RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

12/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 7 - Kepentingan Pendidikan

.Assalamualaikum.
bila sebut pendidikan ni, apa yang terlintas dalam kepala korang? mesti sekolah kan? bila sebut sekolah je mesti ingat belajar. pastu bila sebut pasal belajar mesti membosankan! haha. ye, tu la yang aku fikir pasal tajuk cabaran hari ni T___T

apa pentingnya pendidikan?

hmmm..penting,sangat penting. tapi bukan pendidikan kat sekolah je yang penting. semua yang berkaitan dengan pendidikan tu sangat penting. ok, aku kecilkan lagi skopnya. pendidikan itu ilmu. ilmu tu pelindung diri kita. takde ilmu sama macam badan lain kepala lain. haha !

ilmu merangkumi semua (dah mula guna bahasa penulisan dah.haha). ilmu lisan dan tak lisan. korang belajar memasak,tu ilmu. korang main basketball, tu ilmu. semua yang kita buat sekarang semua berkait rapat dengan ilmu. nak menaip entri ni pon aku pakai ilmu tau ! ilmu penulisan. haha.

korang perlukan ilmu untuk kehidupan korang yang lebih teratur. sebab tu orang cakap, belajar sampai masuk liang lahad pon takkan habis. belajar berjalan. semua lah.

korang nak jadi cleaner pon kena ada ilmu. ilmu macam mana nak bagi tempat tu betol-betol bersih. sabun apa kena pakai.kena ada ilmu sikit pasal sabun, macam mana nak guna mop. semua tu ilmu. nak dapat ilmu kena belajar. tak kisah belajar kat sekolah atau dalam hutan sekali pon. dan tu dinamakan pendidikan.

makanya, pendidikan sangat penting. sekian.


No comments:

Post a Comment

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork