RUMAH RESEPI 30 HARI TIPS DIARI MAMA

16/05/2014

. SELAMAT HARI GURU !


.Assalamualaikum.

Selamat hari guru,cikgu,sir,teacher dan apa saje panggilan untuk mereka. secara umum, SELAMAT HARI PENDIDIK !!

mesti cikgu cikgi semua banyak dapat hadiahkan? seronok haa. heee. 

teringat pulak masa aku jadi cikgu dulu. yup. cikgu. aku pernah buat part time mengajar tusyen dan pernah jadi guru ganti. seronok ! sangat seronok bile sebelum masuk mengajar tu kite niat kerana Allah. dan ilmu yang kite ajar tu kan sampai kat student.




ZAMAN BELAJAR


dulu-dulu aku tak berapa suka warden. garang kot. haha. iyela, aku ni kepala masuk air. jadinya memang tak kalau warden aku anti sikit. buat salah sikit kena marah. kena denda la. pastu marah depan kawan-kawan. sape tak bengang kan. haha. tapi tu dulu. bile dah habis belajar, diorang aku rindu. yela, diorang tegas sebab nak memanusiakan kita,mendisiplinkan kite. dulu aku selalu set dalam otak, ala, senang je jadi cikgu ni, mengajar je. masuk kelas, pok pet pok pet kat depan, habis waktu keluar. pastu bile banyak homework marah-marah cikgu cakap cikgu ajar satu subjek je, kite ni belajar banyak subjek, result teruk ken marah. ni aku marah dalam hati je la. dalam exam, suka hati je main taram jawapan sebab malas belajar. tak fikir langsung perasaan cikgu masa tu. haha. subjek sejarah aku paling tak suka sebab kena membaca. mesti tertido time kelas. aku suke kira-kira.

ZAMAN JADI CIKGU

haaa. aku start ajar tusyen personal masa cuti sem masa duk umah lama kat paka,terengganu dulu. start ajar anak jiran aku dulu. mase tu tak rasa ape. pastu aku mengajar tusyen kat pusat bahasa pelangi,johor. sebab dalam 1 kelas ada dalam 5 orang je, jadinya feeling cikgu tu masih rasa ringan lagi. rasa enjoy lagi. tak rasa sebenar-benar perasaan seorang cikgu. dan ye la, yang datang tempat tusyen semua yang betol-betol nak belajar. mak bapak bayar mahal. jadinya, senang diajar. dengar kata.


ni student sekarang darjah 5 mase aku mengajar kat pusat tusyen dulu. yang lain aku tak sempat amik gambar.


pastu habis belajar aku balik terengganu. aku mohon jadi guru ganti. dan aku dapat kena mengajar kat Sek.Men. Tengku Ampuan Intan (SMKTAI). mase PPD kol aku tak ready lagi weh. dengan demamnya. pastu jarak dari rumah setengah jam. kete yang ada mase tu Avanza je. memang tak ah abah bagi drive. first day kat sekolah rasa nak nanges je. rasa nak quit terus. haha. mengajar kat sekolah tak sama mengajar kat pusat tusyen. kat sekolah ada macam-macam ragam pelajar. terus aku fikir, kalau macam nilah apa yang cikgu-cikgu aku lalui dulu, menyesal aku nakal masa sekolah dulu. haha.

korang bayangkan, tengah aku duk belek buku kat meja guru pastu dapat note kena ajar sains Form 2. ko ghase? gelabah mak nyah aku. haha. kelas kul 8, kul 7.45 dapat notis.blerghhh. redhoooo je lah. masuk kelas, suruh diorang buat peta minda by group. jalan mudah haa. haha. seminggu awal tu memang payah jugak. pastu lelama aku jadi enjoy mengajar. sebab niat kerana Allah. aku stay kat asrama. takdelah kena ulang alik dari rumah.


ni mase koir hari guru tahun lepas & last day aku mengajar.


KENANGAN MENGAJAR

selama mengajar tu, aku ada 2 moments yang memang aku takkan pernah lupa. yang aku kan kenang sampai bile-bile. moments paling seronok aku pernah jadi seorang cikgu.

nak dijadikan cerita, guru yang aku ganti tu, die penasihat kelab robotik. pastu diorang hantar student untuk pertandingan robotik. so, aku kenalah ganti cikgu azma. dengan ilmu pasal robotik zero, gigih aku tanye kengkawan U aku, azrai & mat. haha. tapi tu kejap je aku lost sampailah ada kawan aku yang 1 u, 1 fakulti yang memang terer bab robot ni jadi guru ganti gak. cikgu safuan naim. romeo student perempuan. haha. selain kitoranga ade lagi sorang cikgu ganti, kak bayah aku panggil. UTM jugak. 1 course ngan safuan tapi die senior satu tahun atas kitorang. haa,hambek kau, budak UTM pegang SMKTAI. haha ! masa join diorang buat robotik ni lah aku jadi seronok. student nampak je nakal, tapi diorang pandai ambik hati cikgu. sampai sekarang still contact aku. mane taknye, cuti pon aku lepak tengok diorang buat robot. haha.


landasan robot.


kak bayah :)


ni antara student robotik yang datang masa kenduri aku tahun lepas. yang baju merah berdiri tu cikgu safuan ye. haha

kenangan kedua, kenangan buat soalan exam. fuhhhh. dedulu masa student ingat senang je. kopipes je dari internet. rupenye tak semudah yang disangka. haish. aku incharge buat soalan matematik tingkatan 2. memang mudahla kopipes soalan. tapi kena tengok gak soalan tu berapa markah. nak cukupkan markah total semua tu. pastu kena buat skema untuk pemarkahan lagi. tak tido malam aku ! korang bayangkanlah ek, math kertas 1. aku taktau yang tu aku kena buat jugak. exam 19hb 5. 18/5 aku bertunang. 17/5 tu hari jumaat. aku dapat tau petang 15/5. pulun habis aku buat keje. jadinye masa hari guru tu aku duk kat bilik komputer je siapkan soalan math.nasib baik ada kak imah ngan kak bayah yang tolong. mak aku datang ambik petang tu pon aku suruh tunggu sekejap sebab nak siapkan. jumaat tu pagi duk sibuk rewang untuk majlis. malam lewat gile aku tido sebab nak siapkan skema. sabtu majlis tunang. habis je majlis zasss aku balik asrama. semput aku mase tu. haha.pengalaman berharga tuh !

.........................................................

selepas lalui pengalaman jadi cikgu ni, baru aku tau betapa besarnya pengorbanan cikgu ni. bukan setakat mengajar je, mendidik pon ye. korang student buat hal, mak bapak tak marah korang, tapi cikgu yang diorang cari, yang diorang marah. bagi cikgu-cikgu, diorang tak perlu hadiah mahal-mahal dari korang. kalau setakat hari guru bagi hadiah tapi hari lain korang sakitkan hati diorang, tak guna ok? kalau korang tak minat belajar pon, respect cikgu korang. dalam kelas, buat-buat minat. cikgu ni gembira kalau tengok student diorang tumpukan perhatian, rajin bertanya, buat homework dengan usaha sendiri even banyak salah. sebab kat situ diorang nampak effort korang nak belajar & minat korang pada pelajaran tuh.

macam aku masa mengajar dulu. haa, budak kelas 4IBY tau le camne aku mengajar. kelas paling seronok aku masuk even diorang kepala masuk air. haha ! jenis aku, lantakla korang nak duk camne dalam kelas asalkan korang buat keje yang aku kasik. diorang dalam kelas memang duk bersepah. haish. macam cikgu takde, camne korang duk lepak borak-borak? haa, camtulah. aku tak kisah. yang penting apa aku ajar diorang faham, tak faham tanye !. aku masuk kelas diorang, buku modul dah terbentang atas meja. aku ajar sikit pastu diorang buat latihan. mulut laju borak je diorang ni. tapi aku tak marah sebab diorang buat keje. tak meniru. diorang bincang. tak faham diorang tanye. itu yang aku suka.

untuk guru-guru kat luar sane, ikhlaskan diri kerana Allah ketika mengajar. insyaAllah ilmu yang korang sampaikan kan diberkati sampai bile-bile. mengajarlah dengan penuh kasih sayang. tak perlu garang-garang. jangan samakan zaman kite dulu dengan zaman diorang sekarang. TAK SAMA. zaman dah berubah. cara mengajar pon kena berubah. mengajar dengan kasih sayang. sabar. soon, student tu kan nampak effort korang.

...........................................

so, di kesempatan ni, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua guru yang pernah dah tak pernah mengajar aku sepanjang aku belajar di, Tadika KEMAS Ketengah Jaya, Sek. Keb. Ketengah Jaya (SKKJ), Sek.Men.Keb.Ketengah jaya (SEJAYA), Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT), MRSM YT BESUT, MRSM Kuala Lipis, MRSM Kuala Terengganu, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan UTM Skudai. tak lupa buat kengkawan yang dah selamat bergelar cikgu, shakirah,nisha,tehah,imah,siti,amir asyraf,Mc.Ye,Mc.T dan yang semua yang rajin update life diorang jadi cikgu kat laman sosial. untuk bakal cikgu terutama BFF aku, haezah, selamat hari guru lalink ! juga pada ayah su dan kak ngah Ha. selamat hari guru :) jasamu dikenang....



15/05/2014

. Suami & Isteri


.Assalamualaikum.

dah banyak kali aku cakap nak update entri pasal life pas kawen kan? sampai ke sudah tak update. haha. kali ni aku update life pas kawen. tapi korang janganlah pertikaikan pulak. lain orang lain apa yang dia lalui. anggap macam korang baca novel. yang elok korang ambik. yang korang rasa tak setuju, korang buat cara korang. sebelum tu jemput jamu mata korang ngan gambar kitorang sekeping. haha. masa ni aku kurus lagi. sekarang aku dah gumukssss T__T




KEHIDUPAN RUMAHTANGGA

korang jangan expect semua manis-manis belaka. bile dah kawen life korang pusing 360 darjah terutama yang bergelar isteri. belom lagi bergelar ibu. yang tu aku tak nak cite la. sebab tak de pengalaman lagi. korang jangan ingat bile dah sah, korang kan sentiasa gelak senyum tak de ape-ape cabaran langsung. tipu semua tu. sebelum kawen dugaan lain, dah kawen dugaan lain. yang best bile dah kawen, dugaan tu kita hadapi dengan kekasih halal kite. bile kite down ade yang kan pujuk peluk cium bagi support kat kita. korang yang bujang jangan jadi desperate lak. aku tak de la suruh kawen cepat sampai korang sedih umur dah tua pon tak kawen lagi. persiapkan diri dulu. sampai masa Allah bagi la jodoh korang.

pada yang takut nak kawen sebab takut gaduh nanti, korang jangan camtu. dah kawen kalau tak gaduh memang tak normal. mesti kan ada selisih sikit. pengerat kasih sayang katakau. dah kawen jangan simpan dalam hati. kalau ada yang tak kena kongsi dengan pasangan. yang best bile dah kawen kalau gaduh mesti tak sampai sejam la. paling lama pon setengah jam. haha. duduk serumah, g mane-mane bertemu jugak. buat ape gaduh lame-lame kan. haha. orang cakap gaduh manja gittewww !

bile korang dah kawen, tolak ansur sangat-sangatlah penting. kalau dua-dua keras kepala memang tunggang terbalik la rumahtangga korang. nak rumahtangga aman, Allah jangan lupa. korang tak perlu cari suami yang pak lebai untuk bimbing korang. cukup yang tak pernah tinggal solat fardhu. tu pengalaman aku. pojie, bukan budak surau. dulu aku risau gak boleh ke die bimbing aku. tapi abah cakap, die solat 5 waktu, die boleh bimbing aku. Alhamdulillah, lepas kawen, die totally berubah. ada masa die mengaji quran, die imamkan aku. sebab dah kawen, die tau tanggungjawab die.


SUAMI

nasibla korang kalau dapat bini keras kepala plus garang macam lion dan mulut macam bertih jagung bile berleter. haha. tapi tu yang buat korang rindu bile korang kena outstation ke. tak caya boleh tanye laki aku. hahaha ! korang kena banyak mengalah kalau pesen lagu nih. ni petua mak abah aku kasi. kalau bini pesen kepala batu, jangan lawan. diam je. kasi die habis bebel. die penat die senyap la. nanti last-last cari suami gak. haha. korang jangan risau. yang pesen gini takkan lokek nak mintak maaf ngan suami, dan lame-lame diorang kan jadi lembut gak. tu aku akui la. betol ape mak abah aku cakap. haha.

ISTERI

korang jangan expect dah kawen suami korang perfect 100% !! dah kawen, korang kan jadi makin pusing. haha ! sebab korang kan kenal perangai yang korang tak pernah tau sebelum korang kawen. same gak ngan suami. anggap ni proses kenal kenalan ye. lelaki ni suka dimanjakan. kalau boleh semua nak bini buat. korang buat je. kalau korang pandai ambik hati die, jangan terkejut one day nanti korang dapat suprise macam rantai habib jewel ke. kaching ! one more, lelaki ni perangai die suke yang cantik-cantik dan lawa-lawa. jangan nak nafikan ye kaum lelaki. pak lebai pon tengok perempuan dahi licin boleh menjejes air liur haa. so, jadi isteri yang sentiasa kat dapur bukan alasan untuk korang selekeh. tips dari aku ye. kalau korang fulltime housewife la. laki korang g keje, korang pakaila ikut korang selesa. berkemban kain batik ke. tapi bile die dah balik keje, pakai lawa2. legging ngan baby T ke. skirt ke. ape-ape je lah. dan wangi ! die balik penat-penat bini bau kambing. hilang mood die haa. ini tak, kat umah selekeh, nak kuar kemain melawo. salah tu. patut korang over melawo depan suami. nak keluar biasa-biasa je. asal kemas dan jaga imej suami. 

LAYANAN

ni bukan pasal hal bilik tidur ke apa. itu korang boleh fikir sendiri la. ni pasal layanan lain. kebajikan suami isteri maksud aku. pada suami. memang awal kawen tu payah sikit. duit banyak guna untuk majlis dan rumah korang kan. jadi kewangan tak berapa stabil la kan. janganlah pula korang abaikan bini korang yang sanggup tahan pedih kena minyak panas kat dapur tu. sekali sekala bawak dia makan kat luar if korang tak mampu nak bawak die shopping or holiday jauh-jauh. tak pon paling koman, g lepak kat pantai ke. macam aku, senang je, laki aku bawak lepak kat jambatan putrajaya ngan bile pojie tak keje die ambik turn masak haa. haha ! tu pon dah buat bini korang gembira. kasih sayang bukan dengan duit, tapi dengan kegembiraan yang korang bagi untuk dia. paham?

pada isteri pula. faham keadaan suami korang. jangan desak sangat dia bagi duit kat korang. jangan risau. percaya pada rezeki Allah dan perancangan Dia. pastu bile gaduh korang jangan abaikan keperluan suami. gaduh-gaduh jugak. makan pakai suami sila jaga ye. baju kerja die, gosok. basuh bile kotor. dia balik keje, sediakan makan minum. jemput-jemput tak pe dah. teman die makan. iyelah, masa makan tu je korang kan betul-betul bagi perhatian antara satu sama lain. kalau time tengok TV, tumpu kat cerita lah, main enpon la. time makan time yang paling bagus nak berkasih sayang. ecewahh! sekali sekala, tanya suami rasa nak makan apa hari ni, masakkan untuk dia. lagilah suami rasa dihargai, masa tu apa korang mintak mesti dapat punye. kikiki.


DOA

yup, kat atas tu semua antara usaha untuk mendamaikan rumahtangga kita. dalam pada kite berusaha, jangan lupa pada yang Maha Esa. doa,doa dan terus doa. pastu doa tu janganlah doa mintak jodoh panjang ke ape. nope. tukar doa korang tu. tukar jadi mintak Allah lindung rumahtangga korang dari anasir jahat, jangan pesongkan hati korang suami isteri, dan mintak Allah permudahkan perjalanan kehidupan korang sebagai suami isteri. sedekah jangan lupa. ringankan tangan bersedekah pada mereka yang memerlukan. tak perlu persoalkan peminta sedekah tu tipu ke sindiket ke ape. bagi je. diorang tipu ke tak tu urusan diorang dengan Allah. ingat pada balasan-Nya. niat dalam hati tu sedekah. berganda pahala korang laki bini. rezeki bukan dalam bentuk duit je, kesihatan, kebahagiaan tu pon rezeki. faham?

.....................................................


ok la, takat ni je aku taip. ni pon berapa kali berenti taip. kepala pening sangat. doakan yang terbaik untuk kami laki bini ye. pesan aku, hargai satu sama lain. setkan dalam otak korang, kalau pasangan korang nak yang lebih baik dari korang, berlambak lagi kat luar sana die boleh petik. tapi die tetap pilih korang sebab die bukan mencari kesempurnaan. tapi die cari orang yang boleh jadikan hidup die sempurna dan menutup segala kekurangan die :)


13/05/2014

. Untuk Bakal Pengantin


.Assalamualaikum.

hari ni rasa nak update incik belog pula. rindu nak menaip katekaw! haa

minggu ni saje lebih dari 10 jemputan kawen dari kawan sekolah sampailah kawan kat U aku dapat haa. dan yang paling istimewa, BFF merangkap soulmate aku since form 2 pon nak kawen lagi 2 minggu. happy for you, lalink ! cant wait ! hee

disebabkan banyak sangat jemputan kan, diri ni yang merangkap pengantin lame, lagi seminggu genapla 5 bulan jadi isteri pojie, nak kongsilah sikit tips,pandangan, pengalaman & pendapat untuk bakal-bakal pengantin kite ni haa. jangan eksaited sangat nak kawen tapi hidup berumahtangga tu tak fikir langsung. sebelum tu layan dulu 2 keping gambar time aku nikah. rindu saat tu !





ini aku selalu la kongsi dengan kawan-kawan, adik-adik junior yang tanye pasal kawen-kawen ni haa. pasal ape perasaan lepas kawen. camna hidup lepas jadi isteri orang ni. dan yang berkaitan la.

seriously, once korang sah jadi isteri, korang punye life 360 darjah bertukar ok. tapi, yang tu nanti aku cite. sebab entri ni untuk bakal pengantin. jadi kire persediaan menuju alam rumahtangga la kan. kite mulakan persediaan untuk majlis perkahwinan dulu. ni amaran, korang nak terima ke tak tu hak korang. ni pandangan dan apa yang aku lalui saje. so, jangan nak maki ke ape. lain orang lain ape yang die lalui.

MAJLIS PERKAHWINAN

aku tau, ramai bakal pengantin kat luar sana impikan macam-macam tema dan konsep untuk hari bahagia korang. ada yang nak ada joget lambak, karaoke, malam berinai, naik kereta kuda dan macam-macam la. tema pula nak garden la, princess la.kire yang grand la. biasa yang nak macam ni orang perempuan la. haa. jangan nak tipu. aku pon camni jugak. haha. yang laki dah pening kepala. mana nak cekau duit nak gembirakan hati pasangan, pastu fikirkan family pasangan lagi. haish. aku tak nafikan ada sesetengah parent tu nak meriah-meriah majlis. yang kesian bakal pengantin lelaki la. duit hantaran sampai 20k. mak aih.

bagi aku la. kalau ko mampu, go on. lantakla nak buat grand macam cik ta pon. kalau yang tak mampu, please. jangan desak pasangan korang. kalau mak bapak korang nak jugak, slow talk ngan diorang. sebab aku tahu, kebanyakannya orang kite ni kalau nak kawen majlis pengantin lelaki yang bagi duit. itu yang kesian. korang kena fikir kehidupan lepas kawen. majlis tu sehari je. sehari je weh. tak berbaloi buat habis beratus ribu tapi esok esoknye sakit kepala duk fikir nak cari duit yang dah habis. sederhana sudah. mak ayah pon cuba open-minded. kalau desak pengantin laki tu buatnya lepas kawen dia balas dendam dera anak korang camne?

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat mak abah aku sangat faham aku. siap bagi nasihat tak payah buat grand-grand. buat majlis kesyukuran je. terima kasih,mak abah.

ALAM RUMAHTANGGA

tolak-ansur. tu penting. mula-mula kawen, memang susah. tambah-tambah nak pindah duk umah sendiri, barang rumah. banyak pakai duit. memang awalnya kurang stabil kewangan. beli yang perlu je. peti ais, dapur,mesin basuh. tu beli dulu. TV sofa semua kemudian. katil tu ikut korang la. beli dulu takpe. saiz queen dah ok sebenarnya. pastu janganlah paksa suami korang bagi duit bulanan walaupun die kena bagi.kena tengok kewangan dia jugak. barang dapur suami beli,makan pakai korang die tanggung. tu dah kire ok bagi aku. insyaAllah, lepas 5 bulan semua kan stabil. korang kena ingat nikah ni bermakna dua hati,dua jiwa menjadi satu. jadi korang jangan ikut kepala sendiri sangat. fikirkan pasangan juga. bincang elok-elok. walaupun kadang-kadang aku ni garang macam lion bak kata pojie, haha. tapi bile aku dah tenang aku kan fikir elok-elok. kengkadang tu, aku desak die nak beli tu beli ni.tapi bile die bawak g tempat yang ada jual benda tu aku tak nak beli pula. sebab tu dia layan je. dia tau aku ni ngengada je ngan dia. haha. pesen nak perhatian lebih cenggini le :p

...............................

tu je aku nak kongsi ngan korang. ingat, apa-apa pon berbincang, slow talk. tak kira la ngan mak ayah ke, ngan pasangan ke. bincang. tu bagus.

aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat BFF aku jugak yang sorang ni, AFEE ALI, dan suami. sebab kagum dengan life diorang la, aku boleh berfikir camni. buat aku terfikir, aku tak perlukan kemewahan. cukupla kesederhanaan. pojie pon selalu cakap, die suka tengok life afi & zaki. sederhana sangat. :)


 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork