RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

20/09/2014

TIPS | Muka Berseri Di Hari Bahagia

.Assalamualaikum.


fuhhh ! kemain ko cik yana haa. eh silap, puan yana la. rajin betul update blog pepagi gini. siap bermurah hati nak kasi tip gittewww. takpela,sharing is caring kan? hehehe


sekarang hampir tiap hari aku dapat jemputan walimah. Alhamdulillah, menangisla cetan-cetan. yang tengah takde calon tu, tak payah runsing-runsing k? persiapkan diri tu dulu. sampai suatu saat yang betul, Allah hadirkan insan yang benar-benar layak untuk korang. umur korang berkahwin tu bukan soalnya. tapi persiapan yang korang buat untuk melayakkan korang jadi isteri tu yang perlu.



gediks tempek gambar sendiri.ihiks ~


semua wanita impikan tampil berseri-seri dan cantik di hari bahagi walau mekap biasa-biasa je kan? ni aku nak share tips yang aku buatla masa dekat-dekat nak kawen dulu. supaya seri tu betol-betol berkilau kat muka  haa.


Minum air 

ni memang penting. minum air masak or mineral ke banyak-banyak. sebenarnya, kalau korang minum air masak banyak-banyak, boleh seimbangkan air dalam badan, muka pon jadi lembab je. tak nampak kering. nak tau, adik aku diet minum air masak je. Alhamdulillah, menjadi. maksud aku, janganla tak makan. kena banyakkan minum air masak. air manis & air sejuk tu kurangkan.


Tenangkan hati

dekat-dekat nak kawen, jangan stress. biar persiapan tak berapa nak siap pon. berserah je. usaha jugak. tapi jangan sampai stress sangat. relax je. bila stress, naik ke muka mood tu. masammm aje. tak comel le muka kerut-kerut. banyakkan mengaji, solat sunat. hati pon jadi tenang. muka pon nampak lembut je. sejuk orang kata.


Kesihatan

cuaca tak menentu sekarang. jadi kena jaga kesihatan betul-betul. jangan terlampau penat sampai badan pon tak mampu tanggung. nanti muka nampak lesu je. on that day korang kena bersemangat tau. sebab ramai tetamu datang. :)


Penjagaan muka
 
kalau korang nak jimat, buat facial kat rumah dah. google pasal facial kat rumah. guna cara orang dedulu. aku dulu hampir hari-hari gak la letak putih telur. kasi tegang kulit muka. haha. lagipun mak aku yang suruh. duk rumah, memang dapat ceramah pasal kecantikan aje la.


Mekap

kurangkan mekap. kalau korang perasan, orang yang tak pernah mekap, bile mak andam mekap, touch up sikit je, terus naik seri kat muka dia. kan? sampai kengkawan datang tak cam, takut salah rumah. haha. biar muka loose je. pakai krim pakai bedak, pakai lipstick or lipsice. tak perlu blusher2 tuh. 


Ais

ni untuk korang yang muka sensitif. aku dapat tau pon masa aku survey baju sanding belah aku dulu. aku tersinggah la kat butik pengantin Kg. Baru tuh. saje borak-borak sambil tengok baju. aku cakapla muka aku ni sensitif. mekap sikit dah naik jerawat. pastu kak juju cakap la, sebelum mekap nanti, tuamkan ais dekat muka. kasi tutup semua pori-pori tu. aku buatla masa that day. Alhamdulillah, tak naik jerawat. tapi masa belah laki aku lupa buat. naik teruk muka. sampai sekarang tak hilang lagi. haha !


Pemakanan

yang ni kena jaga. kalau korang google pon, apa-apa mesti kena jaga makan. elakkan makanan berminyak. nanti korang tak selesa bila mekap. jadi cepat rimas. yang lain korang google la. boleh juga amalkan minum air detox dari bahan semulajadi. korang boleh jenguk blog fiza untuk tengok macam mana nak buat air detox. ---> AZHAFIZAH



tu je la tips yang aku mampu kongsi. apa-apa pon jangan lupa senyum. tu mekap paling mahal. baru la nampak berseri-seri :)


jangan lupa klik ----> SINI

4 comments:

  1. Terima kasih atas tips;).. yang jangan make up tu bwtul sebab bila dah make up kulit muka dah tak fresh lagi...

    Jemput BW: http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanks for ur visit to my blog. Done follow u back. Awesome blog. All the best

    ReplyDelete
  3. Terbaik r tips akak. Hehe. Lama lg nak kawen xdak calon :)

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork