RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

26/02/2014

. Big Bad Wolf vs Tetamu Istimewa


.Assalamualaikum.

fuhhh ! busy weekend. baru sempat nak update hari ni. sebelum tu nak wish TAHNIAH !!! untuk sahabat baik aku, Puan Afee, for her new born yang dilahirkan semalam (26/2/2014) jam 3.35pagi :) !! baby boy merangkap anak angkat aku. eh? hehe. aku dah tau name baby MH tu. tapi tak leh reveal. kena umi afee announce dulu baru aku gtau. btw, selamat berpantang, afee ! peluk cium untuk anak angkat mama yana. muah muah ! nanti baby balik puncak alam, mama yana & papa jie kidnap ye. kikiki

orait, meh balik pada entri asal. weekend hari tu, aku dan suami memang tak lekat kat umah. kuar aje. hihi. yela, weekdays kerja. tak sempat nak dating. jadi, sabtu hari tu aku ajak pojie pergi pesta buku, BIG BAD WOLF kat the mines,Serdang. wahhh. macam nak gile masuk dalam tu. menyesal tak bawak trolley bag. hihi. pojie yang kononnye tak nak beli pape pon grab jugak buku. cam biasa la, buku pasal BOLA. aku tak payah cakap. memang banyak aku borong. 

harga asal RM20++ jadi RM5. sape tak suka weh? haha. ambik campak dalam kotak. dah penat, g bayar. tapi tak puas sebab sekejap je pegi. kul 11 pergi kul 1 lebih dah kena balik. pojie kena g keje kul 3. huhu. terpaksa la balik awal. plus aku ada hal lain yang nak diuruskan untuk majlis belah laki nanti. hehe


ni hasilnya... ^__^

pojie balik keje je, terus ajak g Alamanda nak beli barang sikit sebab ada tetamu istimewa datang dari Kota Kinabalu gitteewww. hehe. sekian lama tak jumpa akhirnya dapat jumpa gak tetamu tu :) 

tapi kan..haha. aku ngan pojie sampai je kat umah, tetamu tu pon sampai. tak sempat nak mandi hape. alahai, tak senonoh jumpe tetamu muka selebet. hihi. tetamu tu sampai dalam 9.15 malam. tetamu tu ialah, abang aizat senior aku mase mrsm lipis, his wife kak kida, adik abg aizat, bihah, dan my anak buah, aqra aqilah yang omellll !!

first time jumpe kak kida mase kenduri kat umah die. pastu start rapat. then malam tu second time jumpe. hihi. memang wondeful moment tol. paling adorable, baby aqra omel tu. seronok layan die. sebab aqra tak nangis bile orang pegang dan sangattt aktif. pipi bambam. ase nak gigit je. hehe


tak sabar nak ada baby sendiri.eh?

terima kasih kak kida,abang aizat, bihah & aqra sebab sudi datang umah. maaf diatas segala kekurangan kami. nanti yana & pojie g KK, kitorang g umah ye :) till we meet again !





21/02/2014

. Novel yang BEST !!

.Assalamualaikum.

dari zaman anak dara sampaila jadi bini orang, aku memang kaki novel tegar. kalau dah hadap novel, sian suami terbiar. haha. candy crush la dia. tiap-tiap bulan mesti ada novel yang aku beli. tapi, yang ada ngan aku sekarang, 3 buah je novel. lagi 1 , aku rase adik aku pinjam. Adam Hawa 2. tak habis bace lagi. bukan tak best, tapi aku duk terbayang-bayang pelakon dia. tak feeling langsung ! hahaha ! yang lain semua kat umah kat terengganu.



ni antara novel yang ada ngan aku. aku baca sambil nangis pastu stress sorang-sorang sebab bengang ngan watak-watak jahat dalam novel ni. haha. bangang abadi betol. Hingga Ke Akhirnya tu sambungan novel Akhir Sebuah Cinta. memang feeling habis ! punyela tamak haloba, aku beli 2 sekaligus mase tu. pastu minggu lepas aku beli Lafazkan Kalimah Cintamu. Kulit Novel nampak macam novel yang boring, tapi once kau dah bace, dada kau boleh sesak sebab sakit hati. memang super duper BEST !! yang ni MUST READ ! 

aku tak nak letak sinopsis. kalau nak tau sangat citenye, g kedai buku, bace sinopsis kat belakang buku tu. FREE je. hehe :)

kalau aku jual novel-novel aku yang berlambak kat umah tu dengan harga yang berpatutan, agak-agak ada yang nak beli tak? kalau ada, gtau ye. komen ke, tak pon PM kat page FB haa. gittuuu :)



20/02/2014

. Review Produk As Beauty

.Assalamualaikum.

sebenarnye segan nak review. sebab aku pon baru 4 bulan pakai produk ni haa.muka pon baru nak ok. tapi since ade yang tanye, aku tolong. ni pon susulan dari entri CARA CHECK PRODUK KOSMETIK YANG DIIKTIRAF KKM.

aku ni dulu paling lame bertahan ngan produk tu pon sebulan.pastu tukar,tukar dan tukar. my skin getting worse ! sampaikan stress tau? tapi Allah gerakkan hati aku guna As Beauty. ni untuk luaran kulit la. dalaman aku minum Aurawhite. dan insyaAllah nak makan Vitamin E Shaklee pulak. aku makan semua ni bukan untuk kulit muka je, tapi 1 badan. macam Aurawhite, bile minum macam minum glucose. manis-manis gittu. badan aku rase ringan pas minum. pas minum je, aku mesti senang buang. hehe. nyah kau toksik !



ni antara komen entri lepas. 2 komen je. aku bukan blogger famous nak komen beratus-ratus. kikiki. komen Cik Anon tu paling aku setuju. yela, aku setuju sebab lepas kawen, hormon berubah. dan memang pas kawen ritu muka aku naik jerawat banyak sangat. tapi tak teruk. sekejap je. kikiki. tapi even aku tak pakai pon, muka tak de makin teruk. muka elok je.


yang paling best, mase nak dekat sebulan aku pakai tu, hubby yang mase tu tunang aku takleh beza aku pakai bedak or pakai krim saje. muka aku mase tu die cakap memang ok. nampak lembap. dan kalau yang dah lame kenal akan perasan aku ade 1 jerawat yang sangat besar kat pipi kiri aku. jerawat tu macam duk dalam kulit. kalau tak picit die kan kekal gitu. mak aku cakap, ade orang kat umah kena gitu gak. nak buang kena laser. takut aku haa. tap, Alhamdulillah, sejak aku pakai As Beauty, jerawat tu yang memang aku payah nak picit, senang picit. kuar semua isi dalam jerawat tu. ni dah makin kecik. tapi ada lagi sikit. takkanlah terus ok kan. nak cantik, kena sabar. hihi. dan ramai kengkawan tegur muka aku makin cerah. dulu kusam,gelap je. gelap dari kulit tangan aku. sekarang dah same. hihihihi


ni mase awal-awal pakai. berminyak teruk ! huhu

ni mase kenduri mizi. mase ni dah 2 minggu pakai. ni tak pakai bedak. krim ajo. muka dah ok sket.


ni mase g lawat afi my kesayangan 4 hari pas kawen. pakai krim aje jgk. tapi ade jerawat sket. nampak tak? sebab mase kawen mekap, jadi memang naik la jerawat. hihu

selain, penjagaan luaran, dalaman pon kena jaga. jangan makan main taram je. banyak minum air masak. pastu rajin buat facial. buat kat rumah pon boleh. aku kalau rajin aku pakai mask putih telur. tegang habis kulit muka haaa! haha. pastu jangan selalu sangat cuci muka. 2 kali je. macam aku, tengahari aku tak cuci. aku cuci bangun tido ngan nak tido je. aku selalu tengok ade kengakawan aku, muka berminyak sket cuci ngan pencuci muka. nope ! tak elok tu. nanti muka cepat kering. no good no good. korang boleh google cara penjagaan muka.

dan...

yang paling penting... SABAR ! kalo korang tak sabar memang takkan nampak hasilnya. sebelum tukar produk, stop dulu any produk. dalam seminggu ke. kasi muka rest dulu. biar keluar semua minyak. pastu baru pakai produk lain. jangan hari ni stop, esok pakai. aku dulu gitu la. tu yang muka teruk. haha.

so, kalau korang nak cuba produk As Beauty ni, korang boleh tengok pengedar dan stokis kat web AS BEAUTY.

ataupun, contact ni ---> NURA : 017-6375727 . die pon pengguna As Beauty. die yang recommend kat aku. :)




18/02/2014

. Cara Check Produk Kosmetik yang diiktiraf KKM



.Assalamualaikum.

tadi buka laptop terus buka FB. ape mimpi tah. biasa buka drama korea dulu. FB tengok kat tab je. haha. scroll timeline then ada kawan share yang pasal produk Collagen Plus Vit E (CPVE) tu. cakap merbahaya. aku tengok produk tu pon aku dah ragu-ragu sebenarnye. haha. aku ni jenis tak de la taksub nak putih. bagi aku, hitam tu pon menawan ape. tapi aku ni taksub nak muka licin. hahaha !! panggg sekali ~

dulu aku pernah try macam-macam produk.Safi, Olay, MP,dan macam-macam lagi la. Dherbs pon pernah. tapi muka getting worse. dan tak sesuai ngan aku. hampir give up weh. lagilah dah dekat nak kawen. last-last bulan 9 ritu aku stop pakai semua tu. aku pakai bedak je. haha.

sampaila nura, kawan aina yang aku duk umah die dulu kenalkan produk As Beauty ni. upenye cousin aku pon ade pakai haaa. tu pon dapat tau sebab die suruh aku pakai sebab die tengok muka aku teruk hari tu. teruk sebab aku pakai mekap kawen hari tu. mekapnye sehari je. kesannye memang lame. aku memang alergi ngan mekap. sebab tu tak pakai blusher ngan foundation semua. ade je.tapi simpan buat pekasam. hahaha. aku pon start pakai As Beauty pertengahan bulan 10 hari tu. ade pantang gak ni. bukan pantang makan ok. tapi pantang tak boleh pakai ape-ape kat muka selagi muka tak ok. kalo muka tak berapa teruk dalam 2 minggu je. tapi aku sebulan gak. last-last masa kawen baru pakai bedak. lepas kawen baru beli bedak. haha. tu pon bedak Arab. mase pantang tu, aku pakai produk tu je la. ala,malas cite panjang. korang pegi je google As Beauty. banyak pasal ni. kat kotak tu pon ade tulis cara pakai.

then, tadi aku takot la gak lepas baca sal CPVE tu. takot produk aku pakai ni tak lulus KKM ke ape. gigih aku google tau ! dapat gak tau camne nak check. ok, boleh teruskan pakai. hikhik


ni produk As Beauty. murah je. RM120. tahan 3 bulan.


camne nak check produk yang korang pakai? pegi link ni ---> QUEST3 
nanti akan kuar macam gambar kat bawah ni. pastu tick dekat Cosmetic Products Only. Pastu taip name produk korang then tekan search. 



haa.nanti kuar macam kat bawah ni :)



cepat check tau ! :)


17/02/2014

. Beg MK Gred AA murah-murah !!


.Assalamualaikum.

sebenarnye nak buat entri pasal wedding ayun, tapi gambar tak dapat lagi. so, hold dulu. kikiki. ni nak promote sikitla. sape-sape yang sangat minat ngan designer beg cam brand MK or LV ke ape, tapi tak mampu nak beli yang ori, meh grab yang gred AA. ala, watpe beli mahal-mahal. beli yang murah leh selalu tukar. kalau tengah berjalan tetibe tersangkut kat dawai mane tah pastu koyak tak rase ralat sangat. ye idok?


ade yang berkenan? kalau berkenan, boleh tengok detail kat album ni -----> FLB 3361 DESIGNER BAG (RM 78 + FREE POSTAGE SM)

pastu lelaju PM kat --> FAU.LIYA

jangan tangguh-tangguh tau. design ni cepat habis stok. ni semua ready stock punye. beli banyak, lagi banyak kurang harga. meh-meh cepat :)


13/02/2014

. Resipi Ayam Goreng Kunyit


.Assalamualaikum.

al-kisahnya nak update semalam tapi I-NO-MOOD sebab incik suami kekasih hati terchenta kena pergi kemaman. sob sob. so, pepagi ni sementara tunggu dia balik Puchong, iols update resipi semalam.

argh,lapar pulak. awal nau jiran masak. sampai umah aku baunye. kikiki. semalam angah ngan kawan dia datang tido kat umah. bagi lak poji aku duk umah sorang-sorang kan. poji gerak tengahari jugak. angah datang dalam kul 5 lebih. so, aku decide nak masak yang simple mimple main campak baling je haa. aku pon google la resipi ayam goreng kunyit. gugel punye gugel, banyak pule version nye. jadinya aku combine semua terhasil la resipi yang entah pape. haha

BAHAN-BAHAN :

Ayam (potong dadu)
serbuk kunyit
garam
aji no moto
lada
bunga kobis / brokoli *
kacang panjang *
carrot *
bawang merah/besar (hiris halus)
bawang putih (hiris halus)

p/s : yang aku tanda * tu, optional. suke hati korang la nak campak ape.


CARA-CARA :

gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,garam dan ajinomoto. ade sesetengah letak tepung jagung bagi rangup.tapi aku tak letak.sebab macam pelik. haha. pastu goreng ayam tu. toskan dan letak tepi. guna minyak yang goreng ayam tadi,sikit je tau, tumis bawang merah bawang putih. masukkan sedikit garam dan ajinomoto. nak tambah perasa pon boleh. ikut kekreatifan korang la. pastu masuk lada dan segala sayuran. kacau dan biarkan dalam 2 minit gitu. pastu masukkan ayam yang dah goreng, kacau, pastu tutup api. siap !


taddaaa ~~ senang,kan? :)


notakaki :

lada banyak mana ikut korang. kalau yang pesen suka pedas boleh guna cili padi. :)


10/02/2014

. Agar-agar coklat MELETOP TOP TOP !


.Assalamualaikum.

haaa,gitteww kau tajuk entri kali ni. pengaruh anugerah meletop era leni walaupun iols tak tengok pon. nasib iols tak tengok. kalau tak, mau mulut ni tak berenti mengucap. dengar kata, neelofa jadi power ranger pink? eh? ni blog bukan beautifulnara.com hokkeyyy ! hahaha

semenjak pangkat aku naik jadi Puan ni, entri asyik pasal resipi je. al-maklum lah, mase anak dara dulu, malas siket perasaan nak memasak tuh. kalau g dapur pon tolong-tolong cenggitu je. kononnye belom kawen nak makan masakan mak puas-puas le. ni baru terkapai-kapai kol mak tanye resipi. hahahha

petang tadi aku merajinkan diri buat agar-agar coklat. suami penat balik keje, tak terasa nak makan nasi terus. bagi dessert dulu. sebenarnya aku sampai sekarang keliru, ape beza agar-agar dan puding? hahaha. masalah betol la. ok-ok. jom kite tengok resipi ye.

Bahan-bahan :

serbuk agar-agar / agar-agar tali
susu cair
gula
serbuk coklat *
milo *

* campur, larutkan dalam air sikit.




aku guna serbuk agar-agar. kredit to incik gugel. aku tak reti sukat agar-agar yang bentuk tali tu. haha

Cara-cara :

isikan 4 gelas air dalam periuk. aku tak ikut sukatan kat pek agar-agar. nanti lembik sangat. pastu masukkan serbuk agar-agar. kacau dulu bagi rata. dah rata, letak atas dapur. panaskan dengan api yang perlahan. selalu kacau. nanti jadi tak rata kalau biarkan. dah tengok berwap sikit, letak gula. aku letak dalam 6 sudu. sebab tak suka manis. ikut korang nak letak banyak mane. boleh rase. pastu kacau sampai larut. dah larut masukkan susu cair setengah tin. kacau dalam 5 minit pastu masukkan milo dan coklat yang dah dilarutkan dalam air tu. sukatan ikut korang. nak rase coklat lebih, letak coklat banyak. kacau lagi 5 minit, tutup api then tuang dalam loyang. dah tuang tu, kacau le dulu gune sudu tak nak bagi mendap. kacau dalam 2 minit ke. bagi hilang wap tu. biarkan kejap pastu masukkan dalam peti. dah boleh makan !

aku sarankan yang 4 gelas air tu guna air masak.  :)


ni hasilnya. yang dah potong lupe ambik gambar. kikiki :)



09/02/2014

. Pau Kukus yang Gebu

.Assalamualaikum.


konon nak kuar tengahari tadi. konon la. tapi cuaca mak aih. panas bahang kau. nak bukak langsir pon aku tak sanggup. sampaikan aku tanye laki aku, terbakar tak baju yang aku jemur kat luar tu? laki aku ingat aku mengigau. kikiki.jadinya tangguh petang sket. sampai sikarang le aku laki bini tak lunch laginye. idok le laponye. dahaganya bergelas minum air. sob sob sob.

mane tak lapar, breakfast pun kul 10 pagi. tunggu suami celik mata dulu. haish. weols breakfast pau kukus je. semalam gigih pergi beli kat giant putra heights. favourite pau aku. pau kacanggggg ! ni aku nak suggest kat korang, dalam banyak-banyak brand pau aku suke jenis kart's ni. bagi aku harga biasa je. aku kalau makanan tak berapa nak berkira sangat kalau sedap. kalau sedap hokkey. haha

pau dia aku boleh cakap two thumbs up ! super sedapppp. gebus,mulus,lembut. bile makan tu, even dah sejuk pon sedap lagi. inti meleleh. sedap. habis 6 biji aku laki bini makan. pekena pulak teh o panas. memang power la. sodapppp !!


haaa. ni la pau yang aku beli tu.


nasib baik sempat snap before suami bangun. kalau tak die terus bedal.hahaha !

selamat membeli ^___^



08/02/2014

. Beg GORGEUS & MURAH !!


.Assalamualaikum.

Korang pesen suka bergaya dengan beg. pantang nampak cantik, mesti hati meronta-ronta nak beli. tapi bile belek tag harga, pengsan !! tak mampu kau ! terus patah hati kecewa menitis air segala air -.-

sekarang tak lagi ! semua tu boleh setel. korang nak beg pesen camne? tali kontot? tali panjang? tali kelepet? kain kanvas? leather? semua adeee di FAU.LIYA STORES COLLECTION

harga? tak payah bimbang. boleh nego lagi maa. korang usha je dulu beg mane yang korang berkenan kat album tu. pastu PM laju-laju kat owner page. eh,sape owner page? my hubby lee. hahaha ! korang beli banyak, harga pon banyakkkk murahhh. boleh la pakat ngan kawan-kawan. meh-meh pakat usha.



klik je gambar. terus direct ke link page :)


06/02/2014

. Puchong Blackout

.Assalamualaikum.

Update blog via tab. Canggih beno haaa. Ni taktau nak buat ape.lepak ngan suami sambil pandang lampu. Bile la nak menyala. 1 Kenanga Apartment blackout. Adeh la. Terbantut nak tengok Ariana Rose. Haha.

. Resipi Ayam Goreng Berempah Simple


.Assalamualaikum.

cantik tak blog yana? hehe. thanks alieff sebab design template ni ikut yang yana nak. simple tapi very very nice ! tak serabut mata memandang. sejukkk je. hehe. boleh tempah ngan ALIEFF.

setelah beberapa hati tak update blog. busy sikit. CNY hari tu banyak sangat jemputan kenduri kendara haa. pastu mak abah datang umah baru. bawakla jenjalan. hari ni baru sempat bukak blog nak update. hari ni aku nak kongsi resipi ayam goreng berempah yang palingggg senang ! tak payah pakai ketumbar semua. ni resipi mak.




Bahan-Bahan :

Cili kering **
Serai **
Halia **
Bawang Merah **
Bawang putih **
 serbuk kunyit
garam
ajinomoto

Cara- Cara :

bahan yang bertanda ** kisar dalam blender. letak air sikit je tau. kuantiti bahan tu ikut korang k. memasak itu kreatif. hehe. pas siap blender, campur sebati ngan garam, serbuk kunyit dan ajinomot. pastu gaul la kat ayam. perap dalam setengah jam. lagi lame lagi sedap.

selamat mencuba   ^___^



 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork