RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

30/01/2014

. Resipi Sambal Kicap


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah..kenyang.. cenggini le jadinya bile suami kerja tak balik lunch. jadinya lunch aku lambat le. haha. kalau tak, kul 1 dah makan. hujung minggu je la. sebab suami memang tak balik kalau keje. manela sempat haa.

semalam aku buat sup. dah buat sup tu mesti ade sambal la kan. baru lengkap. dan aku lebih suka buat sambal kicap kalau ngan sup. ala.. sambal kicap..yang biasa orang bubuh dalam mihun sup tu. dulu aku selalu tertanya-tanya, camne la orang buat sambal kicap nih. rupenye senang je. hihi


ni resipi mak aku.

bahan-bahan :

lada ( buang biji )
cili padi
garam
kicap manis

kuantiti bergantung pada korang. nak pedas, cili padi banyak. kata memasak tu seni kan? haha. so, ikutla banyak mane nak taruk. 

cara-cara nak buat :

lada , cili dan garam ditumbuk atau di blender. kalau blender letak air sikit je. kan cair sangat pulak. tapi bagi aku nak lagi sedap, tumbuk pakai lesung la. pastu dah siap, letak dalam bekas tuang kicap. ikut banyak mane pon. kicap manis tau. baru sedap ! 

kirenye, sambal belacan tuang kicap manis je la. hehe. tapi aku tak letak belacan. nanti bersin tak benti pulak. selamat mencuba !


29/01/2014

. Mini Honeymoon



.Assalamualaikum.

mesti korang ternanti-nanti entri pasal honeybulan aku kan?haha. ayat mintak penyepak -.- entri lepas aku cite pasal aku pegi kenduri keon & dira kat melaka kan? dah alang-alang pergi melaka tu, kitorang pergi la honeymoon jugak. so, kitorang pergi 3 hari 2 malam. 

dah melepak kat wedding dira pon begitu hendaknye lame. kikiki. selepas wedding dira baru le kitorang pegi honeymoon. ecelli, aku tak faham honeymoon ni acane sebenarnye. apakah jenjalan atau erm..erm..paham-paham sendiri la ye. malu ittewww. hahaha ! tapi pemikiran aku cakap honeymoon tu jenjalan ngan husband. dan aku ni tersangatla ekzaited ! dapat jenjalan kat melaka. aku taktau kenapa aku suke jenjalan kat melaka. mungkin sebab banyak tempat yang aku boleh bergambar. apekah? =.=

masa on the road nak pegi kenduri dira, hubby dah awal-awal cakap, nanti kite pergi taman buaya eh. taman lain tak payah pergi la. tak best. aku cakap, habis ape yang best kat taman buaya tu? boleh die cakap nak jumpa kawan aku.mentang-mentang le aku garang. grrr. sekeh baru tau. haha. aku selamba je jawab, buaya buncit kat sebelah ade ni.haha

so, after kenduri dira kitorang pon pegila taman buaya. ramai gak orang mase tu. hubby tak menyabo langsung ! buka pintu siap-siap hulur kamera kat aku suruh ambikkan gambar. jalan sampai tertinggal bini kat belakang. haha. die ni pesen suka binatang yang bahaya. ular, harimau. semua die suke tengok. aku ular memang 500 meter jauhnye la aku berdiri haa. geliiii !!



nampak tak betapa eksaitednye beliau?sampai baju kemeja terselak.haha

habis ayu tak aku posing?

keluar kandang harimau masuk mulut buaya. eh? ni buaya original. tapi dah diawet. tapi aku takut gak nak pegang.kang tetibe hidup. haha

1 Malaysia ! kemain pak jib. taman buaya pon die letak haaa

aummm ! eh, bukan harimau ni. buaya bunyi acane eh? konpius jap -.-

posing ala-ala model sat. saje nak cakap, dress ni aku beli kat butik fatin suhana dan sofia wide shawl ni aku beli ngan BFF aku, afee ali. die jahit sendiri tau ! even pakai spek pon,muka tak nampak bulat. nanti die pas bersalin dan habis berpantang, die akan start jahit shawl ni balik. nanti korang tunggu je tau aku update :)

meet my darling. :)

dah penat berjalan, kitorang balik hotel. rehat, solat, bersihkan diri dulu. malam tu kul 8, kitorang pergi makan ikan bakar dekat umbai. sedap mak aihhh !! memang terbaik. datang melaka kena pegi sini. tapi nak cari parking tu..mak ai, jenuh. 5 kali pusing baru jumpe. dah jumpe parking, kena tunggu turn meja pulak. ramai sangat orang. kul 11 malam gitteww baru habis makan. haha. tak de gambar pulak kat situ.sebab mase tu dah lapar sangat. dapat makanan terus bedal. kikiki. pas makan, kitorang pergi pahlawan walk. asalnye nak g jonker walk. tapi tetibe kaki aku dh tak larat. so, pergi pahlawan walk je la. nasib baik dekat ngan hotel kitoang. pahlawan walk ni macam bazar karat kat JB dan wakaf che yeh kat kelantan.

dalam kul 1 baru balik hotel. rehat dan tido. zzzz

Esoknye kul 10 pagi baru kitorang check out hotel. pergi brunch dulu.kedai mane tah. oh ye, kitorang ade beli tshirt tulis melaka. hubby kaler biru, aku kaler pink. beli kat pahlawan walk. so, pakai yang tu la jenjalan. haha. sempoi tak sempoi. dan shawl from butik fatin suhana :)

nampak tak aku yang kecik tu? sekarang badan dah naik.makan je kejenye.

I love you to the moon and back !

pepiling obersi kejap haa.macam kat netherland kot.haha

thanks kat pelancong filipina kot takpon vietnam yang ambikkan gambar ni. die sendiri yang offer nak amikkan pas kitorang tolong die amik gambar die. tapi budak kecik kat belakang tu kacau betol. haish -.-

naik Melaka Cruise. yeay ! ni kali kedua naik. tapi ni naik waktu siang. best waktu malam lagi. hehe. aku suke pemandangan kat kampung Mortem. cantikkkk !!

erk.

setiap kali g Melaka, aku mesti tengok Taming Sari ni. dan teringin sangat nak naik. balik dari umbai, aku cakap kat hubby aku teringin sangat nak naik taming sari ni. dannn. esoknye die bawak aku naik. happyyyy !! tunggu turn setengah jam. naiknye 10 minit je. cett. tapi hubby gayat.haha. aku yang pesen gayat wat lek wat pis je. yela, bukan aku kena daki. aku duduk. tu yang tak gayat. bestttt. dapat tengok seluruh melaka :)

untuk hilangkan kegayatan die, sikit-sikit snap gambar. haha. aku lak syokkk je tengok pemandangan :p

nice view,rite?

sebelum naik taming sari tu, kitorang pegi la A Famosa semua. tapi lupa nak amik gambar. sebab syok sangat berjalan. haha. pas turun taming sari, kitorang gerak balik Klang dah. penat tapi seronok. next time nak pegi p.pinang pulak le. anyone boleh cadangkan tempat menarik kat sane tak? hehe


25/01/2014

. Wedding Dira & Keon



Assalamualaikum, uolls !

sorry-sorry. kenkonon la kan nak update blog hari-hari. haha. puihh ! janji melayu betoi. busy pindah rumah plus tak berapa sihat sangat meh. jangan tanye dah ada isi ke belum. belum lagi. doakan tau. hehe :)

entri lepas aku dah cite pasal big day aku. kali ni nak cite pasal big day clazmates aku pulak. Dira & Keon pada 28/12/2013. dua-dua clazmate mase kat UTM dulu. kitorang pergi belah dira kat melaka. so,alang-alang pergi kenduri tu, honeymoon sekali la kan? jimatttt ! hahaha !

aku dan incik suami gerak dari Klang kul 12 malam. hari jumaat. pas die balik keje la. nasib baik dah booking hotel. jadi tak la kelam kelibut sangat. sampai kat hotel jam 2 pagi lebih gitu la. sampai je terus tido. penat mak aih. yang best hotel bebetol dekat ngan laut. memang kuat angin. haha ! aku dah lupa name hotel tu -.-

pagi esoknye, kitorang gerak g wedding dira dalam kul 11 lebih. sampai sane dekat kul 1 gak. tak sempat tengok dira ngan keon sanding. wuwu. mase tu ngah makan beradap haa. eh,lupa nak cakap, ade 2 pengantin tau. sorang lagi kakak Dira ngan husband dia. amaizing ! first time aku tengok 2 pengantin dalam 1 majlis. sangat-sangat meriah !

dan lagi lah bertambah meriah ngan bebudak claz aku yang datang merata tempat haa. dah kalau jumpe jadinya reunion la. bising la jawabnya. dah memang siap plan awal-awal.haha. tapi memandangkan aku ngan incik suami mood honeymoon, jadi tak berapa ikut plan diorang sangat. huhu. ikut suami jela. hihi


gorgeus ! dira sangat cantikkkkk !! keon, jaga dira bebaik tauuuuu


rasenye tengok gambar je korang dah boleh agak kitorang memang riuh sangat-sangat !.haha


kaum lelaki :)


pasangan pengantin :)


ni bakal pengantin. eh? silap. pengapit pengantin la. ain ngan anip. hehe.


ibal & wifey (Ecah)
ketua gerakan rombongan cik kiah. haha


bakal mommy & daddy
Mizi & wifey (Umi)


eh? pengantin yang baru seminggu. haha


ni antara gegel SEE2. kalau jumpe memang riuh sekampung. yang hujunggg sekaliii sebelah aku tu bakal pengantin :)


mase ni incik suami busy lepaking ngan bebudak boboiss. so, aku duduk je atas kerusi borak ngan wife kamal, zafirah :)


nasib baik aku balik lambat. haha. sempat gak jumpe BFF. Dal !! rindu amat kat kooo. hehe. kawan susah senang :)


Me & Dira :)


okeh. ni je gambar yang aku ade. 2 jam lebih menapak kat kenduri dira. haha. nak g sambung honeymoon makan angin kat Melaka pulak. next entry iols story wokeh? daaa




15/01/2014

. My Big Day !


Assalamualaikum,uolls !!

fuhhh fuhhh fuhhhh! bersawang mak aih my belog ni haa. lame benau tak update. skill menaip pon dah lemau. tu la penangan zaman smart fon haa. kalau dulu nak online kena on lappy. dah alang-alang on lappy, bukak le blog update terus. ni lappy pon jarang bukak. bukak pon sebab download running man pastu transfer ke tab. mood blogging yang berkobar-kobar 5 minit sebelum on lappy lesap terus. makanya, tersimpan rapi le cerita yang nak diceritakan tu.

eh, panjang pula mukadimahnye haa. seperti yang korang maklum, bulan 5 tahun 2013 ritu aku selamat jadi tunangan orang. korang boleh scroll entri lepas2 ye. aku malas nak mencari. haha. setelah berbincang dengan family, kitorang sepakat la nak adakan majlis kesyukuran perkahwinan kitorang akhir tahun. dan tarikh tu adalah pada 21/12/2013. hari sabtu. sengaja pilih tarikh tu. sebab ----> 2112. cantik kan? itu satu. satu lagi, esoknye ( 22/12/2013 ) birthday incik suami terchenta ! ahaks ~ aiyoyo ! korang jangan pikir memacam ye. iols ketuk dengan sudip kan haa.

haish, free pula aku malam ni. yela, suami takde. pergi kemaman. sian aku malam ni. teddy besar takde -.- hahaha! aku ingat nak cerita life after kawen, tapi kepala ni sakit sangat. dah seminggu aku demam. huhu. so, entri kali ni aku cerita pasal majlis dan gambar yang ade je la ye. gambar official tak siap lagi. hehe. teaser je ade :)

aku akad nikah pagi sabtu tu. kire hari yang same ngan majlis. senang haa. family inlaw datang ngan bas. buat hari lain nikah kang nanti mahal lak sewa bas nye haa. untuk persiapan kenduri banyak mak ngan abah yang buat. alhamdulillah, untuk makanan tetamu, doorgift, group marhaban (budak tahfiz) mak ngan abah sponsor. yang guna duit aku ngan poji cuma pelamin dan barang hantaran je. barang hantaran fully mak aku yang gubah. hehe. puas hati,uolls ! dan pengapit aku didatangkan khas dari johor, my BFF, mirah. pagi jumaat lagi haa dia sampai umah aku ngan angah aku. seronok aku. haha.

pelamin dan mekap aku amik butik andaman dekat umah aku. kawan ayah aku jugak. dannn ! pelamin sangat cantik dan murah ! mekap pon sangat-sangat puas hati. ramai puji. ahaks ~ tapi, baju aku tak ambik. sebab aku pilih nak pakai songket yang nenek pojie jahit. untuk baju nikah, pojie dah belikan awal-awal. hehe.




ni teaser dari OP aku. OP aku tu, cousin aku jugak. hehe
ni lah SAHABAT baik aku. sebulan before kawen lagi aku dah wajibkan diorang ada awal pagi kat umah aku. haha








Alhamdulillah..dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri kepada pojie. yang paling buat aku bahagia sangat, ayah aku yang nikahkan aku sendiri. terima kasih, abah ! sebak jugak time sah akad tu. macam tak percaya aku dah jadi bini orang. haha ! padahal aku rase macam baru je berebut onion ring ngan adik bongsu aku.hahaha








muka bahagia selepas jadi isteri orang. masa majlis aku tu hujan renyai-renyai pulak. hihi


Ezah (baju biru) - Lin ( tudung pink )
BFF <3





antara kengkawan pojie yang datang. thanks korang !


kek tempah ngan kak anis. sedap gileeee !!


im in love with this man. krik krik :p




family pojie :)
( my second family )


kengkawan poji. im also super duper in love with this baby meor mika ! hehe. cuteness overload :D


adik-adik kesayangan iols even selalu gaduh. ahaks


sepupu yang sekepala


my family. my heart. my life. my love.
thanks sebab didik along sampai selamat jadi isteri pojie :)


husni dan suami serta anak. last jumpa husni masa kenduri kawen die dulu. ni dah besar kakak yang comel. hee


ni lah sepupu yang memang dari kecik bertekak bergaduh bertumbuk sepak terajang semua haa. merajuk die aku lambat bagitau aku nak kawen. haha. 


yeay ! thanks nik sebab sudi datang. last jumpa nik mase form 3. habis grad form 3 kat MRSM Kuala Lipis dulu, terus tak jumpa. 8 tahun tak jumpa ! serius rasa terharu dan happy sangat dapat jumpa. 


bahu ni la tempat aku lentok tiap-tiap malam. hahaha !


schoolmate :)


thanks sepul n fara sebab datang ! hehe :)


ni housemate angah. jauh datang haa. dari putrajaya. :)


bile dah lama tak jumpa.
schoolmates :)


thanks fiza sebab datang :)


wakil smartcampersss !! thanks koranggggg. ok, faiz makin berisi. ahaks ~


buroq dan ehem-ehem :D


fizah dan janna yang comelll ! thanks adik sayang sudi datang :)


my cuzziess yang gorgeus haa :)


zafrul, tcer curi gambar ni dari instagram zafrul ye. ni semua student mase aku mengajar kat sek.men.tengku ampuan intan dulu. kecuali baju merah yang  berdiri sebelah laki aku tu. tu cikgu. haha. merangkap kawan 1 fakulti 1 batch 1 UTM dengan aku. thanks semua sebab datang :)

okeh. tu je yang aku nak story. next aku story pasal kenduri kawen dira+honeymoon ke melaka lak. hehe. nak tido dah. tak larat meh. gennaittt !!



 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork