerpen. payah nak jumpa buku yang sepenuhnya cerpen. biasa baca kat internet je la kan. tapi buku SPERMA CINTA ye. aku tak baca lagi. laki aku yang baca. dia yang beli. best katanya. kelakar. memanglah kelakar kalau aku tengah duk hayati puisi buku seksi ovari tetiba dia gelak macam orang gila. tak ke haru keadaan. haish




sangat recommended ye. boleh beli dekat Ig : @greatbooksmy
kedai dia dekat dalam downtown mines. banyak buku kat situ. tipu kalau masuk situ sekadar nak tengok-tengok. mesti kuar paling kurang 2 buah buku ! hahaha




buku ni novel. tapi macam saiko sikit. sakit otak aku baca. haha ! tapi best. sebab ending dia macam, eh? tak jangka pulak ending dia macam ni. walau masa baca tu stress sampai sakit kepala, tapi bila baca memang tak boleh stop. sambil baca, sambil jadi detektif. highly recommended! tapi jangan baca time sakit. haha. baca waktu betol-betol free. baru dapat tangkap apa yang disampaikan :)


itu je la nak cakap haa. sesapa yang nak bagi adiah kat aku,boleh bagi buku-buku yang macam ni or novel. hahahaha !



4 comments:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork