RUMAH RESEPI TIPS DIARI MAMA

28/12/2014

. Our First Anniversary

.Assalamualaikum.


lebih sebulan aku tak update. busy sangat. dulu tak busy duk umah goyang kaki. sekarang aku tolong kawan aku bisnes. korang boleh follow IG TUDUNGRUFFLE. sekarang diorang kat matrade join vendeurfestival. semalam aku tolong jugak jaga booth. hari ni aku tak g sebab tak sihat. demam + flu + batuk. sedih tau? huhu

sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2014. dan tahun 2014 berakhir dengan banyak duka. banjir teruk kat pantai timur. mak aku cakap paling teruk sepanjang dia hidup. huhu. pastu yang latest ada pesawat air asia dari surabaya ke singapore hilang. Allah, banyak sangat dugaan. harap 2015 ni ada sinar untuk kita semua. aminnnn.

minggu lepas, 21/12/2014 genap setahun usia perkahwinan kitorang. macam tak percaya dah setahun aku jadi isteri khairul fauzi saadon nih. haha. setahun ni pon rasa macam kapel je lagi. sampai kengkawan dan orang sekeliling tak percaya kitorang dah setahun kawen. haha. tak nampak macam dah kawen sebenarnya. kikiki. Alhamdulillah, walaupon belum rezeki kami lagi nak ada si kecik, Allah bagi rezeki kot lain. ape dia? haha. biarlah rahsia.. orang-orang yang rapat je nampak dan tahu. tak nak gtau sebab ada mata memerhati. 





aku tak letakkan banyak harapan dalam perkahwinan kitorang sebab aku bukan tuhan boleh tahu apa jadi masa depan. cuma aku pohon moga Allah sentiasa melindungi perkahwinan kitorang, jaga hati aku dan suami. aku nak jadi isteri dia sampai syurga. aminnn.



 

Puan Yana Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork