RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

09/10/2014

Wardrobe Cantik dari Groupon


.Assalamualaikum.


Asalnya nak up entri raya aji. tapi sabo dulu. banyak sangat nak cerita sampai tak tertaip. hold dulu la. haha

seminggu sebelum raya aji hari tu, aku order satu wardrobe kat groupon. ala, wardrobe kain tu yang macam orang bujang pakai. biasa beli yang kecik tu kan? sebab hadiah kawen hari tu banyak, tu pon ada lagi kat umah mak aku dan dah banyak kali tahan telinga kena tanya bila nak ambik, makanya, aku survey la wardrobe yang murah-murah tapi besar. last-last aku tengok groupon. ada yang aku ngan laki aku berkenan. haha. bolehla nak sumbat jersi dia jugak yang melampau banyak tu. harga asal RM130. dapat harga diskaun RM79. murah la tu bagi aku. pasni apa-apa aku nak cari kat groupon la senang haa.

aku bajet lepas raya dapat. sekali minggu tu juga dapat. hari jumaat. tapi tak sempat pasang. balik KL pas raya baru pasang. haha. dan semestinya la laki aku pasang. mula-mula aku start pasang dulu. sekali nak buat satu tingkat tu dah dekat sejam. aku kalau dengan besi memang alah sikit. ngilu rasa. haha.



taraaa. banyak betul komponen dia. tu pon siap ada lebih. pelik? aku pon pelik macam mana ada lebih. haha. abaikan je la.






gigih kau laki aku pasang. aku tolong pas komponen je kat dia. ni dia la suruh aku ambik gambo dia. nasib comel. haha ! tak sampai sejam dah siap !




tadaaaa ! ni la rupenye. yang ni aku ambik gambar kat groupon tuh. yang aku punye kaler ni la. tapi aku malas nak ambik gambar sebab dah letak barang. banyak barang peribadi tu. haha. tak boleh show off sangat. haha. Deal tu still ada lagi. bolehla korang order. klik link kat bawah.







4 comments:

 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork