RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

05/09/2014

. Nak Anak Kembar, boleh?

.Assalamualaikum.

siapa antara korang peminat cite korea? atau reality show diorang ke? kalau ada, kite geng! haha. tapi aku tak de la nak melayan band-band korea tu semua. aku suke tengok drama ngan reality show diorang je. besttttt !

currently untuk reality show tiap-tiap minggu aku mesti download Running Man, Roommate, Dad Where Are You Going (DWAYG) dan Superman is Back/The return of Superman. incik suami paling suka tengok DWAYG. aku dah tak layan sangat show tu. dah masuk season 2. tak berapa best. season 1 best. aku paling addict dengan The Return of Superman. tengok banyak kali pon takpe. haha

Show ni pasal ayah yang kena jaga anak selama 48 JAM tanpa mak. korang bayangkanlah. bukan anak yang dah besar. yang kecik lagi. paling besar umur 5 tahun. haha. ada 5 ayah dalam show ni. kelakar pon ada bile tengok ayah-ayah ni jaga anak diorang. mana nak susukan anak, tukar lampin,mandikan anak & tidurkan anak. haha. rasakanlah ~

aku paling suka part kembar. ada kembar 2 ngan kembar 3. aku siap follow haa Instagram diorang. layan video diorang. omellll sangatttt ! geram aku tengok. diorang punya telatah & nakal tu, MasyaAllah ! tepuk dahi le korang gelak. haha !





yang ni si kembar 2. baju merah seoeun, baju bkuning seojun. nampak tak fanatiknya aku kat diorang siap boleh cam yang mana 1. haha ! aku tengok diorang dari merangkap sampaila boleh berjalan. si abang seoeun. suka buli adik die. haha.tapi seojun ni pandai yang amat ! comel sangatttttt !!






yang ni pulak triplet. hambik ko, sekali 3 terus kembar. haha. aku nak kembar 3 jugak anak aku nanti. boleh? haha. sekali je beranak senang :p

kembar 3 ni pon comel sangattttt. ayah diorang memang kreatif. korang tau la kan kalo dah jaga anak ni payah sikit nak work out. jadi ayah diorang cari apa benda tah namanya yang macam gambar atas tu, sangkut kat beskal, pastu ayah die work out ngan kayuh basikal tu. bile lalu kat taman, semua orang tengok diorang. kagum ! haha. yang kembar 3 ni namanya minguk,manse,daehan. yang tengah tu manse,anak bongsu. si TROUBLEMAKER ! haha ! yang depan manse tu Daehan. abang sulung. matang. yang lagi sorang tu minguk.anak tengah. yang ni selalu kena buli, haha ! kesiannnnn ~

korang kalau nak tengok show ni, boleh download kat youtube. pergi KBS WORLD TV. cari The Return of Superman. show ni bagus untuk korang yang dah & bakal bergelar ayah. sangat bagus ! selamat menonton !



2 comments:

  1. singgah and follow sini,salam kenal dari Cik Sue....

    ReplyDelete
  2. Yeaaahh .. Kita sama akak ... Suke sangat dgn seoun dgn seojun .. Comeeeellll gileeerrrr >.<

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork