RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

29/02/2012

. Wordless Wednesday | FRENZ 4 EVA |


SAHABAT SEJATI TIDAK MEMIKIRKAN APE YANG DIE TERIMA.
TAPI...
MEMIKIRKAN APE YANG DIE BERIKAN..




28/02/2012

. Team Bola yang HEBAT :)


readers !

sape kat sini peminat bola sepak tempatan? sile angakt kaki. ok, include me ! hehe

serius memang aku minat bola sepak tempatan. bagi aku, bola menyatukan semua bangsa ! ok, aku cume nak promote team bola mr.hubby aku. bagi aku, team diorang memang ade peluang yang cerah. tambah-tambah semua muda-muda lagi. aku rase kan, kalau K.Rajagobal sanggup jadi jurulatih diorang, konpem ag mantap dari Harimau Malaya. hehe



so, aku nak la ajak korang pakat sokong team bola yang ade kat Malaysia ni. mane yang pemurah, bolehla jadi penaja diorang ke. hehe. pom pom girl ke. jom pakat like group diorang :)






26/02/2012

. KENAPA LELAKI & PEREMPUAN SUSAH UNTUK DIFAHAMI ?

Assalamualaikum,readers !

aku selalu bace post kat FB & timeline kat TWITTER status ni : " KENAPA PEREMPUAN SUSAH NAK FAHAM LELAKI?" & "KENAPA LELAKI SUSAH NAK FAHAM PEREMPUAN? ". dan baru tadi aku terbaca kat twitter ade yang post memahami sukan lebih baik dari memahami pompuan. haha ! sampai macam tu sekali. adeh. aku pun cube la post kat FB aku. "KENAPA LELAKI SUSAH NAK FAHAM PEREMPUAN?". antara komen-komen yang aku terima, korang boleh tengok dalam gambar kat bawah :






dan aku paling suke komen dari senior aku. yang cakap selamanya isu ni akan diperkatakan. I AGREE WITH HER ! die memberikan aku idea untuk menjawab persoalan aku tuh. kak nad, ni jawapan yana :

hanya dua perkataan yang dapat aku lafazkan saat aku terfikirkan jawapan tu. SUBHANALLAH ! ALLAHUAKBAR! segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam. setiap ciptaan Allah dan aturan Allah itu adalah sebaik-baik kejadian.

cuba korang renungkan. fikirkan andai antara kite lelaki & perempuan sentiasa saling memahami. bagi aku, hidup kan menjadi suram. penggunaan akal pon sentiasa terbatas. kenapa aku cakap camtu ?

lelaki sentiasa mengatakan perempuan susah nak faham mereka apabila perempuan marah mereka merokok, perempuan merajuk, perempuan marah mereka keluar lepak ngan kawan-kawan. dan macam-macam lagi.

perempuan sentiasa mengatakan lelaki susah nak faham mereka apabila lelaki tegur pakaian mereka terover, mekap tebal, keluar malam, bercakap kasar, selalu merajuk, dan macam-macam lagi ape yang korang fikir dan ape yang korang rase la.

tapi, pernah tak korang fikir kenapa diorang tegur? kenapa diorang buat camtu? aku ambik 2 contoh. contoh ni memang berlaku pada aku sendiri. jadikan iktibar ok?

CONTOH 1 :

aku selalu merajuk kat pakwe aku bile die lambat balas mesej, bile jarang mesej, bile die tegur pakaian aku, bile die terlalu sibuk. aku cakap kenapa die tak pernah faham aku? aku cume nak perhatian.

selalu sangat aku cakap camtu kat die. tapi die hanya jawab, penat. lama-lama aku sendiri dapat jawapannya. macam mana aku nak die faham aku kalau aku sendiri tak faham die? die lambat balas mesej sebab die sibuk. die sibuk sebab die kerja. dan die kerja sebab untuk aku jugak. untuk masa depan kami. untuk diri die. untuk keluarga die. kumpul duit nak kawen. die jarang mesej aku sebab die nak jimat kredit. kalau tak jimat,kredit cepat habis. dah habis kena topup lagi. pakai duit der. bukan pasir. kalau asyik duk topup je, bile nk cukup duit nak kawen. kan? one more, nanti jemu la der kalau selalu mesej. dan die tak marah aku nak bergaya. he know that i love fashion damn much ! tapi die tegur bile die rase ape yang aku pakai tu tak sesuai. nampak aurat. nanti kawen, tak memasal die kena tanggung dosa aku isteri die. :(


CONTOH 2 :

ade kawan aku, lelaki. die merokok. bile ade perempuan tegur pasal tak elok merokok, die cakap perempuan tak faham kenapa lelaki merokok. stress la,nikmat la,nak release tension la. pastu rase perempuan tu annoying lak. kepala hotak ko berjambul ! haha. korang tolongla faham ape yang perempuan tu cuba sampaikan dulu sebelum korang cakap kenapa la perempuan ni susah nak faham. first, aku nak cakap, merokok membahayakan & memudaratkan kesihatan diri. bukan diri korang je, tetapi orang lain jugak. korang tau ape hukum sengaja memudaratkan diri? pergi tanye USTAZ AZHAR. kalau tanye aku, sah sah aku jawab HARAM. sebab tu yang aku belajar. korang fikirlah beb,fahamlah. perempuan tu taknak korang sakit. kalau korang tu sakit tak menyusahkan orang takpe. ni menyusahkan orang nak g hantar g hospital, menyusahkan doktor, menyusahkan nurse. ada faham?


KESIMPULAN :

kesimpulannya, sebelum korang cakap orang lain susah nak faham korang, korang faham dulu orang lain. fikirkan kenapa orang tu buat macam tu, cakap camtu. pesan aku, fikir POSITIF. oke? 


. JOM MAIN SUDOKU !

Assalamualaikum,readers !



lame gile tak update blog. ade yang rindu tak? kalau rindu, g post kat group FB cakap rindu HATI QASEH. hehe. gurau jek :P . mood nk update tak de la 2 3 hari nih. huhu. okeh. abaikan. aku ni kalau mukadimah memang fail ! haha

korang tau ape tu SUDOKU? sape pernah main SUDOKU? sile angkat hidung. ngeh3. aku start reti main SUDOKU mase sekolah dulu. mase Form 5 kot. ade kawan ajar. tapi tak addict sangat. sampailah kerajaan bagi baucer buku. haha. aku beli buku sudoku sebuah. 1 hari je dah habis main. bukan aku sorang je tau main. angah,adik ngan abah pon main same. memang seronok. haha. hari tu aku beli ag 2 buah. belum habis ag. yang buku putih tu sangat susah. huhu.

cara main die senang je. dalam 1 kotak besar hanya ade sekali je no 1 sampai 9. same jugak ngan row & column. hanya ade sekali je no 1 sampai 9. faham? kalau tak faham,korang boleh google. jomla pakat start main sudoku nih. serius best ! boleh buat otak korang jadi cergas. takdelah asyik nak tido aje. haha


21/02/2012

. Jangan Pernah Menyesal



Assalamualaikum,semua :)

indahnye petang ni. subhanallah. tengahari tadi panas sangat. hingga rase diri ni tak mampu nak bergerak. tapi Allah itu Maha Penyayang. tak dibiarkan hamba-Nya terus menderita. diturunkan hujan di petang hari. menyejukkan hati yang panas membara. tu pon masih ade lagi yang menafikan hukum Allah. MasyaAllah.

tidak mengatakan diri ini baik mahupun solehah. jauh sekali. aku tidak bertudung labuh. bukan budak surau. bukan juga qariah mahupun hafizah. tapi tak salah kan aku berkongsi ilmu? ade dalam kitab mane-mane ke yang mengatakan kalau nak bagi tazkirah,ilmu agama atau ceramah perlu yang bertudung labuh? yang alim ulama? tak,kan? asalkan ade rase rendah diri pada Allah, ade CINTA pada Allah, sebarkanlah walau satu ayat ke arah kebaikan. kerana yang satu itu akan menjadi banyak.

dunia hari ni makin lame makin dahsyat. kezaliman sane sini. hukum Allah dah macam peraturan pertandingan mewarna. diambil mudah je. nafsu diletakkan di tangga teratas dalam kehidupan. bile ditanya, jawapannya, HIDUP HANYA SEKALI.

HIDUP HANYA SEKALI???

anda pasti,ke? kalau anda fikir camtu, segeralah ubah apa yang anda fikir. kita tak hidup sekali. ingat, ade kehidupan selepas mati ! kite akan dibangkitkan di padang mahsyar nanti. dan itulah kehidupan yang hakiki. derita atau bahagia.

kita seringkali mengeluh bile kite diuji dengan pelbagai dugaan. yang takde duit, sanggup gadaikan maruah diri, mencuri, merompak, rasuah dan banyak lagi. takutnya kamu untuk hidup susah. setiap malam keluar melepak,pergi kelab malam, enjoy sane sini, tapi solat entah ke mana. kamu anggap solat membazir waktu kamu. membantu orang miskin menyusahkan kamu.

ada kamu fikirkan kehidupan kamu apabila dibangkitkan semula? fikirkanlah..syurga atau neraka..nikmat dunia sementara atau nikmat hakiki.....

untuk peringatan semua dan diri sendiri juga. aku terbuka hati untuk menulis semua ni selepas bace buku Aku Terima Nikahnya.. 

" Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu, kerana susah payah itulah bekal bahagia " - ustaz hasrizal





18/02/2012

. Aku terima nikahnya....

assalamualaikum,readers!

menaip dengan keadaan hingus meleleh! haha. pengotor betol yana ni ! hari ni aku kena selsema. wuwu.

okeh. meh nak cite. pagi tadi pas subuh aku tidur balik. bangun pon bile miss BFF, dalilah, kejutkan aku. ajak g berenang kat swimming pool. kul 9. bukan main semangat ag kitorang pergi kolam renang. sekali sampai sane tutup lak. wuwu. under maintainance :(

so, kitorang kol wani suh siap-siap. nak kuar. sebab semalam dah plan nak pergi beli buku guna baucer buku 1 Malaysia. ecelli aku dah guna RM100 mase cuti sem ritu. buat beli buku adik aku yang nak PMR. hee. baik tol aku. kakak contoh ! kitorang pergi BADAN kat Angsana. ramai gile orang. 

aku memang plan nak beli 1 buku ni. buku yang paling laris dijual. bukan LA TAHZAN. buku tu aku dah ade. dapat adiah mase Form 5. hee ~ aku cari kat tempat yang bese die letak buku-buku terlaris. dekat sejam gak aku pusing-pusing kat situ. siap mintak tolong dal. ingatkan dah habis. last-last aku tanye orang yang keje kat situ. cess ! dekat rak upenye. ade 6 buah je mase tu. aku pon terus ambik. hehe. pastu cari barang-barang lain. jom tengok aku beli buku ape :)




ni la yang aku borong tadi. buku solat jamak, solat istikharah, solat tahajjud, doa-doa pelajar, dan tak lupa sebuah novel HLOVATE ! CONTENGAN JALANAN! hehe




dan ni lah buku yang aku tercari-cari tu..
persediaan untuk kawen. lalalla..




17/02/2012

. Lagu nak rujuk ngan Ex- GF / BF / HUSBAND / WIFE



haha. tajuk memang cari nahas ngan incik hubby. tak de niat pon. cume tetibe tersangkut kat lagu ni pas cousin aku suruh dengar. haha. korang try la dengar. mane tau korang boleh nyanyi lagu ni nak pujuk ex korang. kan?

SESAL MENDUA - Klangit



video





Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku





16/02/2012

. Santapan Hati







saat aku menitipkan setiap bait dalam entri ni, airmata aku tak berhenti mengalir. Subhanallah! hebat betul dugaan Allah untuk aku kali ni. seribu penyesalan pun tak guna. takkan kembalikan ape yang hilang tu. kali ni aku betul-betul jatuh. hinggakan aku tak mampu untuk bangun. tak mampu untuk bersuara. dunia seakan gelap. aku hampir hilang arah.

benar kata orang. dugaan mematangkan kita. dugaan itu tanda Allah menyayangi kita. dugaan itu tanda aku masih layak bergelar hamba Allah. masih layak menjadi Islam. masih layak mencium bau syurga. Allah takkan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya tak mampu nak hadapi dugaan itu. dugaan itu penghapus dosa. membuka mata hati aku menilai segala kejahilan aku selama ni.

aku bersyukur. Alhamdulillah. saat aku terkapai-kapai mencari sisa-sisa kekuatan yang hilang, Allah hadirkan insan-insan yang menghulurkan kekuatan untuk aku terus bangun. yang sudi menemani aku melalui liku-liku yang penuh ranjau. yang sentiasa memahami aku. untuk wani & dal, terima kasih sebab sudi datang bilik aku lewat malam semata-mata untuk menjadi tongkat untuk aku berdiri. memberi ayat penenang untuk hati ni. untuk yang tersayang, maafkan qaseh kerana lukakan hati b semalam. terima kasih sebab sentiasa di sisi qaseh tatkala qaseh perlukan b. terima kasih untuk menjadi pendengar yang setia. 

untuk abah, along sayang abah sangat-sangat. terima kasih sebab sudi dengar luahan along. terima kasih sudi pujuk along waktu along call smabil nanges-nanges. terima kasih sebab bagi kata-kata semangat sewaktu along hilang arah dan hampir putus asa. along janji, along kan tebus kesalahan along. along sayang abah..

aku mohon pada kalian semua doakan aku kuat mengharungi dugaan yang hebat ini. doakan aku tabah dah tak putus asa.

wassalam...

05/02/2012

. Untukmu si CARTA HATI

dear hubby,
teringat lak seawal kite kenal dulu. kite kenal pon melalui kengkawan. melalui facebook. ala. macam lagu cinta mukabuku tu :)

pastu sebulan gak kite jadi kawan. last-last saya pilih awak jadi carta hati saya kan, sayang?

untukmu,si carta hati....


Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

mula-mula kite start balas komen. pastu ym. yang kelakar, masing-masing taknak mengaku rindu kan?

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
mase first time kite bertentangan mata,jumpe depan-depan, jantung ni laju je. rase cam tak percaya je kan? mase tu pon hampir clash. yela, dah kapel 4 bulan tapi tak pernah jumpe. hee ~ bile dah jumpe,terus terjatuh hati. jatuh sayang.

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya
macam-macam dugaan datang. kadang-kadang kite hampir putus asa. tapi, Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan untuk kite kan,sayang? api pasti dipadamkan oleh air. alhamdulillah. awak terlalu bertolak ansur. antara kita, sentiasa berusaha untuk selamatkan hubungan ni. hanya kerana satu janji. janji untuk menjadi yang halal antara satu sama lain.

hmmm----
hoo---
lalala----
hmmm---

jangan engkau jangan pergi

jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia

ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

lala---

hooo---
lala---
hmmm--


Alhamdulillah. awak, mak dan abah saye dah bagi green light. dan restu hubungan kita. saya bersyukur sangat. dan saya sentiasa menanti waktu itu. waktu saya dinaikkan pangkat yang paling tinggi bagi seorang wanita. terima kasih sayang...

p/s :

b, entri ni untuk b. khas untuk b. sebab b cakap b suke kalau qaseh buat entri untuk b :)



02/02/2012

. Perampas & Merampas

Assalamualaikum,readers!

hampir hari-hari kite dengar cerita orang tu rampas laki orang ni, orang ni rampas kekasih orang ni. pastu kuar la dalam berita kes bunuh diri sebab suami ade pompuan lain. OMG! mane imanmu,sayang?




yang menjadi orang ketiga, bile ditanye, kenapa rampas orang tu, seronok aje die jawab, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. dah die nak kat aku. kau tak pandai jaga dia. dah perasaan tu timbul,takkan nak halang. ok, jawapan sebegini memang jawapan murahan. bagi aku !

siapa yang sanggup berkongsi kasih? baik pompuan mahupun lelaki. dua-dua taknak,kan? aku paling benci perampas. sebab tu bile aku berkawan dengan mane-mane lelaki yang dah berpunya, aku akan ingatkan die, KAMU SUDAH BERPUNYA. bukan kerana aku takut die jatuh cinta pada aku. TAK! sebab aku nak die tau, aku taknak ade hati yang terluka.

tiada alasan dan jawapan seperti di atas untuk kamu-kamu yang jatuh cinta pada mereka yang dah berpunya. jangan sesekali meruntuhkan kebahagiaan orang lain. letakkan diri kamu pada tempat orang tu. rasakan betapa peritnya bila bahagia itu pergi! jangan jadikan alasan dah orang tu pon suke kamu, kamu pon on je la. nope! kamu perlu sedarkan orang tu. kalau kamu betul-betul sayang orang tu, ingatkan die, nun di sana ade hati yang menyayangi die. jangan jadi PERAMPAS! bagi aku, perampas tu kejam. kejam sangat. 

tolonglah sedar diri..

jangan mencari bahagia atas airmata seseorang tu...



01/02/2012

. Menggapai Cita - Cita

Assalamualaikum,readers !
dan selamat pagi :)

setiap orang ade impian dan cita-cita masing-masing. kan? aku pon same. tapi, dulu cita-cita aku lain. aku nak jadi chemical engineer. sebab aku memang minat kimia. tapi aku pon taktau kenapa aku boleh terjebak ngan bidak elektrik ni. sampaikan ade orang cakap bapak borek anak rintik. mane taknye, bapak aku chargeman. haha. tak. sebenarnye elektrik bukan pilihan aku yang pertama. tapi dah rezeki ke arah tu, ade la hikmahnye kan?




sekarang aku ngah cuti sem. bukak sem ni aku dah semester akhir. kejap je kan? dulu kemain tiap hari call mak sebab stress belajar letrik. tapi korang jangan nak suruh aku wiring. memang litar pintas le! haha. name je dak letrik. tapi memang aku tak reti wiring. setakat calculation, alhamdulillah aku ok. aku memang dari kecik hantu Math. :) sangat suke main ngan nombor. tapi kalau dalam nombor tu ade istilah pelik-pelik memang aku campak tepi katil le buku tu. haha

aku tau, ramai yang cakap, ah, perempuan ! tak payah jadi engineer. jadi cikgu. yela, engineer sinonim ngan laki. tapi tu la. aku terfikir gak. kalau aku jadi cikgu, mau hari-hari ade budak nanges. aku ni garang sangat lorrr.. agpon, aku ni jenis lasak. bak kata syikin, muka je nampak lembut tapi ganas. haha ! memang aku camtu. sampaikan mak aku siap cakap, memang kena betol aku BFF ngan ezah. ezah tu lembut, aku kasar ! haha. tapi, aku tak pandang ape orang cakap. aku ade family. aku ade kawan-kawan. tanpa sokongan mereka, aku takkan mampu berdiri mengadap buku letrik yang memeningkan tu sampai sekarang.

sekarang pon aku dah start survey tempat keje. aku taknak sambung master lagi. aku nak capai cita-cite aku dulu. aku ade perancangan hidup. aku kena laksanakan step by step. kalau tak, t aku mudah jatuh. aku perlukan sokongan korang untuk terus menggapai cita-cita aku. doakan aku berjaya !

p/s : jom share cita-cita korang. tinggalkan kat komen ye !


 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork