RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

03/10/2014

Kesan Harga Minyak Naik Pada Yang Berkahwin

.Assalamualaikum.



October, Please be nice to me ! memang tak boleh pakai dah. haha. baru nak wake me up when september ends, terus Tragedi Oktober. riuh timeline pesbuk dengan isu harga Ron95 naik. terima kasih Dato' Seri. Malaysia masih aman. ye ke?


gambar ehsan google



masa pilihanraya semangat janji harga minyak tak naik. tup tup tahun ni saja dua kali naik. ke tiga kali? tak pasti.. kalau harga minyak je naik takpe gak. ni semua sibuk nak naik. kalau naik 5 sen buleh kire lagi. sampai lima kupang naik, melampau la tu ! gaji tak naik-naik jugak. haish.

bukan pada yang bujang je, bagi kesan, student, penggangur, yang dah kawen, yang dah ada anak, semua rasa kesannya bila harga minyak naik. tapi aku cuma nak share untuk yang dah kawen je la. sebab semua sama ja. 

first sekali pasal harga barang naik. kita sehabis mungkin berjimat, kadang-kadang beli beras yang murah je. tu belum barang-barang lain. barang-barang mandi, minyak masak. semua kena betul-betul jimat. tambah-tambah kewangan belum nak stabil sangat. bayar sewa rumah lagi, sewa kereta lagi, bil air, bil elektrik, maintainance rumah. memang sakit sikit. bila dah banyak sangat nak pakai duit, kena kerja keras. yela, macam FIZO OMAR cakap, pandang sudut positif harga minyak naik ajar rakyat kerja keras. agah sungguh cakapnya. nak kerja keras camna lagi? habis yang atas-atas tu senang lenang pergi holiday sane sini? duit rakyat pakai? camtu? Laki aku, bukan laki aku sorang la, orang lain jugak, kerja keras siang malam. sanggup tinggal anak bini berminggu-minggu sebab nak cari rezeki nak tampung kos sara hidup yang makin meningkat. tu tak cukup kerja keras lagi?

bila dah suami / ayah kerja siang malam, yang ditinggalkan tu kurang kasih sayang. tambah-tambah anak-anak yang tengah nak membesar. jumpa ayah weekend je. itu kalau ayah tak kerja. weekdays, anak tak celik lagi dah kuar g kerja, balik bila anak dah tido. habis bila nak bagi perhatian? kalau yang mak bapak keje? lagi kurang kasih sayang. pastu mula la jadi kes kurang bermoral. itu aspek kasih sayang.

kerja sekarang makin payah. harga semua dah melambung. penggangur makin bertambah. nak beli nasi sebungkus pon nazak rasa. haa, bila dah jadi camni, mencuri merompak tu dah jadi macam viral. ye la, bila kerja gaji seciput tak padan dengan kos sara hidup. tambah-tambah dekat KL ni. pastu mula la bunyi, dah tau kat KL sara hidup ni tinggi pergilah balik terengganu, kelantan semua. hamboi. sedap cakap. dah dapat kerja kat sini. nak buat macam mana? kalau macam tu, tak payah sorang pon la kerja kat KL. macai sangat. haha

nampak tak kesan bila harga minyak naik? bukan kurangkan beban rakyat tapi menambahkan lagi. nak kitorang cakap syukurlah, malaysia masih aman lagi ke? sampai kiamat la rakyat kena tindas sebab tagline tuh. biasalah, bila dah kat atas, takkan rasa apa yang orang bawah rasa. perit nak cari rezeki tu. berpanas, berhujan. jatuh motor. semua tu sebab nak cari rezeki. 

aku paling benci bila ada orang cakap, habis tak payah duk Malaysia. cetek sangat pemikiran macam tu. tu pemikiran orang coward. tau coward? pastu nak compare harga minyak Malaysia ngan Thailand. kaki nak? diorang kena beli minyak. kita ni pengeluar. ce compare ngan Brunei. huh !

aku taktau lepas ni diorang kan naikkan lagi ke tak harga minyak tu. rasa macam tak nak redha je dengan keputusan diorang. kalau betul la diorang tak gunakan duit yang rakyat lebih berhak kepada kebajikan rakyat, setiap sen tu, takkan dapat berkat, takkan aku halalkan. tu je aku cakap. memang terasa sangat keperitan tu bila harga minyak naik. 



2 comments:

  1. taraf hidup makin meningkat sekarang :(

    ReplyDelete
  2. Sabar kak. Semua point diatas sy setuju. Moga Allah memberi balasan yg setimpal kepada mereka yg terlibat.

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork