RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

12/10/2014

Resepi Spaghetti Carbonara Simple & Sedap !

.Assalamualaikum.

konon nak up entri raya haji. harapan la. haha. kemalasan sangat ni. diri tak berapa ok. resdung teruk sejak balik dari kampung hari tu. ala, bukan ada cerita menarik pon. duk rumah je masa raya haji. petang je g umah mak cik. hehe

hari ni aku nak share resepi spaghetti Carbonara yang simple tapi sedap yang amat. resepi ni dari classmate aku kat UTM, syaza. dulu blogger. sekarang dah tutup blog. oh,syaza, tolong blogging balik plez. aku memang suka mintak resepi ngan syaza. resepi dia ringkas tapi sedap sangat-sangat. dia sangat terer bab masak ni.  meh, kite jenguk camna nak buat carbonara nih.





mula-mula sediakan bahan macam dalam gambar kat atas tu. cendawan button tu kalau taknak takpe. yang penting prego 2 tin 2 jenis tu dengan pasta. tu paling penting. bahan tambahan suke ati korang le nak campak apa pon. ada yang letak sosej. tapi aku macam kurang ngam sikit kalau carbonara letak sosej. haha. laki aku lagi ar, suruh letak ayam T___T

first, korang bukak tin prego tu. campur dua-dua dalam periuk. pastu tambah air sikit ikut kepekatan yang korang nak. taknak tambah takpe. tapi nanti muka pulak. dah tambah air tu, tabur la sikit garam dan adjust la ikut rasa yang korang nak. pastu masukkan bahan tambahan tu. kacau sikit lagi. sampai korang puas hati. tadaaaa ~ siapppp ! 

yang KAYU SPAGHETTI tu pulak korang tau kan masak camna? letak minyak ngan garam sikit dalam air. pastu masukkan spaghetti. dah masak, hidang ! jadilah macam di bawah.





aku tabur serbuk lada hitam sikit. sebab aku suka makan lada hitam. haha. sekali sekala makan western kan. pagi tadi dah breakfast nasi lemak. lunch makan spaghetti la pulak. hahaha ! selamat mencubaaaa. 





4 comments:

  1. Ala..ni faberet kita ni..rasa x jadi nak tidur..terbayang spaghetti depan mata..hee

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tengok tengah2 malam ni . .

    ReplyDelete
  3. SEDAP NI..tapi tak pernah beli prego yg cheese & herbs tu..boleh cuba lah camni..thanks sharing

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork