RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

20/10/2014

ISU KEMPEN PEGANG ANJING

.Assalamualaikum.


Semalam heboh dan panas sangat timelime kat FB pasal kempen "I'm touch a dog". kempen yang diadakan konon untuk membuang rasa takut pada anjing la kan. rata-rata yang pergi melayu dan muslim. siap upload gambar pegang anjing. tanjat gegel uolsss. setahu aku anjing ni dalam kategori najis berat jugak. haram disentuh jika bukan dalam keadaan darurat.


gambar ehsan gugel.


sebelum tu, aku nak ingatkan ni sekadar apa yang aku fikir dan pendapat peribadi aku jela.


anjing ni memang dalam kategori binatang yang comel jugak untuk sesetengah spesis je la.haha. aku ni suka jugak pergi kedai haiwan. nak tengok kucing pendek. tapi kebanyakan kedai mesti ada anjing. anjing comel kecik tu. macam dalam gambar. omellll sangatttt. tapi aku tak berani duk dekat la. sekadar tengok dari jauh. bukan takut kena gigit ke apa. tapi entah. haha. bagi aku takde keperluan kot.

untuk yang cakap konon kempen ni boleh la nanti kalau anjing dalam kesusahan, takde la rasa takut nak tolong kan. silap tu. salah sangat bagi aku. hari tu ade orang share yang budak selamatkan anjing dari banjir. aku percaya budak tu pon takut anjing. tapi bile dalam hati tu timbul rasa belas kasihan, insyaAllah Allah kan bagi keberanian kat kita nak selamatkan anjing tu.

jadi aku rasa kempen ni sangat tak perlu. sedangkan kucing yang binatang kesayangan Rasulullah pon ramai takut, tapi tak de pulak kempen "I'm touch a cat". haish. pelik betol perangai. haha. daripada duk buat event mengarut yang takde keperluan tu, baik buat event cara nak jinakkan anjing. jangan salah faham. maksud aku, camni. korang cuba letakkan diri korang dalam situasi :

" masa tu korang jalan kaki sensorang. kawasan tak de orang. pastu tetibe ada anjing gila kat situ. die pandang korang lain macam pastu asyik duk auk auk auk je. "


agak korang masa tu kalau korang lari anjing tu laju ke korang laju? kalau tetibe masa tu korang galas beg berat camna? bile korang ada basic macam mana nak jinakkan anjing gila tu, tu dah bonus untuk korang. bolehla selamatkan korang insyaAllah.

jadi aku harap pihak berkuasa siasat balik pasal kempen pegang anjing ni. kaji secara teliti. benda ni boleh mendatangkan fitnah pada agama Islam sendiri. dunia hampir ke penghujungnya....

ni ada sedikit perkongsian untuk korang :






3 comments:

  1. betul tu mcm tak perlu jaa kempen ceni.
    Tapi ada jugak yang bangga siap amek gambar pegang2.

    ReplyDelete
  2. pelik kan ade kempen tak berfaedah camni

    ReplyDelete
  3. pelikla ada kempen cmni..yang lg pelik yg bangga tangkap gmbr pgg anjing tu..lg2 btudung..apa nak jadi laaa

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork