RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

16/10/2014

Tip Goreng Ayam

.Assalamualaikum.



gambar ehsan pakcik gugel

sengaja aku tak besarkan gambar ayam tu. haha. takut ada yang menjejes air liur kang tak senang pulak nak buat kerja. wak tu kerja habis lambat lagi nih. haha ! ni gambar dari google je ye.

tip yang aku nak kongsi ni rasa ramai yang dah tahu. tapi takpela, kot masih ada yang tak tahu kan? aku ni pon baru tahu masa balik kampung raya haji hari tu. mak yang tegur cara aku goreng ayam. haa. pastu aku dah guna tip ni. memang berbaloi-baloi. haha

tip ni berguna untuk penggemar bahagian paha ngan kepak. biasa bahagian paha la. kadang bila korang goreng nak makan tengok ada darah tak masak lagi kan? tapi luar nampak macam nak hangit dah. haha. aku lettewww. last-last campak dalam kuali balik. tak senonoh sangat.

caranya, korang masukkan bahagian tulang dulu. yang kat kepala tu. yang bahagian biasa keluar darah masa korang nak goreng paha tu. nanti masa goreng tu, korang kan tengok ada darah keluar kat hujung tulang yang kecik lagi satu tu.api jangan kuat sangat. kan belum habis darah tu hilang dah hangit. korang belek-belek le sikit tengok ada darah tak lagi. bila dah yakin takde baru pusing goreng yang bahagian tak goreng lagi. haa,sekarang aku dah boleh makan paha ayam guring yang beso gedabak tanpa memeningkan kepala ada daroh ke idok. haha. untuk kepak pon sama. masukkan bahagian yang dipotong dulu. kire goreng dulu untuk tempat yang ada tulang temulang bersambung.

selamat mencuba !



4 comments:

  1. bagus ni, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Bagus yips ni sis. Pic ayam plal memang menggoda. Best baca blog you. Jom ikuti blog saya ada tip kesihatan dan kecantikan. healthyglowing.blogspot.com

    ReplyDelete

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork