RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

11/03/2014

. Fashion Bag yang UNIK !


.Assalamualaikum.

sementara tunggu suami balik dari kemaman, aku nak update beg yang memang da boom ! unik ! tu bagi aku. hehe. GUITARIST FASHION BAG ! beg ni bile pakai nampak macam korang bawak gitar. haha. ada dua pattern. yang tali 2 (beg galas biasa) dan yang sling bag. tapi suami pilih sling bag. sebab limited quantity. ada 1 warna, 1 beg aje. korang berminat? 

haa. warna purple dah sold. lagi 4 warna available lagi. cepat-cepat !! PM lelaju kat sini ---> FAU.LIYA

price : RM 58 + Free Postage untuk SM. (SS tambah RM8 )




ni contoh cara pakai. warna yang hubby pakai tu dah takde. huhu

next, Floral Bag. Beg ni kain die macam kain guni. sangat ringan. serious sweet untuk korang-korang yang nak g kuliah. comel sangat ! hee. harga die murah yang amat.

price : RM 28 + Free Postage untuk SM (SS tambah RM8)





apa lagi? PM kami cepat-cepat :)



07/03/2014

. OH, SUAMI PUNYA KERJA !


.Assalamualaikum.

dah lama tak update blog. maap maap. busy sangat-sangat ngan preparation majlis bertandang 23/3 ni, kenduri kendara kengkawan dan macam-macam lagi lah. huhu. lembik nau dah badan ni. nasib baik ada suami yang rajin dan memahami. 

rasanya, aku tak pernah lagi story pasal laki aku ni sejak kawen. haha. so, kali ni aku decide nak bercerita pasal laki aku. nanti anak aku besar, boleh dia baca dan tau betapa baiknya papa dia ni. eh? belum berisi lagi tau. hihi. doakan aku ye ^__^

nak dijadikan cerita, incik suami ni kategori pandai masak la jugak kan. so, dia cakap kat aku, weekdays, aku memang kena masak. ye la kan, dia pagi buta lagi dah pergi keje. baliknya mesti after 7 PM !! so, tak sempatla dia nak masak. tapi, weekend dia nak aku off duty. tapi ade gak kengkadang tu aku yang masak. jarang la. jarang. sebab weekend biasa kitorang habiskan masa g kenduri -.-

hari tu. hari tu la. aku kena penyakit PMS. haha. penyakit pompuan tu le. sesungut tu. eh, senggugut haa. aku ni pesen kalau kena PMS tu memang terlentang je la. nak bangun pon tak larat apetah lagi nak berjalan inikan pula memasak yang memerlukan aku berdiri lame. kang terlingkup pulak kuali yang sarat ngan minyak panas atas aku. dan kebetulan timing kena PMS tu memang terbaik. kena pulak weekend. hahaha !! konon aku nak masak la hari tu. konon la kan. sebelum masak tu, dalam kul 11 pagi aku rehat dulu depan TV bagi hilang sakit tu. tapi aku tak sedar bila aku terlena. sedar-sedar je suami tengah masak. aku nak tolong die suruh aku rehat je. hehe. i love you suami ! nak tau dia masak ape? tadaaa ~~



haaa. ikan cencaru panggang, terung goreng sambal kasih sayang dan air asam pengubat jiwa lara. kemain kau bagi nama haa,yana ! haha. memang sedap. sangat sedap ! kalah aku masak weh. haha. tu cite masa aku PMS.

ni waktu lain pulak. mase tu kitorang lepak depan TV sambil tengok Family Outing Season 1. gigih aku download. pastu tetibe perut rasa lapar. aku pon cakap la, aku lapar. tapi malas nak masak sebab masa tu dah jam 11++ malam !! haha. kesengalan sangat tu. pastu dia cakap, biar dia goreng something. wahhh. rasa dihargai sangat-sangat. aku ingatkan dia goreng sosej je. sekali haa. lengkap ! ada cosloew gittu. eh, betol ke eja camni? ape-ape je la kan. haha


lena tidur malam tu. untung dapat suami macam ni. makin hari makin sayang. rajin masak, rajin buat air. sepahkan rumah pon rajin. -.- haha

ada 1 perangai incik suami yang sejak awal couple lagi aku suka. ye, perangai tu yang buat aku jatuh cinta kat dia, yang buat kasih aku makin bertambah. perangai suka buat suprise. haha. nampak je cam ganas, tapi bunga-bunga jugak laki aku nih. romantik bak hang. hari tu, nisa wife BFF suami ada cakap diorang g makan pisang goreng coklat pas main bola. aku pon cakap kat suami, teringin nak makan. tapi jauh. kat shah alam. aku kat putra perdana. huhu.sekali hari tu dia balik bawak 1 bungkus polisterin. semangat dia cakap. nah, untuk sayang ! dan itu kali pertama dia balik lunch. sebelum ni die susah balik lunch. kerja dia tak menentu. sebab tu aku bagi dia bawak bekal. gigih bangun pagi-pagi masak untuk suami. haha. aku pon bukak polisterin tu. mak aih, melompat aku suka. dah tak hirau dah lauk atas dapur ngah masak. ngap dulu pisang tu. hahaha !



dan ada lagi 1 cerita lawak pasal suami aku nih. aku ade post kat Instagram ngan FB. haha. kisahnya gini, ada baju yang aku kena basuh ngan tangan. sebab nanti rosak basuh ngan mesin. pas basuh tu aku mintak tolong suami jemurkan. aku cakapla kat dia, jemur semua sangkut dengan hanger tau. nak tau apa dia buat? tengok 2 gambar kat bawah ni.





ye ye. memang lawak. perli habis. baju dia sangkut guna 2 hanger. aku tak pernah buat camtu. haish. dan baldi pon dia sangkut kat hanger mentang-mentang aku cakap semua sangkut hanger. haila suami. sabo je la. haha. gelak je aku bile tengok.

then hari tu kan ada bola Malaysia vs Yaman. masa tu nak balik Klang jap. sebab ada barang nak amik. gigih suami bukak live kat tab letak kat dashboard. sabo je la haaa. sambil drive sambil tengok bola -.-


apa-apa pon, i love you,suami ! :)

much-much love from your tiger. haha






 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork