RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

28/12/2014

. Our First Anniversary

.Assalamualaikum.


lebih sebulan aku tak update. busy sangat. dulu tak busy duk umah goyang kaki. sekarang aku tolong kawan aku bisnes. korang boleh follow IG TUDUNGRUFFLE. sekarang diorang kat matrade join vendeurfestival. semalam aku tolong jugak jaga booth. hari ni aku tak g sebab tak sihat. demam + flu + batuk. sedih tau? huhu

sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2014. dan tahun 2014 berakhir dengan banyak duka. banjir teruk kat pantai timur. mak aku cakap paling teruk sepanjang dia hidup. huhu. pastu yang latest ada pesawat air asia dari surabaya ke singapore hilang. Allah, banyak sangat dugaan. harap 2015 ni ada sinar untuk kita semua. aminnnn.

minggu lepas, 21/12/2014 genap setahun usia perkahwinan kitorang. macam tak percaya dah setahun aku jadi isteri khairul fauzi saadon nih. haha. setahun ni pon rasa macam kapel je lagi. sampai kengkawan dan orang sekeliling tak percaya kitorang dah setahun kawen. haha. tak nampak macam dah kawen sebenarnya. kikiki. Alhamdulillah, walaupon belum rezeki kami lagi nak ada si kecik, Allah bagi rezeki kot lain. ape dia? haha. biarlah rahsia.. orang-orang yang rapat je nampak dan tahu. tak nak gtau sebab ada mata memerhati. 





aku tak letakkan banyak harapan dalam perkahwinan kitorang sebab aku bukan tuhan boleh tahu apa jadi masa depan. cuma aku pohon moga Allah sentiasa melindungi perkahwinan kitorang, jaga hati aku dan suami. aku nak jadi isteri dia sampai syurga. aminnn.



09/11/2014

.Trip TudungRuffle

.Assalamualaikum.


minggu yang superbusy untuk seorang yana. tapi dapat pengalaman yang seeeroooonoookkkk !! terima kasih suami sayang sebab bagi peluang kat isteri awak yang jelita ni rasa pengalaman gini. eh. haha. apa aku buat sepanjang minggu ni? jengjengjengggg

2 minggu lepas, kawan aku nones aka founder TUDUNGRUFFLE ajak aku pergi uitm segamat. dia ada talk kat sana pastu buka booth. jadi bawak aku ngan amar abang nones untuk jaga booth. tak pernah lagi aku join mane-mane igshop yang buka booth. aku sendiri pon tak pernah buka booth lagi. ni kira betol-betol peluang untuk aku belajar sikit-sikit pasal bisnes ni. plan nak gerak ahad malam dari KL. tapiiii, sebab sabtu & ahad tu nones buka booth kat stadium melawati shah alam, kitorang gerak pepagi lepas subuh. ahad malam tu aku tidur umah sewa nones. dapatla jumpa zaza & mimi! lagilaaaa hepiii. diorang ni anak buah suami aku masa kat utmkl. haha !

esok pepagi g shah alam dulu ambik amar. pastu pecut terus g uitm segamat. fuhhh. laju gile makcik ni bawak. haha. sape yang tak kenal nones mesti cakap dia sombong. tapi dah kenal, haish. keje aku gelak je la. cerita tak pernah habis selagi tak tidur. haha.

sampai je tepat jam 10.30 pagi nones terus masuk dewan. aku ngan amar setup booth. dari awal buka sampai tutup ramai sangat datang beli. student uitm segamat ni semua best-best !!






kitorang gerak balik KL dalam kul 6 petang. nones hantar aku balik rumah dulu. esoknye pepagi sebelum g kerja suami aku hantar g rumah nones. suami kena g kemaman masa tu. aku g umah nones sebab nak tolong nones setelkan postage. korang yang ada beli tudungruffle mohon bawak bersabariah yeee. tension tau dapat wasap marah-marah. order yang kitorang dapat terlampau banyak. kitorang pon kena berenti makan solat berak jugak. sabo yeeee.

aku duk umah nones 2 malam. rindu wehhhh kat shuben. tapi nak buat acane. die kerja. nasib aku busy tolong nones. kalau tak meroyan sengsorang kat umah. haha. hari khamis tu nones bawak aku pergi butik the geroboc. semalam diorang launching. seronokkkk ! dapat jumpa kak maneh yang jual boot pompuan dari Fashionrepublic KL tu. adik annaseaskey. sempat aku grab boot dalam gambar kat bawah tu. kiki. esok tengahari dia nak buat flash sale gile-gile. g follow die kat IG. nasib baik la kitorang berkejar nak g buat facial. kalau tak mau aku g shopping skirt abang kawasan kat ashannas tu. ahhaha !




lepas buat facial, malam tu nones hantar aku balik rumah. hubby kereta rosak takleh ambik. serius ni minggu yang sangat awesome bagi aku. tenkiyuuu nonessss sebab bagi aku peluang rase semua niiii. korangggg, kalau nak beli tudung ruffle, g kat ig diorang : tudungruffle . wassap 0163611612 lelaju. sekali korang beli, mesti nak beli lagi. sebab selesaaa sangatttt !!


01/11/2014

.Short Vacation Part 2

.Assalamualaikum.


hari ni kita sambung bahagian kedua pula. hamboi. macam drama bersiri lak. haha. sape yang tak baca lagi Part 1, klik sini Short Vacation Part 1 . untuk bahagian 2 , kite cerita puan yana jenjalan pada 26 oct ye. kikiki. hari ahad tu aku bangun lambat. tak senonoh betul tidur rumah orang tapi bangun lambat. nak buat camna, pagi tu aku dah bangun tapi satu badan aku lenguh + sakit tak leh bergerak langsung. hubby tolong urutkan last-last aku tertidur. 8.30 pagi gitu baru aku bangun gosok gigi basuh muka breakfast. awal lagi meh nak mandi. haha, kenduri tengahari. mandi awal-awal nanti kena mandi lagi. lepas makan lepak-lepak dulu gosok baju dalam 11.30 pagi baru keluar rumah.

tapi tak terus pergi kenduri. pergi cari coconut shake dulu. bukan kat klebang la. memang tak la nak masuk klebang waktu tu. jammed wehhhh. apa tah nama tempat aku beli tu. sedap jugak. tapi aku tak suka coconut shake letak vanilla. huhu. aku suka yang blend asli. lepas tu pergi kedai RM10. aku tak pasti kat KL ada ke tak. kat Terengganu ada. haha. seronok aku beli 3 helai baju. semua yang dalam kedai tu RM10. lepas tu baru gerak pergi kenduri. macam biasala kalau pergi kenduri buat apa kan. jadi meh layan gambo dua keping.






Tahniah naim & nadia. selamat bercinta sampai syurga :). lepas tu masing-masing gerak ikut haluan masing-masing. Ajak & family balik KL. aku ngan laki aku pergi PD. haha. sebab malam tu aku merajuk pastu tetiba dia janji nak bawak aku g PD kan. beranila nak mungkir janji :p . haha. sampai je kat PD tak terus pergi pantai teluk kemang. sebab panasss. jadi dia bawak aku pergi Muzium Tentera Darat. aku baru tau rupanya PD ni Bandar Tentera Darat. masuk PD dah macam masuk kem askar. haha. setakat tengok askar berkawad macam tengok kereta lalu lalang. ceh. haha.

meh layan gambar-gambar kitorang kat muzium tu. tapi tak habis round. perut aku tak sedappp. nak membuang aku ni cerewet. tandas kotor sikit tak yah paksa memang tak tercapai hajat tu. haha. dengan panasnye. pastu tempat tu lak luas. memang penat. fikir masa tu nak balik nak mandi je. haha






















































dah penat jenjalan dalam muzium, baru gerak pergi pantai. panas lagi. tapi kurang sikit dari awal kitorang sampai tadi tu. mak aih. manusia macam semut. ramai gila orang. nak parking pon payah. nasib baikla ada ruang. So, aku ngan hubby pergi cari air kelapa. lega wehhhh. haha. pas minum jenjalan di pesisir pantai pegang tangan feeling kekasih nan romantik. ecewah. poyo sangat. haha. 




pas jalan-jalan tepi pantai kitorang pon balik puchong. tak sampai sejam pon sebenarnya dari rumah kitorang. tapi kan masa tu jugak ada grand prix tak silap aku kat litar sepang. jadi jalan yang biasa lalu tu jammed tak bergerak. kalau tunggu mau 2 pagi baru sampai rumah. kitorang pusing masuk bandar enstek. haha. maghrib sampai.

minggu ni weekend aku kat rumah je. tak jenjalan kemana-mana sebab laki aku kat kemaman kena kerja. huwaaaa T____T






29/10/2014

.Short Vacation Part 1

.Assalamualaikum.


dekat seminggu jugak aku tak update apa-apa kan? mood ke laut sikit beberapa hari ni. resdung kuat datang. asyik duk bersin je. jadi tak selesa sangat nak menaip. huhu. bila malam baru ok. masalahnya malam aku lepak borak-borak bermanja-manjaan dengan suami sayang. ecewah. jadinya malas nak update. haha. ni baru sempat. tapi buat by part la. kenapaaa? sajeeee. hahaha

sabtu hari tu (25/10/2014) aku ngan laki aku g kenduri naim belah pompuan kawan laki aku kat melaka. sebenarnya ni unplanned trip. jumaat malam lepas dia balik dari kemaman baru cakap kat aku esok pergi melaka. tanya dia tidur ke idok, jawabnya taktau. sebab takut ahad kene keje. haha ! kitorang gerak dalam 9.30 lebih. masa tu kawan dia ajak tunggu kat RnR Seremban. memang tak jauh dari rumah aku. dalam 45 minit gitu la. tapi masalahnya lagi 2 KM nak sampai RnR jammed terokkkk. lebih setengah jam hadap jammed tuh. rimas pon ye. hahaha !



haa. gambar ni bukti lagi 2 km nak sampai. hahah.


masuk je RnR seremban tak berenti dah. nampak kereta ajak, bagi isyarat sket, terus gerak. yang kelakar, masa berenti kat petrol pump sekejap baru aku tau, rupanya hari tu nikah je. aku ingat kenduri dah. nikah lepas zohor. haiya laki aku ni. saboooo jelaaa. lepas tu sambung perjalanan. rumah pengantin pompuan tu dekat masjid tanah. dalam kul 12.30 tengahari sampai. lepak kat warung pekena teh o dulu. kasi baby mika anak ajak main-main dulu. pastu kul 1 gitu gerak g umah nadia,pengantin pompuan. 

sampai-sampai tu takde orang. family je yang ada. tapi nasib baikkkla family nadia ni sporting habis. mesra ramah hoiiii. kitorang lepak makan-makan sebelum majlis nikah dulu. tanye-tanye rupanya nikah kul 3 petang  T___T . laki aku ni pon, tanyela dulu naim kul berapa nikah. lepas zohor tu panjang. huu. masa ni mood aku kurang baik. nak marah je rasa. bukan sebab majlis ke apa. sebab cuaca panas sangatttt, aku lak dah start bersin masa tu. mata dah gatal-gatal. jadiii sangatla tak selesa. huhu. tapi lauk hari tu sedappppp. cuma makan sikit sebab dah asyik bersin, hidung jadi tersumbat la. huhu.

tak lama lepas tu pengantin laki sampai. tunggu dalam 15 minit tok kadi lak sampai.



posing jap sambil dengar tok kadi bagi ceramah. kitteww dah lepasss. hahahhaha



Tok kadi ni memang best. teringat kat ayah nin yang jadi tok kadi masa aku nikah dulu. sempoi je. jadi pengantinnya tak berapa nak nervous. bila dia baca ceramah yang sebelum akad tu, satu-satu lekat dalam kepala. hihiihi





ni nadia. cantikkkk kan?

okeh okeh. aku tak larat nak menaip. meh tengok gambo.














Alhamdulillah.. sekali lafaz je naim ye. tahniahhhh. selamat pengantin baru nadia & naim :) . atas ni gambar kitorang dan ajak n family. pastu kitorang lepak kejap. makan lagi dan lagi. minum air banyak-banyak. haha. masa ni laki aku decide nak tidur melaka. masalahnya kol hotel semua penuh. cuti am masa tu. hoho. jadi ajak jemput kitorang tidur umah makcik dia. masa tu aku macam berat hati sket. sebab aku masa tu bendera jepun. jadi tak selesa la sikit tido rumah orang. tapi nak buat macam mana hotel full. laki aku lak dia nak g kenduri naim esoknya. aku ikut jela. huhu






baby mika. masa ni berenti solat kejap. mak ayah dia tengah solat. laki aku siap dulu. dia bawak mika ke kete. mika tunjuk-tunjuk. aku ingat dia nak roti. aku bagi la. pastu bila aku ambik dia, cepat je lompat g tempat driver. rupanya nak main stereng. haha. comel betollll. pastu kitorang gerak nak g umah mak cik ajak. singgahla klebang ingat nak minum kelapa goyang (coconut shake) yang pemes tu. sekali masa tu diorang dah kemas nak tutup. sediiihhhh ! jammes mak aih memang 20 kmj bawak. haha. sampai umah makcik dia dalam kul 7 petang. rehat-rehat jap. malam tu laki aku bawak kuar jenjalan. aku kalau g melaka paling suka keluar malam. ye, aku memang suka pergi MELAKA. nanti nak pergi lagi. hehe.

kitorang keluar dalam kul 10. ajak tak ikut sebab mika dah tido. kitorang g dataran pahlawan dulu. pusing-pusing jap. pastu g jonker walk naik beca. aku pilih hello kitty masa nak g. tapi takde lak gambar ngan beca hias kitty tu. huhu.






kitorang g jonker walk kul 11.30. masa sampai tu gerai dah banyak nak tutup. pelikla kan. tanyala yang jual tutup kul berapa. rupanya kul 12 mlm. sadis betol. haha. pusing-pusing jumpa lak kawan aku, helmi sahri. tak sangka betol. haha. pastu aku ngan laki aku gerak balik. sebab aku dah penat sangat masa tu. nak g kat kereta aku naik beca yang love-love. nampak romantikkk sangatttt. hehe. yang ni aku amik gambar. abang beca yang tolong ambikkan. hehe






balik tu jalan tak jammed sangat. jadi seploh minit dah sampai. umah mak cik ajak dekat kuarters balai polis bandar hilir. memang dekat la. kul 1 pagi kitorang sampai umah. basuh muka terusss tidooo. haha

untuk cerita hari ahad, nanti aku sambung ye. daaa






 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork