RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

29/10/2014

.Short Vacation Part 1

.Assalamualaikum.


dekat seminggu jugak aku tak update apa-apa kan? mood ke laut sikit beberapa hari ni. resdung kuat datang. asyik duk bersin je. jadi tak selesa sangat nak menaip. huhu. bila malam baru ok. masalahnya malam aku lepak borak-borak bermanja-manjaan dengan suami sayang. ecewah. jadinya malas nak update. haha. ni baru sempat. tapi buat by part la. kenapaaa? sajeeee. hahaha

sabtu hari tu (25/10/2014) aku ngan laki aku g kenduri naim belah pompuan kawan laki aku kat melaka. sebenarnya ni unplanned trip. jumaat malam lepas dia balik dari kemaman baru cakap kat aku esok pergi melaka. tanya dia tidur ke idok, jawabnya taktau. sebab takut ahad kene keje. haha ! kitorang gerak dalam 9.30 lebih. masa tu kawan dia ajak tunggu kat RnR Seremban. memang tak jauh dari rumah aku. dalam 45 minit gitu la. tapi masalahnya lagi 2 KM nak sampai RnR jammed terokkkk. lebih setengah jam hadap jammed tuh. rimas pon ye. hahaha !



haa. gambar ni bukti lagi 2 km nak sampai. hahah.


masuk je RnR seremban tak berenti dah. nampak kereta ajak, bagi isyarat sket, terus gerak. yang kelakar, masa berenti kat petrol pump sekejap baru aku tau, rupanya hari tu nikah je. aku ingat kenduri dah. nikah lepas zohor. haiya laki aku ni. saboooo jelaaa. lepas tu sambung perjalanan. rumah pengantin pompuan tu dekat masjid tanah. dalam kul 12.30 tengahari sampai. lepak kat warung pekena teh o dulu. kasi baby mika anak ajak main-main dulu. pastu kul 1 gitu gerak g umah nadia,pengantin pompuan. 

sampai-sampai tu takde orang. family je yang ada. tapi nasib baikkkla family nadia ni sporting habis. mesra ramah hoiiii. kitorang lepak makan-makan sebelum majlis nikah dulu. tanye-tanye rupanya nikah kul 3 petang  T___T . laki aku ni pon, tanyela dulu naim kul berapa nikah. lepas zohor tu panjang. huu. masa ni mood aku kurang baik. nak marah je rasa. bukan sebab majlis ke apa. sebab cuaca panas sangatttt, aku lak dah start bersin masa tu. mata dah gatal-gatal. jadiii sangatla tak selesa. huhu. tapi lauk hari tu sedappppp. cuma makan sikit sebab dah asyik bersin, hidung jadi tersumbat la. huhu.

tak lama lepas tu pengantin laki sampai. tunggu dalam 15 minit tok kadi lak sampai.



posing jap sambil dengar tok kadi bagi ceramah. kitteww dah lepasss. hahahhaha



Tok kadi ni memang best. teringat kat ayah nin yang jadi tok kadi masa aku nikah dulu. sempoi je. jadi pengantinnya tak berapa nak nervous. bila dia baca ceramah yang sebelum akad tu, satu-satu lekat dalam kepala. hihiihi





ni nadia. cantikkkk kan?

okeh okeh. aku tak larat nak menaip. meh tengok gambo.














Alhamdulillah.. sekali lafaz je naim ye. tahniahhhh. selamat pengantin baru nadia & naim :) . atas ni gambar kitorang dan ajak n family. pastu kitorang lepak kejap. makan lagi dan lagi. minum air banyak-banyak. haha. masa ni laki aku decide nak tidur melaka. masalahnya kol hotel semua penuh. cuti am masa tu. hoho. jadi ajak jemput kitorang tidur umah makcik dia. masa tu aku macam berat hati sket. sebab aku masa tu bendera jepun. jadi tak selesa la sikit tido rumah orang. tapi nak buat macam mana hotel full. laki aku lak dia nak g kenduri naim esoknya. aku ikut jela. huhu






baby mika. masa ni berenti solat kejap. mak ayah dia tengah solat. laki aku siap dulu. dia bawak mika ke kete. mika tunjuk-tunjuk. aku ingat dia nak roti. aku bagi la. pastu bila aku ambik dia, cepat je lompat g tempat driver. rupanya nak main stereng. haha. comel betollll. pastu kitorang gerak nak g umah mak cik ajak. singgahla klebang ingat nak minum kelapa goyang (coconut shake) yang pemes tu. sekali masa tu diorang dah kemas nak tutup. sediiihhhh ! jammes mak aih memang 20 kmj bawak. haha. sampai umah makcik dia dalam kul 7 petang. rehat-rehat jap. malam tu laki aku bawak kuar jenjalan. aku kalau g melaka paling suka keluar malam. ye, aku memang suka pergi MELAKA. nanti nak pergi lagi. hehe.

kitorang keluar dalam kul 10. ajak tak ikut sebab mika dah tido. kitorang g dataran pahlawan dulu. pusing-pusing jap. pastu g jonker walk naik beca. aku pilih hello kitty masa nak g. tapi takde lak gambar ngan beca hias kitty tu. huhu.






kitorang g jonker walk kul 11.30. masa sampai tu gerai dah banyak nak tutup. pelikla kan. tanyala yang jual tutup kul berapa. rupanya kul 12 mlm. sadis betol. haha. pusing-pusing jumpa lak kawan aku, helmi sahri. tak sangka betol. haha. pastu aku ngan laki aku gerak balik. sebab aku dah penat sangat masa tu. nak g kat kereta aku naik beca yang love-love. nampak romantikkk sangatttt. hehe. yang ni aku amik gambar. abang beca yang tolong ambikkan. hehe






balik tu jalan tak jammed sangat. jadi seploh minit dah sampai. umah mak cik ajak dekat kuarters balai polis bandar hilir. memang dekat la. kul 1 pagi kitorang sampai umah. basuh muka terusss tidooo. haha

untuk cerita hari ahad, nanti aku sambung ye. daaa






3 comments:

  1. belek2 blog jap . jangan lupa singgah :) http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. lawa pengantin perempuan.. suka . hhehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Pengantin Baru to her! ;)

    *previously salah comment tau. Nak comment kat blog lain tentang transparent airplane. Haha*

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork