RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

13/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 8 - 5 Lagu Kegemaran

.Assalamualaikum.



kredit gambar kepada incik gugel





kadang-kadang, kita tak tau macam mana nak menyampaikan atau meluahkan apa yang kita rasa. berat sangat bibir nak menutur kata. kita pilih cara lain. banyak cara. tapi aku pilih melalui lagu. aku tak kisah lagu macam mana asalkan lirik lagu tu mendalam. sometime, lagu tu tengah hot, aku tak minat pon. sebab maksud tak best. haha.

aku suka lagu dulu-dulu. zaman Francisca Peter, Shima, Maya Matahari, Fauziah Latif, Wings, Search, Umbrella,Spoon. Allah, lagu dia tak pernah jemu nak karaoke. haha. dalam kereta kalau dengar lagu tu sepenuh hati aku nyanyi. 

okeh, task hari ni sebenarnya nak 5 lagu cinta kegemaran. tapi aku buang cinta tu. haha ! sesaja. segan aih nak letak. nak tau lagu yang jadi kegemaran aku?

1. Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali

Lagu ni aku suka. tapi jarang dah dengar. haha. ada makna dan kenangan dengan lagu ni. aku mula start berkomunikasi dengan laki aku sebab lagu ni la. masa tu dia pon suka lagu ni. aku share la kat FB lagu ni, pastu tetiba dia komen. start berbalas komen, tanya-tanya kat kengkawan sikit, oh ye, laki aku ni kawan ngan semua kawan aku masa tu. kawan baik dia classmate aku kat  U. haa, camtu la start bibit bibit cinta kitorang. ecewah ! haha

2. Mewangi - Akim

ini aku baru start suka. hari-hari gak aku dengar dalam kete. semalam baru download kat tab. haha. best weh. dia punya muzik memang kena dengan jiwa aku. maksud dia, haa, senang cita lagu ni untuk awak la, suami sayang. haha. i labayu.

3. Gomenasai - T.A.T.U

lagu ni berhantu betol la ! haha. dengar banyak kali pon tak pe. muzik dia slow tak buat kepala aku serabut. memang layan habis. lagu ni kalau ada buat salah kat seseorang memang sesuai. maksud dia maaf. hahaha !

4. Mirae - Kiroro

rasa semua orang pernah dengar lagu ni. aku start suka lagu ni masa form 4. roommate aku, yati , yang nyanyi. sampaikan aku selalu suruh dia nyanyi. haha. suara dia dahla sedap. lagu dia memang penuh kata-kata semangat. tentang masa depan.

5. Arjuna Beta - Fynn Jamal

lagu ni. fuhhh ! bukan aku je yang kalau dengar lagu ni macam kena pukau. ramai kat luar sana pon macam tu kan. sampai laki aku kalau dengar lagu ni mesti cakap, tu mak juna nyanyi. haha. sentap mak aih lagu ni. terbayang-bayang mak aku kat kampung tu. rindu mak T__T



-----------------------------------------------------


banyak je lagi lagu yang aku suka. oh ye, aku ni peminat sudirman. sape minat sudirman angkat kaki ! haha. k la, dari pagi bersin. nak berehat kejap ye :)










1 comment:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork