RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

20/12/2015

. Anakku SUFI LAILATUL QADR

.Assalamualaikum.
Dah 3 bulan aku tak update blog. terlampau banyak yang aku nak cerita dan kongsi dengan korang. yang kisah pregnant aku pon belum habis lagi. dah ada dalam draft sebenarnya. tapi tak habis taip lagi. ni ada kisah baru pula.

Alhamdulillah.

aku selamat melahirkan bayi lelaki pada 16/9/2015 jam 3.52 petang secara pembedahan atau orang panggil czer. Hari Malaysia tau. pandai anak aku pilih. kalau ikut plan aku sepatutnya czer 26/9/2015 masa 34 minggu. tapi budak kecik ni nak keluar awal. keluar la si comel ni masa 32 minggu 4 hari dengan berat 1.5kg. kecik cinonet je.


SUFI LAILATUL QADR BIN KHAIRUL FAUZI.


nama terindah untuk anugerah istimewa mama & papa. anak yang sangat kuat sejak dalam kandungan lagi. bukan mama & papa je cakap sufi kuat. doktor ngan nurse pon cakap sufi kuatttt sangat. mama papa bersyukur sangat dengan hadirnya sufi dalam hidup mama. Allah uji mama & papa dengan kekurangan fizikal sufi. tangan kiri sufi tak sempurna. tapi mama & papa yakin Allah sediakan sesuatu yang indah untuk kita,sayang.

sehingga sekarang, pergi mana-mana bila orang tanya kenapa tangan sufi, mama & papa jawab sebab sufi membesar tanpa air ketuban dari 14 minggu sehingga sufi lahir. 3 bulan lebih, sayang. semua terkejut. ye. setiap kali pergi appointment atau check up nurse ngan doktor walau orang yang sama mesti cakap, kuat betul budak ni, saya tertanya-tanya juga macam mana dia boleh survive tanpa air ketuban dalam masa yang agak lama. bukan doktor ngan nurse je tertanya-tanya sufi oiiii, mama papa pon sama. tapi mama hanya senyum dan jawab, kuasa Allah.

ye, kuasa Allah tak ada sape boleh lawan. lepas je keluar dari perut mama, sufi terus masuk NICU. ventilated selama 18 hours. masa mama pertama kali tengok sufi, sufi pakai yang tutup hidung penuh tu untuk bantuan pernafasan. esoknye mama tengok sufi pakai yang masuk dalam hidung tu je. tapi pandai ye sufi. pergi tarik pulak tiub tuh.kelam kabut mama. haha. esoknye sufi dah tak pakai pape dah kat hidung. hari ke 4 anak mama dah tak pakai bantuan untuk bernafas. senyum bangga mama bila nurse puji.

bila mama tanya doktor, bila sufi boleh discaj dari NICU? doktor cakap paling awal 2 bulan. okay. mama senyum je. mama yakin anak mama boleh keluar lagi awal. sebab mama selalu baca, kalau nak anak kuat, ibu kena kuat dan sentiasa positif. setiap hari mama jenguk sufi. mama borak ngan sufi. pegang tangan sufi. usap kepala sufi. mama mintak sufi kuat. mama dah tunggu lama sangat nak main ngan sufi, nak jaga sufi. setiap kali pump susu untuk sufi, mama mohon pada Allah, moga sufi sentiasa sihat dan dilindungi. kat incubator sufi mama tuliskan nama sufi supaya nurse panggil nama sufi. 

setiap kali datang jenguk sufi mesti mama tanya keadaan sufi kat nurse.nurse cakap anak mama ni aktif dan sangatla lasak. water drip tu asyik berubah je sebab sufi banyak gerak. last-last doktor ikat kaki kiri sufi sebab doktor tak sanggup nak cucuk dah tukat tempat water drip tuh. tapi tu lah. dah namanya lasak. terlepas jugak ikatan tuh. haha. last2 doktor decide stop water drip, bagi susu penuh.masa tu belum 2 minggu pon lagi. Alhamdulillah sufi boleh terima susu sepenuhnya. sekali lagi mama bangga dengan anak mama. terima kasih, Allah. hampir semua nurse kat NICU tu kenal mama & papa. bila kitorang masuk je mesti nurse cakap, haaa mama sufi dah sampai. hihi. yela, sufi lambat sikit je dapat susu nangis kemain kuat. duk dalam incubator, kat luar boleh dengar. T__T

perkembangan sufi setiap hari sangat bagus. Alhamdulillah. hari ke-24 sufi dah masuk nursery. dah keluar NICU. haaa, masa ni mama dah macam zombi. haha. nasib la mama stay kat bilik rakan bayi HTAR,Klang. boleh gak ulang alik. setiap hari, pukul 7.30 pagi je mama naik atas susukan sufi. ye, sufi dah boleh direct feed masa ni. masa yang mama tunggu sejak mama bergelar mama. setiap 2 jam sekali mama naik nursery kat tingkat 6. malam je la mama tak naik kalau papa tak datang. masa ni sufi dalam incubator lagi. hari ke 28 tak silap mama, sufi turun masuk baby cot. hari ke-31 mama room in ngan sufi. haaa, tak tido malam mama masa tu. first time jaga sufi 24 jam. excited pon ye jugak. haha. papa lagi la suka. boleh dukung peluk cium sufi. berat sufi naik sampaila 1.86 kg. hari ke 38. sufi boleh discaj. yeayyy !! eksaited nenek ngan atok awak sayang. nenek siap tukar cadar ngan langsir baru. kemas siap barang sufi. maktok ngan tok abah siap apply cuti datang jenguk sufi. 
hari ke hari sufi membesar dengan jayanya. sewaktu awal kelahiran doktor siap cakap lagi tangan kiri sufi terkulai, tak boleh bergerak. tapi Allah Maha Besar. masa papa datang tengok sufi, elokkk je sufi angkat tangan. kalau dulu ketara sangat tangan sufi tak sama panjang & saiz. sekarang dah tak nampak. setiap hari mama & nenek urut lembut tangan sufi. doktor cakap pergelangan tangan sufi takde tulang. tapi doktor terkejut otot tangan sufi kuat sangat. sufi sufi. sentiasa buat mama papa bangga. panjang akal pon ye.

sufi bintang kecil mama.
terima kasih sayangku.
kehadiran sufi buat mama papa bahagia sangat.
buat mama papa lebih dekat dengan Allah.
walau sufi Allah bagi lambat pada mama papa,
tapi mama papa bersyukur sangat sebab Allah bagi kami tempoh untuk belajar besabar dan belajar untuk redha.
kelahiran sufi memberi jawapan pada mama & papa kenapa Allah hold setahun lebih baru dapat rezeki anak.
terima kasih sufi.
mama & papa sayang sufi. 
semoga sufi membesar menjadi anak yang soleh.



sufi di NICU. sampai sekarang sufi kena pakai splint. kaki sufi tu kat tapak. tak rata sangat. tapi makin ok dah. tangan pon sama :)
kecik cinonet je. pampers yang paling kecik dah tu.haha



ni hari first sufi duk baby cot. bungkus sufiiiii. hehe



nampak tak tangan sufi tu? dalam gambar ni dah makin ok. sufi memang camni. tido lasak. tak suka dibedung. lama sangat dalam incubator. kalau bedung ade je. 5 minit dah keluar tangan. nak leh ke bedung bersilat ngan mama. tu tak kira buat2 tercekik masa nak dibedung. sabo je la.



sufi sekarang !!! dah bambam. 21/12 ni timbang. hehe


doakan sufi membesar dengan sihat ye :)

oh ye, kebiasaan baby pramatang akan ada masalah jantung berlubang. dan lubang tu boleh tertutup sendiri. cuma take time. sufi pon tak terlepas. masa lahir 9mm. last check 25/11 dah 5mm. 10/2 ni ada appointment dengan pakar jantung. doakan sufi cepat sembuh tau ! :)



 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork