RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

02/10/2014

Pati Delima Gulsan

.Assalamualaikum.



seperti yang korang tahu, buah delima merupakan salah satu makanan sunnah. kan? berlambak dah orang jual buah delima sekarang. laki aku suka sangat beli. tapi aku tak makan. jadi solution die, laki aku belikan pati delima. kesnye sebab aku ada CYST. ye, cyst. sila google. ni penyakit perempuan yang jadi salah satu faktor payah nak lekat pregnant. 

soooo, banyak orang cakap pati delima ni bantu stabilkan hormon. wallahuallam. kita usaha kan. jadi hubby beli la pati delima gulsan satu set dengan kapsul buah zuriat, kapsul debunga kurma. nak kasi hilang cyst aku ni. bila period sakit woooo. senggugut sampai aku rasa nak kekah je kaki meja kayu tu. haha.

hubby minum jugak untuk sihat tubuh badan. pati delima ni boleh minum dua cara. buat macam kordial boleh, terus minum camtu boleh. satu sudu pagi satu sudu malam. aku suka minum terus. aku pernah try buat macam kordial, haha. nak muntah. sebab banyak sangat. hubby suka buat macam kordial. walaupon pati ni pekat, tapi aku suka telan terus. die punya rasa tu lagiiii freshhhh !






ni dah masuk botol kedua aku minum. ada la sikit perubahan yang aku rasa. cyst tu aku tak g check lagi ngan doktor. rasa macam dah tak de. macam mana aku tau, aku pon tatau. instinct. dulu instinct cakap ada cyst, aku g check memang ada. aku start ada cyst masa form 5. pastu berubat ngan ustaz aku minum minyak kelapa dara. minyak fresh ok? pastu hilang. pastu ni ada balik. haha. macam chipsmore ! kejap ada kejap takde.

sejak minum ni, Alhamdulillah, aku rasa sistem penghadaman aku makin bagus. haha. kalau dulu 3 hari sekali baru nak buang air besar. tau la macam mana seksanya. perut jadi senak. ni Alhamdulillah, hari-hari aku buang. badan pon jadi ringan. hehe. pastu rambut lak. rambut aku ni senang gugur. kalau kat rumah ni penuh rambut aku. jenuh hari-hari kutip. kalau kumpul boleh buat rambut pelesu. sekarang Alhamdulillah, makin kurang. kulit muka pun dah kurang sensitif. dulu payah nak pakai foundation semua ni. sebab mesti naik jerawat teruk. sekarang dah bolehhh. yeayyy !!

Alhamdulillah..memangla pati ni bukan sebab utama kita makin sihat kan. tapi insyaAllah dengan izin Allah. kita usaha, doa,tawakkal. sekarang aku dah tau nak beli pati delima ni dengan harga RM12 kat mana. hewhewhew. dekat Shah Alam. aku tak ingat dah seksyen berapa. kedai Arab. dia kat area kilang. nanti aku pergi aku snap gambo ye. masa aku pergi ritu dah nak maghrib. nampak iklan, jadi hubby singgah jap. haha. nanti aku pergi lagi aku share kat korang ye :)



7 comments:

  1. Info yg sangat baik. Tahniah anda ada blog yg banyak info. Jemput blogwalking d www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  2. kat seksyen 26 shah alam..

    ReplyDelete
  3. Mahnaz food seksyen25. Pati delima ni memang bagus..sebab antioksida...sangat bagus untuk pelancaran darah dan sakit jantung...Rasanyapun macam air asam jawa je..minum pekat lg best..

    ReplyDelete
  4. pati delima? cm best je.. bagus jugak utk elak baby jaundis.. nnt nk g cari la.. hehe.. tp shah alam jauh sgt.. agak2 kt melaka ada tak ek.. huhu.. thank for the info =)

    momofprecious.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. done follow.. mohon sudi2 la follow saya ye ;)
    http://momofprecious.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Kira akak tgh buat testimoni la ni. Hehe. Banyak khasiat yg diperoleh :)

    ReplyDelete
  7. Pati delima gulsan murah
    Rm15 sebotol
    Cod kl/shah alam/sepang
    Call saya 0174600076

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork