RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

29/10/2014

.Short Vacation Part 1

.Assalamualaikum.


dekat seminggu jugak aku tak update apa-apa kan? mood ke laut sikit beberapa hari ni. resdung kuat datang. asyik duk bersin je. jadi tak selesa sangat nak menaip. huhu. bila malam baru ok. masalahnya malam aku lepak borak-borak bermanja-manjaan dengan suami sayang. ecewah. jadinya malas nak update. haha. ni baru sempat. tapi buat by part la. kenapaaa? sajeeee. hahaha

sabtu hari tu (25/10/2014) aku ngan laki aku g kenduri naim belah pompuan kawan laki aku kat melaka. sebenarnya ni unplanned trip. jumaat malam lepas dia balik dari kemaman baru cakap kat aku esok pergi melaka. tanya dia tidur ke idok, jawabnya taktau. sebab takut ahad kene keje. haha ! kitorang gerak dalam 9.30 lebih. masa tu kawan dia ajak tunggu kat RnR Seremban. memang tak jauh dari rumah aku. dalam 45 minit gitu la. tapi masalahnya lagi 2 KM nak sampai RnR jammed terokkkk. lebih setengah jam hadap jammed tuh. rimas pon ye. hahaha !



haa. gambar ni bukti lagi 2 km nak sampai. hahah.


masuk je RnR seremban tak berenti dah. nampak kereta ajak, bagi isyarat sket, terus gerak. yang kelakar, masa berenti kat petrol pump sekejap baru aku tau, rupanya hari tu nikah je. aku ingat kenduri dah. nikah lepas zohor. haiya laki aku ni. saboooo jelaaa. lepas tu sambung perjalanan. rumah pengantin pompuan tu dekat masjid tanah. dalam kul 12.30 tengahari sampai. lepak kat warung pekena teh o dulu. kasi baby mika anak ajak main-main dulu. pastu kul 1 gitu gerak g umah nadia,pengantin pompuan. 

sampai-sampai tu takde orang. family je yang ada. tapi nasib baikkkla family nadia ni sporting habis. mesra ramah hoiiii. kitorang lepak makan-makan sebelum majlis nikah dulu. tanye-tanye rupanya nikah kul 3 petang  T___T . laki aku ni pon, tanyela dulu naim kul berapa nikah. lepas zohor tu panjang. huu. masa ni mood aku kurang baik. nak marah je rasa. bukan sebab majlis ke apa. sebab cuaca panas sangatttt, aku lak dah start bersin masa tu. mata dah gatal-gatal. jadiii sangatla tak selesa. huhu. tapi lauk hari tu sedappppp. cuma makan sikit sebab dah asyik bersin, hidung jadi tersumbat la. huhu.

tak lama lepas tu pengantin laki sampai. tunggu dalam 15 minit tok kadi lak sampai.



posing jap sambil dengar tok kadi bagi ceramah. kitteww dah lepasss. hahahhaha



Tok kadi ni memang best. teringat kat ayah nin yang jadi tok kadi masa aku nikah dulu. sempoi je. jadi pengantinnya tak berapa nak nervous. bila dia baca ceramah yang sebelum akad tu, satu-satu lekat dalam kepala. hihiihi





ni nadia. cantikkkk kan?

okeh okeh. aku tak larat nak menaip. meh tengok gambo.














Alhamdulillah.. sekali lafaz je naim ye. tahniahhhh. selamat pengantin baru nadia & naim :) . atas ni gambar kitorang dan ajak n family. pastu kitorang lepak kejap. makan lagi dan lagi. minum air banyak-banyak. haha. masa ni laki aku decide nak tidur melaka. masalahnya kol hotel semua penuh. cuti am masa tu. hoho. jadi ajak jemput kitorang tidur umah makcik dia. masa tu aku macam berat hati sket. sebab aku masa tu bendera jepun. jadi tak selesa la sikit tido rumah orang. tapi nak buat macam mana hotel full. laki aku lak dia nak g kenduri naim esoknya. aku ikut jela. huhu






baby mika. masa ni berenti solat kejap. mak ayah dia tengah solat. laki aku siap dulu. dia bawak mika ke kete. mika tunjuk-tunjuk. aku ingat dia nak roti. aku bagi la. pastu bila aku ambik dia, cepat je lompat g tempat driver. rupanya nak main stereng. haha. comel betollll. pastu kitorang gerak nak g umah mak cik ajak. singgahla klebang ingat nak minum kelapa goyang (coconut shake) yang pemes tu. sekali masa tu diorang dah kemas nak tutup. sediiihhhh ! jammes mak aih memang 20 kmj bawak. haha. sampai umah makcik dia dalam kul 7 petang. rehat-rehat jap. malam tu laki aku bawak kuar jenjalan. aku kalau g melaka paling suka keluar malam. ye, aku memang suka pergi MELAKA. nanti nak pergi lagi. hehe.

kitorang keluar dalam kul 10. ajak tak ikut sebab mika dah tido. kitorang g dataran pahlawan dulu. pusing-pusing jap. pastu g jonker walk naik beca. aku pilih hello kitty masa nak g. tapi takde lak gambar ngan beca hias kitty tu. huhu.






kitorang g jonker walk kul 11.30. masa sampai tu gerai dah banyak nak tutup. pelikla kan. tanyala yang jual tutup kul berapa. rupanya kul 12 mlm. sadis betol. haha. pusing-pusing jumpa lak kawan aku, helmi sahri. tak sangka betol. haha. pastu aku ngan laki aku gerak balik. sebab aku dah penat sangat masa tu. nak g kat kereta aku naik beca yang love-love. nampak romantikkk sangatttt. hehe. yang ni aku amik gambar. abang beca yang tolong ambikkan. hehe






balik tu jalan tak jammed sangat. jadi seploh minit dah sampai. umah mak cik ajak dekat kuarters balai polis bandar hilir. memang dekat la. kul 1 pagi kitorang sampai umah. basuh muka terusss tidooo. haha

untuk cerita hari ahad, nanti aku sambung ye. daaa






23/10/2014

Mangga Jeruk Asam Boi

.Assalamualaikum.





minggu ni jeruk mangga asam boi jadi viral. kat timeline penuh orang duk pos gambar mangga jeruk ni. aku yang tak pregnant pon boleh kecur air liur. aku ni dahla memang suka jeruk-jeruk ni. sampai termimpi-mimpi tau. bangun pagi tengok penuh air liur basi. hahaha ! kotor betol :p

aku cakap la kat laki aku, aku teringin sangat nak makan mangga asam boi ni. aku mintak le die carikan mangga muda. aku nak buat sendiri. yela, resepi senang je. taruk gula,asam boi ngan cili padi je. tapi apakan daya. merayu merajuk buat muka comel jawapan tetap no. haha! sebab dia tahu, aku ni hantu jeruk. makan tak beringat. no good no good katanya.

hari tu mak aku kasi sebalang besar jeruk mangga yang pedas tu 3 hari aku boleh habis makan sorang. ni nak buat sendiri. mesti buat banyak. baru berbaloi. memang no la jawapannya. tapi masa tu sedih gak la. sebab teringin sangat nak makan. huhu

sampaila semalam. masa tu aku memang tak larat. kesesungutan penyakit bulanan datang. terbongkang je la jawabnya. tapi tekak aku masa tu rasa nak makan jeruk tu. kalau tak jadi tak de selera. aku memang camtu, selagi tak dapat makanan yang aku nak, selera aku patah jap. haha. tetiba dia cakap, "b tengah tunggu orang hantar jeruk mangga asam boi yang qaseh nak ni". segar sekejap aku masa tu. terus jadi manja macam kucing nak mengawan. hahahahha ! gembira wehhhhh. dalam kul 6 lebih sampai. aku ingat dia beli sebalang je. tapi banyak. budak ofis die kirim jugak. tapi untuk aku dia kasi 2 balang kecik yang 3 kali makan habissss. T___T

takpela yunk. janji dapat. terima kasih tauuuuuuu. minggu ni saje dia banyak buat benda-benda terharu. ni yang makin sayang awak ni. hehe

okeh. motif sangat. nak cite tu je. daaa. nak sambung makan mangga. hahaha !



20/10/2014

ISU KEMPEN PEGANG ANJING

.Assalamualaikum.


Semalam heboh dan panas sangat timelime kat FB pasal kempen "I'm touch a dog". kempen yang diadakan konon untuk membuang rasa takut pada anjing la kan. rata-rata yang pergi melayu dan muslim. siap upload gambar pegang anjing. tanjat gegel uolsss. setahu aku anjing ni dalam kategori najis berat jugak. haram disentuh jika bukan dalam keadaan darurat.


gambar ehsan gugel.


sebelum tu, aku nak ingatkan ni sekadar apa yang aku fikir dan pendapat peribadi aku jela.


anjing ni memang dalam kategori binatang yang comel jugak untuk sesetengah spesis je la.haha. aku ni suka jugak pergi kedai haiwan. nak tengok kucing pendek. tapi kebanyakan kedai mesti ada anjing. anjing comel kecik tu. macam dalam gambar. omellll sangatttt. tapi aku tak berani duk dekat la. sekadar tengok dari jauh. bukan takut kena gigit ke apa. tapi entah. haha. bagi aku takde keperluan kot.

untuk yang cakap konon kempen ni boleh la nanti kalau anjing dalam kesusahan, takde la rasa takut nak tolong kan. silap tu. salah sangat bagi aku. hari tu ade orang share yang budak selamatkan anjing dari banjir. aku percaya budak tu pon takut anjing. tapi bile dalam hati tu timbul rasa belas kasihan, insyaAllah Allah kan bagi keberanian kat kita nak selamatkan anjing tu.

jadi aku rasa kempen ni sangat tak perlu. sedangkan kucing yang binatang kesayangan Rasulullah pon ramai takut, tapi tak de pulak kempen "I'm touch a cat". haish. pelik betol perangai. haha. daripada duk buat event mengarut yang takde keperluan tu, baik buat event cara nak jinakkan anjing. jangan salah faham. maksud aku, camni. korang cuba letakkan diri korang dalam situasi :

" masa tu korang jalan kaki sensorang. kawasan tak de orang. pastu tetibe ada anjing gila kat situ. die pandang korang lain macam pastu asyik duk auk auk auk je. "


agak korang masa tu kalau korang lari anjing tu laju ke korang laju? kalau tetibe masa tu korang galas beg berat camna? bile korang ada basic macam mana nak jinakkan anjing gila tu, tu dah bonus untuk korang. bolehla selamatkan korang insyaAllah.

jadi aku harap pihak berkuasa siasat balik pasal kempen pegang anjing ni. kaji secara teliti. benda ni boleh mendatangkan fitnah pada agama Islam sendiri. dunia hampir ke penghujungnya....

ni ada sedikit perkongsian untuk korang :






16/10/2014

Tip Goreng Ayam

.Assalamualaikum.



gambar ehsan pakcik gugel

sengaja aku tak besarkan gambar ayam tu. haha. takut ada yang menjejes air liur kang tak senang pulak nak buat kerja. wak tu kerja habis lambat lagi nih. haha ! ni gambar dari google je ye.

tip yang aku nak kongsi ni rasa ramai yang dah tahu. tapi takpela, kot masih ada yang tak tahu kan? aku ni pon baru tahu masa balik kampung raya haji hari tu. mak yang tegur cara aku goreng ayam. haa. pastu aku dah guna tip ni. memang berbaloi-baloi. haha

tip ni berguna untuk penggemar bahagian paha ngan kepak. biasa bahagian paha la. kadang bila korang goreng nak makan tengok ada darah tak masak lagi kan? tapi luar nampak macam nak hangit dah. haha. aku lettewww. last-last campak dalam kuali balik. tak senonoh sangat.

caranya, korang masukkan bahagian tulang dulu. yang kat kepala tu. yang bahagian biasa keluar darah masa korang nak goreng paha tu. nanti masa goreng tu, korang kan tengok ada darah keluar kat hujung tulang yang kecik lagi satu tu.api jangan kuat sangat. kan belum habis darah tu hilang dah hangit. korang belek-belek le sikit tengok ada darah tak lagi. bila dah yakin takde baru pusing goreng yang bahagian tak goreng lagi. haa,sekarang aku dah boleh makan paha ayam guring yang beso gedabak tanpa memeningkan kepala ada daroh ke idok. haha. untuk kepak pon sama. masukkan bahagian yang dipotong dulu. kire goreng dulu untuk tempat yang ada tulang temulang bersambung.

selamat mencuba !



13/10/2014

Kampung Cina, Terengganu.

.Assalamualaikum.


Raya ke-2 raya haji hari tu boleh dikatakan unplanned day. lepas zohor aku gerak ke kenduri cousin aku merangkap cameraman masa aku nikah hari tu kat Felda Chalok Barat. nak dijadikan cerita, masa lalu highway baru tetiba kereta laki aku bunyi macam helikopter. menggerunkan. dahla macam bergegar. haha. jadi stop tepi check tayar tengok ada besi cucuk tayar. nasib baik tak bocor lagi. mak ngan abah dah pegi dari pagi lagi.

pastu bincang punya bincang adik beradik siap kol abah, kitorang g tukar tayar mana yang terdekat dulu. nasib baik ada kedai tayar buka kat Tepuh tu. kalau tak memang meraung la. haha. tukar tayar tengok jam dah jam 3 lebih. acane ni? memang tak sempat le sampai kat umah pengantin pompuan tu. belah cousin aku esoknya. esoknya dah balik KL. last-last decide g je umah cousin aku. jenjalan raya haji. haha. sampai-sampai dekat kul 4 jugak. lalu highway memang dekat. duk makan sembang pastu gerak dalam pas asar. g bandar Kuala Terengganu. nak setel hal adik dokumen dia semua.

so, kitorang pilih mydin mall. dalam tu ada surau, pastu ada tempat nak scan dokumen adik & ambik gambar passport. yang paling geram, sekeping untuk scan RM5 ! jadah kau. direct aku tanya asal mahal sangat? haha. tapi terpaksa. sebab nak kena setel hari tu jugak. takpe la dik, asal kau berjaya. ecewah.

lepas maghrib kitorang g merayau. haha. aku kan peminat seni. jadinya aku cakap la nak g kat Kampung Cina. sebab ada street art macam kat seksyen 7 shah alam. tapi dah malam. memang tak berapa cantik la nak ambik gambar. tapi nak pergi jugak. bawak adik-adik jenjalan. yela, esok dah nak balik KL. huhu



ni muka eksaited sebelum kejadian tayar. haha


memang cantik. tapi bila ada part macam pondok usang, budak-budak mana tah conteng-conteng memang aku rasa menyampah. jadi rosak pemandangan. rumah dah cantik tapi dinding berconteng tulis nama diorang ngan kekasih diorang. takde otak betol.haha. meh jenguk gambar-gambar kat Kampung Cina.











next time balik terengganu plan nak g air terjun sekayu. tu pon kalau balik bukan musim tengkujuh. haha. terengganu dah nak masuk musim tengkujuh. waktu hibernasi. kikiki.



12/10/2014

Resepi Spaghetti Carbonara Simple & Sedap !

.Assalamualaikum.

konon nak up entri raya haji. harapan la. haha. kemalasan sangat ni. diri tak berapa ok. resdung teruk sejak balik dari kampung hari tu. ala, bukan ada cerita menarik pon. duk rumah je masa raya haji. petang je g umah mak cik. hehe

hari ni aku nak share resepi spaghetti Carbonara yang simple tapi sedap yang amat. resepi ni dari classmate aku kat UTM, syaza. dulu blogger. sekarang dah tutup blog. oh,syaza, tolong blogging balik plez. aku memang suka mintak resepi ngan syaza. resepi dia ringkas tapi sedap sangat-sangat. dia sangat terer bab masak ni.  meh, kite jenguk camna nak buat carbonara nih.





mula-mula sediakan bahan macam dalam gambar kat atas tu. cendawan button tu kalau taknak takpe. yang penting prego 2 tin 2 jenis tu dengan pasta. tu paling penting. bahan tambahan suke ati korang le nak campak apa pon. ada yang letak sosej. tapi aku macam kurang ngam sikit kalau carbonara letak sosej. haha. laki aku lagi ar, suruh letak ayam T___T

first, korang bukak tin prego tu. campur dua-dua dalam periuk. pastu tambah air sikit ikut kepekatan yang korang nak. taknak tambah takpe. tapi nanti muka pulak. dah tambah air tu, tabur la sikit garam dan adjust la ikut rasa yang korang nak. pastu masukkan bahan tambahan tu. kacau sikit lagi. sampai korang puas hati. tadaaaa ~ siapppp ! 

yang KAYU SPAGHETTI tu pulak korang tau kan masak camna? letak minyak ngan garam sikit dalam air. pastu masukkan spaghetti. dah masak, hidang ! jadilah macam di bawah.





aku tabur serbuk lada hitam sikit. sebab aku suka makan lada hitam. haha. sekali sekala makan western kan. pagi tadi dah breakfast nasi lemak. lunch makan spaghetti la pulak. hahaha ! selamat mencubaaaa. 





10/10/2014

Doa Untuk Mendapatkan Anak

.Assalamualaikum.







09/10/2014

Wardrobe Cantik dari Groupon


.Assalamualaikum.


Asalnya nak up entri raya aji. tapi sabo dulu. banyak sangat nak cerita sampai tak tertaip. hold dulu la. haha

seminggu sebelum raya aji hari tu, aku order satu wardrobe kat groupon. ala, wardrobe kain tu yang macam orang bujang pakai. biasa beli yang kecik tu kan? sebab hadiah kawen hari tu banyak, tu pon ada lagi kat umah mak aku dan dah banyak kali tahan telinga kena tanya bila nak ambik, makanya, aku survey la wardrobe yang murah-murah tapi besar. last-last aku tengok groupon. ada yang aku ngan laki aku berkenan. haha. bolehla nak sumbat jersi dia jugak yang melampau banyak tu. harga asal RM130. dapat harga diskaun RM79. murah la tu bagi aku. pasni apa-apa aku nak cari kat groupon la senang haa.

aku bajet lepas raya dapat. sekali minggu tu juga dapat. hari jumaat. tapi tak sempat pasang. balik KL pas raya baru pasang. haha. dan semestinya la laki aku pasang. mula-mula aku start pasang dulu. sekali nak buat satu tingkat tu dah dekat sejam. aku kalau dengan besi memang alah sikit. ngilu rasa. haha.



taraaa. banyak betul komponen dia. tu pon siap ada lebih. pelik? aku pon pelik macam mana ada lebih. haha. abaikan je la.






gigih kau laki aku pasang. aku tolong pas komponen je kat dia. ni dia la suruh aku ambik gambo dia. nasib comel. haha ! tak sampai sejam dah siap !




tadaaaa ! ni la rupenye. yang ni aku ambik gambar kat groupon tuh. yang aku punye kaler ni la. tapi aku malas nak ambik gambar sebab dah letak barang. banyak barang peribadi tu. haha. tak boleh show off sangat. haha. Deal tu still ada lagi. bolehla korang order. klik link kat bawah.







08/10/2014

Dah Dapat Photobook !

.Assalamualaikum.
Hari tu aku ada cakap pasal aku buat photobook sendiri kat PIXAJOY kan? yang entri ni Buat Photobook sendiri. Jumaat hari tu aku dah dapat. hee. tapi baru hari ni cerita sebab balik kampung. malas nak update lagi. tak de la kecik sangat sebenarnya. tapi best belek. sebab macam buku cerita. nasib baik tak lunyai je photobook tu. service diorang memang terbaik. aku tak risau langsung sebab diorang selalu update status photobook kita. kalau tengah print, dioeang tulis printing. pastu siap estimated date bila sampai kat kita gitu. memang terbaik !

ni kotaknya. memang tak rosak photobook tu. kotak pon comel je



ni cover depan photobook aku. gelap sebab pencahayaan masa aku snap tadi ye. quality gambar diorang print memang terbaik. aku pilih ala retro. jadi gambar nampak gelap tapi klasik ! kena tengok depan mata baru nampak cantik. ini aku guna kamera enpon cikai. hoho



ni cover belakang. boleh je nak letak ape pon. tapi aku suka simple. background lawa-lawa banyak, tapi blank jugak yang aku pilih untuk photobook ni. yang malas, pre-theme pon ada. download pastu guna je.




ni salah satu page dalam photobook aku buat. gambar photoshoot kitorang bulan 3 hari tu haa. 


so, korang yang berminat boleh sign up Pixajoy. diorang selalu ada promosi. bukan photobook je. banyak lagi benda lain. poster, notebook sendiri. semua benda best-best. aku nak buat lagi pasni. hehe. klik banner kat bawah untuk terus ke website pixajoy.







03/10/2014

Kesan Harga Minyak Naik Pada Yang Berkahwin

.Assalamualaikum.



October, Please be nice to me ! memang tak boleh pakai dah. haha. baru nak wake me up when september ends, terus Tragedi Oktober. riuh timeline pesbuk dengan isu harga Ron95 naik. terima kasih Dato' Seri. Malaysia masih aman. ye ke?


gambar ehsan google



masa pilihanraya semangat janji harga minyak tak naik. tup tup tahun ni saja dua kali naik. ke tiga kali? tak pasti.. kalau harga minyak je naik takpe gak. ni semua sibuk nak naik. kalau naik 5 sen buleh kire lagi. sampai lima kupang naik, melampau la tu ! gaji tak naik-naik jugak. haish.

bukan pada yang bujang je, bagi kesan, student, penggangur, yang dah kawen, yang dah ada anak, semua rasa kesannya bila harga minyak naik. tapi aku cuma nak share untuk yang dah kawen je la. sebab semua sama ja. 

first sekali pasal harga barang naik. kita sehabis mungkin berjimat, kadang-kadang beli beras yang murah je. tu belum barang-barang lain. barang-barang mandi, minyak masak. semua kena betul-betul jimat. tambah-tambah kewangan belum nak stabil sangat. bayar sewa rumah lagi, sewa kereta lagi, bil air, bil elektrik, maintainance rumah. memang sakit sikit. bila dah banyak sangat nak pakai duit, kena kerja keras. yela, macam FIZO OMAR cakap, pandang sudut positif harga minyak naik ajar rakyat kerja keras. agah sungguh cakapnya. nak kerja keras camna lagi? habis yang atas-atas tu senang lenang pergi holiday sane sini? duit rakyat pakai? camtu? Laki aku, bukan laki aku sorang la, orang lain jugak, kerja keras siang malam. sanggup tinggal anak bini berminggu-minggu sebab nak cari rezeki nak tampung kos sara hidup yang makin meningkat. tu tak cukup kerja keras lagi?

bila dah suami / ayah kerja siang malam, yang ditinggalkan tu kurang kasih sayang. tambah-tambah anak-anak yang tengah nak membesar. jumpa ayah weekend je. itu kalau ayah tak kerja. weekdays, anak tak celik lagi dah kuar g kerja, balik bila anak dah tido. habis bila nak bagi perhatian? kalau yang mak bapak keje? lagi kurang kasih sayang. pastu mula la jadi kes kurang bermoral. itu aspek kasih sayang.

kerja sekarang makin payah. harga semua dah melambung. penggangur makin bertambah. nak beli nasi sebungkus pon nazak rasa. haa, bila dah jadi camni, mencuri merompak tu dah jadi macam viral. ye la, bila kerja gaji seciput tak padan dengan kos sara hidup. tambah-tambah dekat KL ni. pastu mula la bunyi, dah tau kat KL sara hidup ni tinggi pergilah balik terengganu, kelantan semua. hamboi. sedap cakap. dah dapat kerja kat sini. nak buat macam mana? kalau macam tu, tak payah sorang pon la kerja kat KL. macai sangat. haha

nampak tak kesan bila harga minyak naik? bukan kurangkan beban rakyat tapi menambahkan lagi. nak kitorang cakap syukurlah, malaysia masih aman lagi ke? sampai kiamat la rakyat kena tindas sebab tagline tuh. biasalah, bila dah kat atas, takkan rasa apa yang orang bawah rasa. perit nak cari rezeki tu. berpanas, berhujan. jatuh motor. semua tu sebab nak cari rezeki. 

aku paling benci bila ada orang cakap, habis tak payah duk Malaysia. cetek sangat pemikiran macam tu. tu pemikiran orang coward. tau coward? pastu nak compare harga minyak Malaysia ngan Thailand. kaki nak? diorang kena beli minyak. kita ni pengeluar. ce compare ngan Brunei. huh !

aku taktau lepas ni diorang kan naikkan lagi ke tak harga minyak tu. rasa macam tak nak redha je dengan keputusan diorang. kalau betul la diorang tak gunakan duit yang rakyat lebih berhak kepada kebajikan rakyat, setiap sen tu, takkan dapat berkat, takkan aku halalkan. tu je aku cakap. memang terasa sangat keperitan tu bila harga minyak naik. 



Borong barang dapur di MAHNAZ FOOD

.Assalamualaikum.



Semalam aku ada update entri PATI DELIMA GULSAN , kan? dan aku ada cakap nanti nak update kat mana lokasi kedai tu. now aku dah ingat apa nama kedai tu. thanks pada kak miela sebab komen kat blog saya. heee. berguna ni info. pas raya aji ni nak g borong lagi. bukan ada pati delima je tau. banyak sangat barang. majoriti barang Arab la. tapi murahhhh sangat ! untuk orang dapur, memang seronok pergi kedai ni. haha. korang taip je kat google MAHNAZ FOOD. keluarla segala macam pasal kedai nih.






ni ghope kedai tu. gambar adalah ehsan pak cik google :)



02/10/2014

PROTON IRIZ sekacak nama

.Assalamualaikum.



Proton dan Malaysia memang tak dapat dipisahkan. hehe. jujur aku cakap, aku bukan peminat proton. aku lebih minat perodua. sebab kereta proton tak de yang menarik minat aku. dulu la. sampaila proton kelurkan Suprima. mak aihhh. segak hoiiii. tapi untuk gadis petite macam aku ni sangatlah tak macho bawak suprima yang gedabak besar tuh. jadi aku kecewa lagi. sobbbsss


nak dijadikan cerita, sejak minggu lepas, iklan proton selalu sangat bertapa kat blog aku. pastu duk promote produk baru dia aje. namanya IRIZ. fuhhh ! warna ijau sangat kacak walau ada warna lain. dan saiz dia bagi aku memenuhi kehendak aku la kan. mohon si jantung hati buat suprise anniversary bagi IRIZ sebuah. nak no plate terengganu ye. miahahhaha !















Kacak,kan? siap nak hidup enjin pakai tekan je button tu haa. tak payah susah-susah mengagau bila gelap cari mana lobang nak masuk kunci. haha. mengata diri sendiri :p Angah aku cakap smart gak iriz. die pergi tengok kat showroom hari tu kat shah alam. nak pegi jugakkkk T___T


korang nak tau banyak lagi pasal IRIZ ni boleh tengok link ni ---->  https://www.betulbetulonz.com.my/




** terima kasih proton untuk CPUV iklan ni. duk lama-lama tau :)




 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork